Pages

Saturday, 31 October 2015

GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY

::sticky post::
http://grupmamabloggersmalaysia.blogspot.com/2015/10/gmbm-1st-anniversarry-giveaway.html

PROMO | GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY Kami selaku penaja untuk segmen GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY dengan berbesar hati ingin menjemput semua rakan blogger Malaysia agar join segmen GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY sempena meraikan ulang tahun penubuhan Grup Mama Bloggers Malaysia [ GMBM ] yang genap setahun pada 21 Oktober 2015 ini.

Detail segmen :

~ Mula : 21 Oktober 2015 - 31 Oktober 2015 ~
~ Hadiah : 19 pemenang di cari ~

Jom meriahkan segmen ini bersama kami.
Klik Banner Segmen untuk menyertai.

Selamat Bersegmen


GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY ini di taja sepenuhnya oleh Kathy, Mamaniza, Sofu, Suria, Sally,  Hani, Eyra, Fuza, Adna, Ayumie, Yong, Zie, Eda, Hana, Yana Yani, Ida, Fiza, Ida Bits & Aida.

Friday, 23 October 2015

Perkongsian Jumaat - Hargailah Selagi Ada

Assalamualaikum semua
Salam jumaat selamat pagi
Perkongsian Jumaat kali ni

Hargai la apa yang ada di sekeliling kita


Kita tak akan tahu seseorang itu sangat penting bagi kita selagi kita tak kehilangannye bukan
Bila ada depan mata sila lah hargai
Bila sudah tiada menyesal pon tak berguna

Sayang dan hargai seperti kita akan kehilangannye esok
Sama-sama la kita sayangi apa yang kita ada
Mungkin esok lusa kita akan kehilangannya

Tuesday, 20 October 2015

Syamel AF2015- Hidup Dalam Mati lirik

Single terbaru dari Syamel af2015
Aku suka betul lagu ni 
Tak tahu lah kenapa
Tapi menusuk dengan gaya dan nyanyian
Mungkin sebab dari mula aku da sukakn syamel kottt
Suwittt okeyh

Terkilan jugak tak menjadi juara
Tapi adatlah dalam mengundi
Semoga Syamel terus succes dan sentiasa mara
Jangan timbul tenggelam pulak 





Hidup dalam mati yang dihasilkan oleh Syamel sendiri 
Mungkin disebabkan itu Syamel mampu menjiwai lagu ni 

Lakaran lukisan tak berwajah
Meronta ku di dalam kesunyian
Tak rela ku mengejar cinta yang hampir kelam
Sendiri ku di sini pilu
Angin bawalah aku pergi

Angin bawalah aku pergi 
Pergi dari kesakitan ini
Tak mampu ku menahan peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesal mu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati

Tak mampu ku menahan 
peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang

Jangan diucap sesal mu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati



Sunday, 11 October 2015

Baba Ice-Cream in Kota Bahru

Assalamualaikum semua

Dapat jugak lepaskan tekak balik kelantan raya haji lepas
Setahun rasanya tak makan
Tiba-tiba pulak mengindam
Eh ehh orang lain peknen kita lak yang lebih-lebih ni dah kenapa?

Kalau ikotkan sedap memang tak boleh lah nak kalah Baskin Robbin atau pon Tuttu Frutti kan
Dengan Mcflury oreo pon tak dapat tandingi
Tapi aku rasa macam zaman kecik-kecik dulu
Rasa aiskrim memang asli
Yang dulu-dulu orang datang naik moto pon pon tu kan
Lagend la aiskrim ni bagi aku 

Sapa yang tak pernah try boleh la cuba
Gabungan macam makan ABC
Yang pasti ada pulut tauu
Ade roti ade jagung, cincau, dan jeli 


Naik moto tiga roda
Selalu jual kat tepi-tepi jalan 
Kawasan-kawasan tempat kunjungan memang ada
 

Memang best
Aku makan 1st time pon dekat kelantan
Belum pernah jumpa lagi la area Selangor atau tempat lain aiskrim baba ni
Tertanya-tanya jugak aku kanapa nama dia baba ice cream ye??
 

Wednesday, 7 October 2015

Entry Kekurangan Kata - Gigi Pertama Firash

Assalamualaikum semua
Alhamdullilah masih diberikan kesempatan
Maaf sebab banyak sangat berhutang entri ni

Sihat semua
Hari ni nak kongsikan gigi pertama Firash


Gigi dia tumbuh masa aku pergi kursus lagi
Tapi punya adik ipar aku kate punya la payang nak tunjuk gigi
Ni mummy punya kerja la ni balik je terus shoot tanpa henti
Memang banyak yang tak jadi la
Ni pon ada la nampak sikit-sikit
Jadi lah buat tatapan umum 
Cewaaahhh 

Tapi Firash tumbuh dah gigi yang kedua 
Sebelah kiri pulak
Pelik masing-masing
Kenapa tumbuh atas dulu
Tak kisah la tumbuh atas ke bawah ke janji Firsah sihat je

Ehh banyak pulak kata-kata

Friday, 2 October 2015

Selamat Tinggal September, Hello Oktober

Assalamualaikum semua
Alhamdullilah masih kite bersua di bulan yang baru
Selamat tinggal pada September yang penuh dengan kesibukkan
Entry tak berupdate
Banyak sangat yang tertangguh
Rakan2 top sweetcandy pon tak sempat nak buat entry
Insyallah aku akan pos sekali gus punye
Tunggu ye 





Suprise me
Inspire me
bring only good things
Insyaallah


Salam aidiladha jugak 
Gambar throwback selitt
Alhamdullilah setel aqiqah Firash sekali 
Buat makan kecik2 je

Alhamdullilah makin bertambah 3 ahli keluarga
Raya Puasa tahun lepas Firash dan Haikal masing-masing dalam perut lagi
Tahun ni bertambah dua cucu dan sorang menantu dan bakal lagi cucu sorang insyaallah