Tabung Firash

Tuesday, 30 September 2014

The Versatile Blogger Award

Assalamualaikum
Oh kene tag dengan dua akak baru kite nie
Terima kasih akak2 ku sebab tag daku
Entry terperap sejak seminggu yang lalu
ke lebih seminggu dah??

Dok perap dalam draft tak ade idea nak tulis ape
Bab2 mengarang memang aku lemah sikit
Wahhh macam nak jawab exam pulak ye

Kepada kakak2 ku yang tag maaf lah sebab lambat ye



Rules :
1. Thank the person who nominated you.
2. Provide a link to the person's blog.
3. Write 7 Facts about yourselft.
4. Nominated 15 blogger to the Versatile Blogger Award.


7 Fakta tentang diri aku : 

1. Isteri kepada en asben Mohd Fauzuan b.Mohamad dan sorang mommy-to-be pada awal November nanti. (doakan moga dipermudahkan)

2. Dilahirkan di Teluk Intan Perak tetapi dibesarkan di Petaling Jaya Selangor dan kini menetap di Klang bersama suami tercinta.

3. Minat dalam dunia jahitan dan baking, tapi belum pernah sempat nak berguru .. Ade sape2 nak ajak join kelas jahitan ataupun dunia membakar tak?

4. Aku ni suke sangat tengok tv, tak kira lah ade cerita yang menarik ke tak, janji tv tu terpasang..
Uih pembaziran letrik betul kan

5.Aku suke bnd2 yang hijaooo.. Ok barang dapur aku penuh dengan hijao.. Mase zaman kolej dulu bilik dipenuhi dgn kaler hijao je, smpi pening budak rumah aku masuk bilik, kate dah macam masuk bilik budak tadika.. Sampai hati betul kawan aku tu

6. Kalau nak tau dulu aku ni ala ala tomboi gitu, tak suke lah benda2 yang berkaitan dgn perempuan
tapi alhmdullilah tak pernah lagi lah buat bende2 merepek laa

7.  Seorang yang panas baran bila bawak kereta.  Ok aku memang tak suka bile ade orang bawak kereta macam tak pernah ambek kelas memandu ok.. Memang sia2 je kene maki. Cume sejak kawen perangai tu dah berkurang sebab dah ade driver.. waaaahhh jaatnye panggil laki kite driver pulak.. So duduk tepi smbil bebel2 jela kat  en asben kalau dia jenis yang tak patuh pada undang2.. Tapi kalau aku bawak memang nak laju je kerjanye.. Teruknye lah perangai kan

Ok itu la 7 fakta tntang diriku
Nasib lah mintak 7 je.. kalau mintak 70 mau tahun depan pon xsiap karang lagi kan
Sehari satu fakta...
Ok la tuu dari tak ade

Fuuuuhhh lega bile da siap

Sunday, 28 September 2014

First Time Segmen : Blog Review


Join Segmen lagi
Sebab kene tag dgn cik yaya kite ni
Kali ni jom support segmen blog review dari kak nur baiyah
Tak susah pon
Jom jom
 
(klik banner untuk join)

Blogger yang bertuah boleh dapat hadiah misteri tauu
Apa lagi
Moh lew iteeew

Preloved Giveaway By Annur

Jom join GA dr Annur
Hadiah menarik tau...
Kali ni kene tag dengan budak 
Terima kasih lah sebab tag ye
Kalau tak memang pandang sepi je GA ni
 Itulah kuasa tag agaknye
heheheh

(klik banner untuk join)

Tamat pada 06 Oktober 2014

Mangsa Tag : 
anis 
yaya 






Paris Souvernirs Giveaway by JINDRISSKA

Assalamualaikum semua
Eh ehhh kene tag pulak kite ye ajak join GA
Dengan dua2 mama pulak tu

(klik banner untuk join)



Senarai hadiah untuk dimenangi:
  • Hadiah Utama          : 20 x keychain Eiffel Tower
  • Hadiah Sampingan  : 3 x poskad Eiffel Tower
  • Hadiah Saguhati      : 3 x maps Paris 2014


Syarat2 penyertaan:

  • Follow blog JINDRISSKA ni. (Kalau dah follow, skip je syarat ni.)
  • Buat satu entry bertajuk "Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!" , letak banner, copy syarat2 penyertaan dan backlink ke blog JINDRISSKA.BLOGSPOT.COM.
  • Wajib tag 3 orang rakan blogger, dan inform diorang. (Kalau kawan tuh dah di-tagged, janganlah tag diorang lagi. Kesian diorang dapat notification banyak2. Heheheh.)
  • Lastly, letakkan link entry korang dalam ruangan komen kat blog JINDRISSKA ni. (Jangan letak tempat lain plak, hehehe)
  • Siap!
GIVEAWAY BERAKHIR 28 OKTOBER 2014
(jam 11:59 tengah malam, waktu Malaysia)

Mangsa tag : sori lah ye sebab tag
 kak khaty
kak sofu
cik diana 

Saturday, 27 September 2014

Tote Bag




Ni lah hasilnye setelah hampir setahun dok terperap dalam lemari..
aku beli asenye awal tahun ni tau
Dah siap2 gunting da
Tinggal nak jahit je
Tapi tak tahu lah kenapa rasa malas menjahit tu datang membuak2

Sekarang ni je rajin pulak nak menjahit
So siapkan lah benda yang tertunggak
Comel tak?? Cantek tak?
Sape nak????

