Tabung Firash

Sunday, 23 August 2015

Selamat Tinggal Semenanjung

Assalamualaikum semua
Doakan perjalanan aku selamat pergi dan balik ye


Wahh dah macam zaman-zaman bercinta pulak
Ehh pernah bercinta ke?
Hahahahahah
Dah rasa macam tu la kiranya

Hati sudah merindui 
En asben dan si bambam Firash
 

Friday, 21 August 2015

Perkongsian Jumaat - Doa Bila Rindu Seseorang

Asslamualaikum semua
Tinggal lagi bape lame je untuk aku tinggalkan en asben dan Firash
Esok mummy daddy akan balik ke klang
Dan lusa akan berangkat ke Sabah

Mummy dah rasa sebak
Malam-malam tidurkan anak mesti mengalir air mata risaukan keadaan anak nanti
Mengada kan
Biarla hanya orang yang mengalami nya yang boleh merasa tauu


Kalau rindukan seseorang angkat tangan dan berdoalah pada Allah

"Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada ........ (nama penuh insan tersebut) sehingga aku menjadi kerinduannya" 

Silalah rindukan diriku

 

Thursday, 20 August 2015

Roti Bakar Untuk Firash

Assalamualaikum semua
Kali ni nak share sikit makanan snek or snek jejari untuk Firash

Aku buatkan Firash jejari roti bakar
Hmm sedap mummy pon tumpang makan sekali
Mummy tambah sikit unsulted butter dalam pan
Pastu mummy bakar dalam tu je

Tak guna oven sebab mummy malas
heheheh



Tengok la bersemangat Firash makan
Memang suka betul la dia dengan roti ni
Mula-mula aku risau jugak nak bagi dengan saiz panjang takot terjolok
Tapi alhamdullilah Firash pandai kawal masuk roti dalam mulut


Wednesday, 19 August 2015

Tinggal Anak - Mommy Kene Pergi Kursus

Assalamualaikum semua
Entry luahan perasaan


Sebagai seorang ibu, sanggup ke nak berjauhan dengan anak?
 Dengan keadaan malam yang masih direct feed lagi
Rasa-rasa mampu ke Firash bertahan selama 2 minggu tanpa mummy
Kalau Firash boleh mummy lak yang tak boleh

Mula-mula dilema jugak
Tapi aku terpaksa mengalah atas tuntutan kerja
Aku terpaksa ke Sabah selama 2 minggu
Dalam Ahad ni jugak
Bayangkan la dorang bagi masa seminggu je nak buat persiapan 
Kelam kabut jadinya

Tapi macam mana pulak dengan en asben
Bila buat pertama kali berjauhan dengan en asben 

Kali ni kali kedua pulak kami berjauhan 
En asben tanpa isteri dan tanpa anak
Boleh ke en asben keseorangan lagi
Firash akan dihantar ke kelantan
MIL dengan rasa teruja nya menggoffer diri

Insyaallah semuanya akan ok 
Korang pon doakan aku ye
Malam ni aku akan gerak balik ke Kelantan  dan sabtu akan datang balik tanpa Firash disisi

Aku belum pergi pun dah rasa sebak 
Macam mana nak tinggalkan ni

9 Bulan - Berlagak nak Berdiri Lepas Tangan

Assalamualaikum semua
Firash dah pun masuk 9 bulan lebih 
Dah banyak dah perkara tak terjangka yang mencuit hati mummy and daddy dia

Aktiviti lama
Peram je entry ni dalam draf
Dan akhirnya dikeluarkan 

Tengok la gelagat anakanda tu

Pantang la nampak benda yang lagi tinggi dari dia 
Nak menongkat je
Nak-nak kalau mummy daddy tengah syok baring tengok tv

Memanjat pulak tu
Ada hati nak lepas tangan 
bukan sebelah ea
Dua-dua belah nak dilepaskan 
Amboiii macam gagah je nak lepas dua-dua tangan tu kan

Ramai yang tanya Firash boleh buat apa dah
So perkembangan setakat ni menggalakan 
Firash da pandai membebel
Ulangi... MEMBEBEL
Aku tak tahu la nape bab ni yang ikut aku
Kalau menyembang tu mengalahakan orang tua
Gaya paham dia tu luar biasa

Firash pon dah pandai da sebut mummy daddy
Tak tahu la dia tahu tak maksud tu atau main sebut je kan
Maaf aku membebel panjang

Apa-apa pun aku bersyukur sebab Firash membesar dengan sihat
Alhamdullilah

Entry Kekurangan Kata - Firash pon Nak Main Bowling

Assalamualaikum semua
Ahad lepas berjalan-jalan dengan sepupu sepapat aku 
Kami ke Setia City Mall
Saja nak melepaskan gian masing-masing

Sambil layan telatah anak ni
First time jumpa bola besar katanya
Suka betul Firash kan

Tuesday, 18 August 2015

Welcome Back Cahaya Alam Maya

Assalamualaikum semua
Siapa yang tak kenal Nur As
Rakan maya yang terkenal dengan sikap pengomen pukal

Beliau antara orang yang pertama membuat serangan berkala di hidayuayumie
Blog aku diserang lepas Tower Kak Farrah digoncangkannye

