Assalamualaikum semua
2 jarum bengkok dan 1 patah
Ganas tak?
Aktiviti tergendala gara2 tak ada jarum spare
Bila beli lain boleh salah pilih saiz pulak
Tula pandai guna tapi tak pandai bezakan saiz jarum
Akhirnya jarum saiz 11 sampai
Orang kata belajar dari kesilapan kan
Aku belajar dari pengalaman
Bila dah macam ni baru nak terhegeh-hegeh ambil tahu
Jom tengok jenis-jenis jarum dan kegunaannya
Pengetahuan sedikit yang aku ceduk dari grop di Fesbuk
Berikut adalah Kod Jarum bagi mesin-mesin jahit
yang biasa digunakan.
1. HA- Mesin Jahit biasa/ portable (Singer, Brother, dll)
2. DB- Mesin Industri Jahit Lurus (Brother, Juki, Jelita
3. DP- Mesin Industri Jahit Lurus (Singer), Mesin Industri Jahit Sulam
(Singer)
4. DC- Mesin Industri Jahit Tepi (SInger, Brother, Juki, dll)
Kalau guna mesin portable, kene pastikan dua benda je
1. Kod Jarum: HA
2. Saiz jarum mengikut kesesuaian kain yang
dijahit
Saiz 9 - Kain yang sangat nipis, halus
Saiz 11 - Kain licin, sutera
Saiz 13/ 14 - Kain biasa/ cotton
Saiz 16 - Sederhana tebal, kain langsir
Saiz 18 - Kain tebal, jeans, dll
Jarum emas - Kain lycra, jersey
Itu jela yang aku sedikit perkongsian dari aku
Mana yang dah teror tu kompom dah tau kan
Kita ni baru la nak berjinak-jinak dalam dunia jahitan