Hahahah mengasah bakat yang lame terpedam kononnye
Ohhh my pinky lak tu..
Kalau lah jumpe kaler hijaoo

Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love

Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk mencari 15 blog yang akan menjadi penyeri di sidebar blog ini.. 

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Follow blog Truly Love;
  2. Add To Circle Google Plus +Maria Firdz ;
  3. Buat entry bertajuk Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love
  4. Copy coding yang disediakan dan pastekan di ruangan HTML entry dan Publish!
  5. Tinggalkan URL entry penyertaan di ruangan komen entry ini.
  6. Penyertaan terbuka untuk semua blogger.
  7. 15 Blog akan dipilih menggunakan Random.org. dan akan dimasukkan dalam senarai bloglist di Sidebar Blog Truly Love.
  8. Lain-lain penyertaan yang tidak terpilih akan dimasukkan ke dalam Maria Firdz Bloglist.
  9. Tarikh Penyertaan : 25 September 2014 hingga 30 September 2014 (11.59PM)
Jom, sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 

Friday, 26 September 2014

Segmen Bloglist Cun Oktober 2014 by EKINNUAR

Malam ni jalan2 nak join segmen dr sis ekin
Sape nak jadi Bloglist cun moh lew iteew wey


(klick banner untuk join)

Tarikh tamat pada 30 September 2014

Bonanza Sushi King September 2014



yeeeeaaayyyhhh sempat jugak layan bonanza hari2 trakhir ni
itupon sebab en asben yang merajinkan diri nak keluar cari barang dapur
Padahal baru je pergi bulan June lepas

Macam biase lah kitaorang makan kat Jusco Bukit Raja

siap text aku lagi tu nak mengingatkan

ok banyak ni je ktorang makan...


bile aku rase muke aku makin tembam 


sebab baju ni lah aku terpakse tunggu en asben setel meeting dia ng geng2 honda dia tu sampai ke tengah malam
aduhaiiii
Punggung aku ni nak duduk kat kerusi empuk2 je
dapat duduk kat sofa sedap gak
sampai umah terus pengsan 

Esok en asben patutnye ade Progam Honda Day Malaysia kat Sepang
Tapi sebab kene kerja, rasenya tak mungkin kott pergi


Segmen : Kapas Putih Oktober Bloglist

Jom Jom join segmen dari kapas putih
Ramai dah yang join..
Aku baru nak sibuk2 turut serta kan


(klik banner untuk join)

Tamat pada 30 September 2014

Thursday, 25 September 2014

Libster Award #4 by Farhana Mohamad

Assalamualaikum


Wah ingatkan dah abis da musim Libster ni
Ada lagi rupenye
Kali ni di tag oleh Ana Mohamad
Ok cube jawab sepanjang mungkin deh ana ku sayang

1. Nama penuh dan umur. Nama timangan anda?
Nama penuh Noor Hidayu binti Abdul Wahid dan berumur 24 tahun. Orang panggil ayu je senang mudah dan pantas hehehehe

2. Apa Negeri kelahiran anda dan sekarang tinggal kat mana?
Lahir Teluk Intan, Perak tapi abis je pantang mak abah memang dah balik PJ, dibesarkan sini dan sekarang menetap di Klang bersama suami terchenta

3. Bila anda last peluk dan cium ayah?
hmmmm aaaaaaaa bile ea?? jap nak pikir dulu... aiyakkk nanti jumpe peluk abah puas2 baru publish post ni boleh??

4. Suka pakai baju kurung tak? * kalau tak, explain sikit. Hihihi
Sejak dari kecik lagi tak suka pakai sebabnya payah nak bergerak, aku ni jenis yang lasak. Bila berbaju kurung nampak tak sopan je dgn cara aku.. hhahahah

5. Jika diberi peluang melancong antara Banda Acheh ( Indonesia), Korea, dan negara Eropah, negara mana pilihan anda? Kenapa pilih negara tersebut?
Hmmm mane ea?? Tak pernah terpikir pon, sekarang tengah pikir lagi ni... Pergi Korea lah nak jumpe Lee Min Ho... Lagipon kat sane banyak jugak tempat2 menarik
ehsan pak google jugak
ooohhhh melting leleh2 da nia

6. Binatang apa yang fobia/takot? Kenapa?
Ok paling fobia KATAK & CICAK.. Sebab aku pernah terpijak anak katak sampai mati, sape suruh katak tu dok dalam kasut aku. Cicak tu pulak sebab mase kecik2 dok maen BBQ cicak dgn jiran aku, tebuk tin milo,cucuk cicak pakai lidi maen pusing2 macam ayam golek.

7. Apa yang anda buat bila ada ular masuk ke dalam rumah?
Panggil en asben kott.. Aku kalau cicak kat bilik air pon menjerit macam ade uloo ni kan pulak betul2 ular.. Tapi bleh ke en asben diharap?? hahahah

8. Anda makan organ dalaman ayam tak?
Makan lah jugak, tak ada lah tolak tepi terus.

9. Favourite games yang anda selalu main ketika kecil?
Aku suka main batu seremban, (betul ke eja tu) sebab memang aku champion main game tuu
ehsan pak google

10. Bahasa apa yang anda nak sangat belajar and wish to apply dalam kehidupan anda?
Bahasa Jepun kott, tapi kalau bleh nak mantapkan lagi bahasa mandarin yang aku dah ingat2 lupe ni

11. Pernah tak kene tikam dari belakang oleh kawan? Ce bagi ucapan untuk diorang.
Tipu lah kate tak pernah kan?.. Tak ada nak kate ape pon.. cume hidup ni umpama roda, ko buat kat orang one day ko akan kene jugak

Kali ni pon menjawab soalan je
Tak tau nak tag sape dah
Kang marah pulak kene tag

Wednesday, 24 September 2014

First Segmen : Jom Tambah Kawan ! By Lieya Yaya

Assalamualaikum
Ramai pulak join segmen ni
So aku pon tak nak ketinggalan
Mule2 yaya buat selama 3 hari je
Ni dah dilanjutkan sampai sebulan tau

Segmen berakhir : 21 Oktober 2014
jom support segmen first dari Yaya


Follow SINI 
Dah follow jangan lupe tinggalkan link korang utk aku follow balik

Simple Giveaway & Blogwalking by YANA PINK BLOSSOM




Assalamualaikum w.b.t.


Klik BANNER untuk join

SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by Yana Pink Blossom secara rasminya bermula pada 23 September 2014, jam 11.00 pagi dan akan berakhir pada 30 September 2014, jam 11.59 malam, 1 minggu sahaja. Tujuan utama giveaway ini adalah memudahkan Yana untuk blogwalking ke bloggerista semua yer. Kita boleh berbalas kunjungan sesama peserta. Semua bloggerista dijemput join giveaway ni.


HADIAH : 
WANG TUNAI RM10 x 5 pemenang

*Pemenang akan dipilih melalui random.org


SYARAT-SYARAT :
1. WAJIB follow blog Yana Pink Blossom
                                               2. WAJIB like Fanpage 
3. Buat entri bertajuk Simple Giveaway & Blogwalking by YANA PINK BLOSSOM
4. Copy Coding dan paste di ruang HTML entri anda
5. Tinggalkan URL entri korang di SINI
6. Siap & Good Luck (^^,)



Bila En Suami Basuh Baju Baby

Assalamualaikum semua
Entry tertunggak lagi
Aishh berapa banyak da entry dalam draft

Entry ni dari bulan lepas rasanye
Bila en asben yang setelkan barang2 baby

Baru nak basuh sebab baru beli container
yeeeaaayyhhh dan pasti kaler HIJAUUUU

Mula2 nak cari bakul yang biase orang buat letak baju2 baby tuu
Tapi atas nasihat orang tua suruh beli container je
Ade penutup
tak masuk habuk
Aha kan..
Nape tak terpikir pulak sebelum ni yeeeee

Siap packing dah
comell tak comell tak??
sila lah jeles

hijau lagi

1st batch




Second batch



aku gune pencuci ni
beli mase jualan gudang Pureen hari tu
Siyes memang wangi

Kadang2 dok meroyan nak bau baby bukak je container hijao tu semerbak bau dia
Suke sangat


Disebabkan kemaruk hijao Tok Abah belikan besen mandi untuk baby
Ontah bile masa belinnye
Tau2 da antoo gamba besen kat bonet belakang da
Amboii perli nampak abah mertua aku ni

Thanx abah and semua
Tak payah cari besen mandi dah

pssttt...... baju2 sume en asben yang setelkan ok
Dari tang basuh, jemur, lipat, susun
Aku sebagai penonton je
Semangat en asben ni agak2 sampai bile ye?
Sila lah selama-lamanye
Boleh tak macam tu

Tuesday, 23 September 2014

Hari Malaysia - Sunway Pyramid Tower Hotel

Assalamualaikum semua
Entry tertunggak dah berapa hari
Mood nak manaip ke laut je
Jalan2 blogwalking je kerjanya 2 3 hari ni
Join GA sane sini
Kalau lah aku ni jenis yang bertuah
Alahaiii bile tah mase nye

 Hari Malaysia lepas famili mertua aku sampai ke Klang 
Aku abiskan mase hampir seminggu dengan dorang
Abah en asben datang berkursus di Hotel Sunway Pyramid Tower 
Macam biasalah bawak sefamili join sekaki 
Aku dgn en asben pon tak ketinggalan
Beramai2 lah kite penuhkan sebilik tuuu

credit to tyhah
aku tak ambek gamboo pon kat sane
fon pon tak bercaj

moh layan gamboo je
tak teratur nak menaip dah

walaupun dah bertahun dok ulang alik sunway pyramid ni
Tapi 1st time aku amek gamboo singa ni



Tak cukup corum ni
Adik ipar and biras xdop

Kalau bab posing kasi je kat adik li
pandai lah dia nye


ha kan da cakap kasi je kat dia
ni dah masuk hari laen dah ni

Hari sebelum ceck-out
Kunun2 nak makan steamboat
Tapi cm rugi je bile yang laen tak berapa nak makan banyak
So decide nak makan area rumah famili aku je
Sambil2 nak jumpe besan kate pak mrtua aku

Opsss cik ana kite tak ada dalam gamboo pulak

Ade ke patut adik aku kate aku da same saiz dgn mak aku
cissss

Makan kat Ara Damansara je
Berkumpul 2 famili 

Bapak aku siap kate Kelantan dengan KL da macam sebelah rumah je
Pssssssttt hujung bulan dengar cite abah ade kursus lagi kat Shah Alam


Monday, 22 September 2014

Sepupu Baru Ku - Nureen Rizqiyna Safyya

Assalamualaikum semua
Alhamdullilah dapat jugak aku tatap wajah sepupu baru aku
Pakcik aku yang berkawen pada Ogos tahun lepas dan istrinya selamat lahirkan puteri sulong pada bulan puasa lepas

Kini puteri sulong mereka masuk 2 bulan lebih dah
Aishh patutnya kita yang pergi melawat
ni dah kes terbalik dorang pulak datang rumah

Pape pon terima kasih Paman Somat and Acik Su sudi datang teratak ayu yang tak seberapa
Orang kuat jalan ni memang tak kisah berjalan sakan kan?
Katanya hujung2 minggu memang xlekat dekat umah

En asben tak abis2 puji anak dorang sebab senang 
Apa yang senang pon tak tahu

Yelah katenye senang je nak tidur
Kuat menyembang
Tak banyak meragam
Nak kat orang

Hahahaha nampak muke berseri en asben terpancar
Baru pegang anak orang 
Belum anak sendiri lagi tuu


Ni lah rupe anak dorang
Ommmmeeelll sangat okeyh

Nureen Rizqiyna Safyya
Amboii name xmo kalah


Saturday, 20 September 2014

Giveaway 2014 Mialiana.com

Assalamualaikum semua
Mood pagi2 ni nak sertai GA dari mialiana
Jom reramai memeriahkan majlis
Hadiah2 menarik tau



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

Friday, 19 September 2014

Segmen : Saya Sayang Blog Saya



nak join sila (klik sini)

Jom bersegmen bersama ayu
1st time pon nak join segmen2 dari ayu ni
valid smpai 30/09/2014 jam 10malam wokeyh

Thursday, 18 September 2014

Perjalanan Blog Bersama Nur As


Assalamualaikum
Rajin pulak sekarang ni nak join GA dan segmen2 yang dianjurkan oleh blogger laen
Entry aku jugak yang bersawang dalam draf kan

Teringin je nak buat segmen sndiri
Tapi belum tentu ade yang nak join
Belum masa lagi kott

Kali ni join Segmen bersama Nur As
Jom reramai memriahkan majlis

Klik Sini untuk join 

Wednesday, 17 September 2014

Liebster Award #3 by kak Farrah

Assalamualaikum
Kali ni di tag oleh kak farrah
eh ehhh kite tag dia kite pulak kene tag
Thanx kak sudi letak link saya dlm blog akk tuh

Soalan dari kak farah

1. 3 perkara yang anda titikberatkan pada blog anda
hmmm cmne nak jawab ni ea?? hehhehe

2.  3 perkara yang boleh ceriakan hari anda
-melihat senyuman dan gelak tawa en asben
-merasa tindak balas pergerakan baby dlm kandungan bile kite berinteraksi dgnnya.
-Bila dapat berkumpul dengan ahli keluarga

3. 3 lagu utama yang ada dalam playlist
-xde playlist, cmne ea?? sbb dengar lagu yang keluar kat radio je pon.. nak ingat name lagu pon payah

4. 3 benda utama dalam beg/dompet/beg tangan
-henpon+powerbank
-kunci kereta,rumah
-wallet

5. 3 perkara yang buat anda grrrrr marah!
-orang yang bawak kereta yang menyusahkan orang laen, macam tak bagi signal terus mencelah (memang selalu buat dosa kering bile drive)
- buat cerita tanpa usul periksa
- bila nak cepat semuanye jadi lambat

6.  3 destinasi percutian idaman
- menunaikan umrah pon dikira percutian jugak kan?
- tempat yang boleh tengok pemandangan dasar laut
- tak kisah mane2 asalkan bersama orang tersayang

7. 3 bau/haruman kegemaran
- Escada sunset
- Lancome
- bau haruman dari en asben la heehehhe

8. 3 rancangan TV (TV Show) yang anda ikuti
-Running Man
- Maharajalawak dan seangkatannya
- Star King

9. 3 buku/novel yang anda suka
- I Love You, Stupid, Melur Jelita
- Suamiku tak Romantik Tapi Austik, Farisha Imani
- Mekar Di Hati

10. 3 perkara yang anda suka buat pada masa lapang
-Menjahit / berkraf
-0n9 cari idea2 baru 
- Menghabiskan mase dengan en asben

11. 3 perkara tentang diri anda yang ingin dikongsi
- tak suka biarkan orang menunggu
- suka berkawan, tapi bukan jenis ramah pada mulanya
- pecinta haiwan

Kali ni tak ada lah ambo nok tag ke sape2
Sekadar menjawab soalan je

Monday, 15 September 2014

32 minggu - Perubahan Kulit Semasa Hamil

Assalamualaikum
Alhamdullilah usia kandungan kini memasuki 32 minggu
Kepada mumy2 to be or ex m2b ni ada alami apa yang aku alami tak?
Orang kate perkara macam ni adalah normal
Biasalah pembawakan budak
So macam biasa lah dok tanya2 pokcik google
Jumpa info dari baby center

Adakah perubahan kulit semasa hamil membahayakan?

Walaupun perubahan kulit yang biasa berlaku semasa kehamilan tidak akan menyebabkan masalah kesihatan, harus maklumkan kepada doktor sekiranya kulit mengalami radang, melepuh atau mendapat ruam atau gatal2 yang tidak akan hilang beberapa hari.

Memandangkan masalah lain yang tidak berkaitan dengan kehamilan juga boleh menyebabkan perubahan warna kulit, sentiasa maklumkan kepada doktor sekiranya mengalami sebarang perubahan contohnya perubahan warna atau saiz tahi lalat atau sekiranya perubahan pigmentasi yang berlaku turut disertakan kesakitan, bengkak atau lebam.

Doktor akan memeriksa keadaan itu dan memastikan mendapatkan rawatan jika perlu.

Chloasma (perubahan pigmentasi pada muka dan leher) juga dikenali sebagai 'topeng kehamilan'.
Ia kelihatan sebagai tompok2 gelap pada dahi, pipi dan leher.
Pada wanita yang berkulit gelap, ia muncul sebagai tompok2 cerah.
Ia disebabkan oleh peningkatan hormon melanin iaitu hormon yang memberi warna gelap pada kulit.
Hormon ini melindungi kulit daripada cahaya ultraviolet.

Pendedahan kepada cahaya matahari akan membuatkan tompokan tersebut lebih gelap dan lebih jelas, oleh itu lindungilah kulit dengan krim pelindung matahari dengan SPF15 atau lebih.
Pakailah topi apabila keluar rumah.
Jika merasa tompokan tersebut kelihatan hodoh, boleh cuba selaraskan tona kulit menggunakan bedak asas yang agak gelap.
Berita baiknya ialah tompokan ini akan mula hilang dalam tempoh tiga bulan selepas bersalin

mcm ni lah kott rupenye
sbb aku xmengalaminye

Linea Nigra (garisan gelap sepanjang perut)
Linea Nigra ialah garisan menegak berwarna gelap dengan kelebaran sehingga satu sentimeter yang terbentuk pada tengah2 perut, biasanya merentasi pusat.
Ia biasanya muncul pada trimester kedua.
Ia disebabkan oleh pigmentasi pada kulit di mana otot obdomen meregang untuk memudahkan pembesaran bayi.

Garisan pigmentasi ini akan pudar dalam masa beberapa minggu selepas bersalin, namun mungkin perlu menggosoknya sedikit untuk menghilangkan kulit kering.
Bahagian2 badan lain seperti puting payudara, tahi lalat dan bintik2 gelap pada kulit mungkin turut mengalami perubahan pigmentasi, tetapi ini juga akan hilang.

lebih kurang mcm ni la garisan perut aku
tapi tak ler sepanjang-panjang perut tu


Kulit Berseri Semasa Hamil

" Seri" semasa hamil bukan sekadar kata-kata.
Ketka hamil, kulit menyimpan lebih banyak kelembapan, menjadikannya montok serta menghilangkan garis2 halus dan kedut yang mungkin ada sebelum ini.
Apa yang membuatkan kulit cerah dan bersinar ialah peningkatan tahap darah yang beredar di seluruh badan,
Ini juga kadang kala membuatkan badan merasa agak panas.

Malangnya, kesan sampingan daripada ini adalah mungkin nampak sembam akibat penahanan air (water retention) dalam badan.
Jika badan mempunyai tompok2 merah di bahagian muka, ia juga akan kelihatan lebih jelas,

Oleh itu,perbanyakkan meminum air kerana badan kita memerlukan banyak air dan  berehatlah seberapa kerap yang boleh.
Sebarang tompok merah yang ada akan berkurangan selepas bersalin.

Ada yang dok kate muke aku berseri
Ade yang kate xberseri
Tapi ramai yang kate berseri walaupon bermalasan nak bermekup
Kadang2 tgk muke kat cermin macam pucat je

Jaringan Urat Semasa Hamil

Jaringan urat (spider veins / spider naevi) adalah kapilari2 darah (salur darah halus) yang biasanya kelihatan pada pipi.
Ia biasa berlaku pada wanita hamil, terutamanya mereka yang sudah biasa mengalaminya.
Ia disebabkan oleh peningkatan isipadu  darah dalam badan yang memberi lebih tekanan pada kapilari yang sememangnya lebih sensitif semasa hamil.

Untuk mengurangkan kemungkinan jaringan urat ini berlaku, lindungilah muka daripada kesejukan atau kepanasan melampau kerana keadaan ini boleh mengelakkan pembentukan jaringan urat.
Urat-urat ini akan hilang setelah tahap hormon menjadi stabil semula selepas bersalin.

Bila dok search rase seriau lah pulak kan?
Nasib lah aku tak kene
Tapi ade ke yang pernah kene?
Tak pernah nampak lak aku

Bintik-Bintik Dan Jerawat Semasa Hamil

Kehamilan kadang-kala boleh mencetuskan pertumbuhan jerawat.
Tahap hormon yang tinggi boleh menggalakkan penghasilan sebum iaitu minyak yang membuatkankan kulit kelihatan anjal,
Namun terlalu banyak sebum dihasilkan boleh menyebabkan liang2 muka tersumbat dan mengakibatkan kulit jadi berminyak dan bintik2 hitam terbentuk.

Cucilah muka dengan sekerap yamg mungkin menggunakan pencuci muka yang lembut, dan gunakan pelembap muka tanpa minyak.
Jangan gosok tempat yang berjerawat kerana ini akan membuatkan masalah bertambah teruk.
Elakkan juga menggunakan krim jerawat kecuali atas nasihat doktor.
Sesetengah krim seperti ini tidak boleh digunakan semasa hamil,
Beberapa minggu selepas bersalin, kulit akan kembali kepada keadaan sebelumnya,

Tanda Regangan

Tanda regangan (stretch marks) ialah garis2 halus berwarna kemerahan atau coklat (bergantung kepada warna kulit) yang biasanya muncul pada perut,payudara dan paha.
Ia berlaku kepada kira2 75 hingga 90 peratus wanita hamil.
Ia disebabkan oleh regangan kulit apabila berat badan semakin bertambah.

Tahap hormon yang tinggi turut mengganggu keseimbanga protein pada kulit dan menyebabkan kulit menjadi lebih nipis berbanding biasa.
Selepas bersalin, pigmentasi berwarna kemerahan atau kecoklatan pada tanda regangan ini akan beransur pudar dan garis2 tersebut akan kelihatan lebih cerah daripada kulit di sekelilingnya.

Sesetengah wanita bernasib baik kerana mempunyai kulit elastik daripada orang lain.
Ini bermakna mereka tidak akan mengalami tanda regangan.
Tetapi bagi kebanyakan daripada kita hanyalah salah satu kesan kehamilan yang harus kita hadapi.
Kita boleh cuba mengurangkan tanda regangan dengan mengelak daripada menambah berat badan terlalu cepat, menyapu minyak atau krim yang kaya dengan vitamin E dan C, serta minyak zink dan silika untuk membantu mengekalkan kesihatan kulit.

Alhamdullilah buat masa ni mmg tak ada lagi tanda cmni
Tapi tak tau la lepas bersalin
Sebab ada kes member aku naik stretch marks lepas bersalin
Makan mase jugak nak hilangkan
Katenye lebih setahun
Betul ke??

Melecet Semasa Hamil

Apabila berat badan bertambah sesetengah tempat badan kita boleh melecet seperti pada paha atau bawah payudara.
Kulit di kawasan tersebut akan menjadi merah dan lembap, dan kemudian melepuh, dan mengeluarkan bau.
Keadaan ini dikenali sebagai intertrigo.

Pastikan kawasan terjejas itu sentiasa kering dan gunakan bedak talkum untuk menyerap kelembapan.
Pakailah pakaian yang diperbuat daripada kapas untuk menyejukkan kulit dan elakkan memakai seluar ketat atau tights.

Maklumkan kepada doktor mengenai perkara ini, terutamanya jika banyak berpeluh kerana ia boleh menyebabkan jangkitan fungsus atau keputihan.
Keputihan perlu dihapuskan sebelum bayi lahir kerana ia boleh dijangkiti kepada bayi semasa bersalin.

Ha ni simtom yang aku alami sekarang ni
Memang sangat tak selesa bile asyik berpeluh

Kulit Sensitif Semasa Hamil

Kulit biasanya lebih sensitif apabila hamil, bukan sahaja kerana peningkatan hormon dalam badan tetapi juga kerana ia lebih lembut dan meregang,
Sabun dan bahan pencuci mungkin tiba2 menyebabkan kulit pedih dan masalah seperti ekzema menjadi lebih teruk.
Kulit boleh menjadi gatal apabila terdedah dengan cahaya matahari.

Cuba kenalpasti apa yang menyebabkan masalah ini.
Adakah ia disebabkan oleh serbuk pencuci ataupun minyak wangi yang digunakan?
Pakailah pakaian longgar dan diperbuat daripada kapas serta kekalkan kelembapan badan,
Berendam terlalu lama dalam tab hangat boleh menyebabkan kulit kering, maka janganlah lalukannya terlalu lama atau tambahkan minyak dalam mandian kepada air mandian untuk menganjalkan kulit. (tetapi pastikan tidak tergelincir ketika masuk atau keluar daripada tab mandi).

Akhir sekali, sentiasa lindungi kulit daripada matahari dengan pelindung matahari berfaktor tinggi (SPF15 atau lebih).

Ruam Dan Kegatalan Semasa Hamil

Ruam dan kegatalan sementara yang datang dan pergi tanpa sebab2 tertentu adalah perkara biasa dalam kehamilan.
Peningkatan tahap hormon membuatkan kulit lebih sensitif apabila bersentuhan dengan bahan2 tertentu yang biasanya tidak mempunyai kesan apa2.
Contohnya mungkin lebih sensitif terhadap klorin dalam kolam mandi.

Keputihan yang menyebabkan kegatalan faraj dan buasir yang menyebabkan kegatalan pada dubur juga lebih mudah berlaku semasa hamil.
Bincanglah dengan doktoor mengenai rawatan yang selamat digunakan sekiranya mengalami keputihan dan buasir.
Untuk menghalang buasir, dinasihatkan supaya meningkatkan pengambilan serat dalam pemakanan.

Bagi masalah lain, menyapu losyen kalamine dapat mengurangkan kegatalan.
Jika ruam atau kegatalan berlarutan lebih daripada dua hari, dapatkan nasihat daripada doktor.


Kegatalan Yang Teruk Ketika Hamil

Rasa gatal yang teruk pada keseluruhan badan terutamanya pada waktu malam, serta gatal pada tapak tangan dan tapak kaki boleh jadi tanda satu penyakit hati yang jarang berlaku.
Penyakit ini dikenali sebagai obsteric chilestasis dan hanya berlaku kepada wanita hamil.
Ia biasanya berlaku dalam trimester ketiga, dari kira2 minggu ke-28 kehamilan dan biasanya akan hilang dalam masa tiga minggu selepas bersalin.

Walaupun penyebabnya tidak ketahui, dipercayai bahawa estrogen yang tinggi semasa hamil boleh menghalang hati daripada berfungsi dengan betul dan menyebabkan peningkatan tahap garam hempedu.
Kegatalan ini boleh jadi terlalu teruk dan kadang kala tidak dapat dikawal.
Walaupun bimbang kerana hati tidak berfungsi dengan baik, namun obstetric cholestasis tidak membahayakan kesihatan.



Saturday, 13 September 2014

Liebster Award


Assalamualaikum semua
Baru nak update enrti yang tertunggak
Sori sebab lambat ye

Sebagai orang baru dalam dunia menulis ni aku dengan rasa terharu di tag oleh adilahisharudin & Rrsya Eyrdina
So kene lah join kan

Syarat penyertaan :  
 Mention the person who nominated you with a link to their blog 
Answer 11 question asked
Nominate 11 other blogger with a small following but with a lot of potential 
Create 11 of your owb question for them ti answer

 Jawapan kepada soalan adila:
1. Apa impian anda? Senaraikan 30 untuk simpanan diri sendiri dan 3 untuk dikongsi kepada saya
-Berimpian menjahit pakaian sendiri dan untuk keluarga
- mempunyai perniagaan sendiri
- Menjadi seorang anak yang taat kepada kedua ibu bapa, isteri yang solehah untuk suami tercinta dan menjadi seorang ibu penyayang kepada anak2

2. Jenis manja atau berdikari?
- manje tapi berdikari, macam mane tu.... tak suka susahkan orang laen slagi mampu

3. Belajar/kerja?
-  Kerja sudah

4. Part time side income?
- Masih berusaha untuk mencari side income,insyallah

5. Kerja atau bisnes, mana pilihan?
- of coz lah bisness

6. Pemimpin dikagumi?
- Ayah boleh x? Beliau juga seorang pemimpin kan

7. Apa jenis muzik kegemaran anda?
- Yang tak sakit telinga dan mempunyai ayat yang mendalam

8. Apa hobi masa lapang atau minat atau kecenderungan anda?
- Menjahit la

9. Pandangan tentang kerja-kerja sukarelawan
- Suke, bagi aku xsemua orang nak jadi sukerelawan,kerja mulia memberikan  pertolongan tnpa apa2 balasan.

10. Bercinta baru nikah atau nikah dahulu baru bercinta? Pilihan anda
Kalau zaman sekarang ni kene bercinta dulu kott

11. Siapa penyokong terkuat dalam hidup yang menjadi motivator dan pembakar semangat 
meneruskan langkah bile kamu down.
- Sebelum bersuami ofcoz lah famili kan,now en asben lah menjadi penyokong terkuat.


Jawapan untuk soalan Rrsya pula:

1. Siapa nama EX/GF yang pertama?
- opssss jap nak ingat,waaahhh mcm ramai je kan... biarlah rahsia je

2. Dimanakah Tempat yang anda nak pergi?
- Sudah semestinya tanah suci mekkah,teringin sangat2.. insyaallah satu hari nanti akan jejak jugak kaki ke sane.

3. Selebriti yang diminati?
- Tak minat sangat retis sebenarnye,boleh tak cm tu? Tapi suka tengok  Lisa Surihani,comell sgt,nampak lembut je orangnya

4. Cikgu yang paling cantik/hensome di sekolah anda dulu/sekarang?
-Rasanya tak pernah perasan pon ade cikgu cantekk or hensem mase kat sekolah dulu hahahah

5. Benda yang anda nak sangat tapi masih tak dapat?
- Dulu nak sangat mesin jahit sulam NV950 tapi dah dapat, skrg target untuk dapatkan mesin jahit tepi and kalau bleh mesin jahit industri sekali.. (wahhh macam pandai jahit )

6. Antara kawan dan BF/GF mana yang korang pilih dan sebab?
-Kalau dulu memang lah pilih kawan sekarang pilih en asben la of coz

7. Makanan Paling anda tak suka?
- Apa erk?? sebab semua aku bedal, aku cume xsuka makan benda yang terlmpau manis je (nasib lah famili mertua bukan kaki manis jugak walaupun orang kelantan).

8. Orang yang paling anda sayangi?
- Siapa lagi kalau bukan famili tersayang,famili mertua dan sudah semestinya suami terchentaa

9. Binatang paling anda minati?
- Suka sangat kucing, tapi xboleh bela so aku lah bela sugar glider

10. Lagu yang anda rasa annoying?
- Lagu yang tak ada hala tuju, tak paham langsung ape yang cube dismpaikan.

11. Kata-kata perangsang/semangat untuk saya tentang blog ini?
- Terusakan usaha dalam mencpai target, teruskan menulis untuk dan rajin2 BW ye.. ngehhh

ok setel jawapan

Calon-calon :



Soalan2 yang perlu jawab :

1. Blog korang tentang apa?
2. Siapa pendorong dalam menghasilkan blog korang?
3. Apa pendapat korang tentang kawen muda?
4. Pengalaman yang paling memalukan pernah korang alami?
5. Bila last korang bersenam?
6. Ciri-ciri lelaki/wanita idaman
7. Lebih suka shopping online dok ngadap laptop or ke mall jalan2 penatkan kaki?
8. Korang lagi ramai kawan dari sekolah, kolej, tempat kerja or kawan sekampung/setaman?
9. Jenis yang banyak mulut atau suke buat hal sendiri?
10. Keluar gathering tapi masing2 ngadap fon, korang rase?
11. Pendapat dan kate2 perangsang or nasihat bagi memajukan blog ni?

ok ni pon setel, 3 hari jugak aku pikir nak kasi soalan and jawapan ape ni tauu...
so bagi yang kene tag maaflah kalau mengganggu
kalau sudi sila lah jawab

Terima kasih

Tabung Firash