Kali ni buat edisi comeback ke camne ni CAM
Kemain lagi awak bom blog akak balik kan
Akak miss awak tauu
Sori lambat sangat nak update
Buzy sikit
 





Nampak sekali dia tinggalkan 84 komen wey
Fengsan aku bace satu-satu komen tau


SEGMEN RAYA BERSAMA MAMAMYJA

Assalamualaikum semua
Jom sama-sama meriahkan Segmen Raya Bersama Mamamyja
Menarik segmen kali ni
 Boleh cerita sikit tentang raya dan baju raya korang

Sini aku tepek sekeluarga aku

Tahun ni kami tidak bertema
Masing-masing macam lupa nak ambil kisah pada raya tahun ni
Aku dan adik je yang bertema jubah hitam
Tudung dah macam2 kaler
Adik bongsu tertinggal sebab sibuk buat persiapan rumah nenek
Pertama kali beraya di Perak 
Rumah mak abah aku
Selalu kalau balik perak rumah atok nenek 

Sebelum puasa abah aku bertungkus lumus nak siapkan rumah yang baru
Kami beraya pon secara bersederhana tahun ni
Insyallah tahun depan akan ada tema
Berimpian nak menjahit sendiri
Harap menjadi la 

Adik beradik ku
Kami di hari raya ke2
Sila abaikan pakcik aku yang terselit


Kami bertiga tahun ni tidak bertema
Semua baju last minit
Baju Firash daddy jahitkan last-last minit jugak

Maaf la terlebih memebebel pulak
Siapa yang nak join tu cepat-cepat 
Segmen sehingga 30 Ogos 2015 ye

Sila klik sini untuk sertai

Tuesday, 11 August 2015

GS2700 Sewing Machine - Mesin Jahit Raya

Assalamualaikum semua
Selamat berhujung minggu 

Ni hasilnya.....


Mesin Jahit Portable GS2700
Lama dah aku dok aim benda nie
Tapi kan sebab aku beli fon gantikan fon yang rosak hari tu
Ada aku mention tak jadi beli mesin sebab beli fon

So dengan keinginan yang sangat tinggi aku korek la duit mas kahwin tu
At least aku tau mana duit yang en. asben bagi tu kan
Yang selebihnya aku topop guna hasil jualan aku sebelum ni
Alhamdullilah ada sikit nak tampung sikit-sikit bajet tu

Orang lain dok sibuk beli persiapan raya aku sibuk dengan mesin jahit
Tapi dengan adanya mesin jahit baru en asben dah hasilkan 2 pasang baju untuk Firash dan sehelai blouse raya untuk mummy tauu

Hasil dari Brothers GS2700 sebelum raya

Monday, 10 August 2015

Segmen 12 Jam Bloglist #16 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 10 Ogos 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #16 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Bila Abang Sado NV950 Buat Hal

Assalamualaikum semua
Salam Isnin
Ada yang bermalas-malasan lagi ke tu
 
Alhamdullilah rezeki bila ada yang nak menempah bukan
Tap stress tak bila saat nak menyiapkan ada pulak masalah yang datang
Mujur lah customer merangkap akak sayang yang menghuni di tower MF memahami
Siapa yang tak kenal kita ni aku babab

6 keping tak jadi
Dah macam-macam buat
Bersihkan rumah bobbin yang terlalu banyak habuk tu
Ok sikit
Tapi still belum memuaskan hati


Bila jahitan tak sekemas sebelum ni
Macam ada yang tak kena je kan
Takan nak jual hasil yang tak sempurna

Tengok perbezaan belah kiri dan kanan pada pandangan depan dan belakang
Nampak bukan perbezaannya disitu
Yang mana ok yang mana tak

Ok punca dikenal pasti
2 Faktor yang menjadi penyebab
Rumah bobbin yang berhabuk dek gumpalan benang-benang
Dan yang pastinya benang itu sendiri memainkan peranana

Tak tahu la apa masalah benang ni
Asal jahit jalan sikit je putus 
Asal sulam 5 6 langkah je putus
Penat aku dok depan mesin perhati 
Bila tukar benang SETEL!!!!

Kadang bukan salah brand tu sebab kaler lain ok je aku jahit
Mungkin gulungan benang tu tak betul agaknya
So jangan salahkan jenama benang ye
Siapa yang tak kenal Scdha Sein dan Cekebon
Tahu dah siapa yang menjadi customer aku?

Sunday, 9 August 2015

Embroidery Couple Pillow - Selamat Pengantin Baru Sahabat

Assalamualaikum semua
Kat sini aku ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Penganti baru Nurain Fatiha
Semoga selamat menjalani kehidupan sebagai seorang isteri yang solehah

Comell kan?

Nak share sikit hadiah yang aku bagi sebagai pengganti
Sori nun aku tak dapat nak meriahkan majlis kau dengan kedatangan aku
Hope ko faham kenapa masa tu

Candy booth DIY hasil aku dan rakan ku

Hadiah yang tak seberapa dari aku
Simple mini pillow untuk candy booth
Ok tak
Pengantin request hitam putih je
Paling simple yang aku rasa

Tengok ni ingat aku tau


Saturday, 8 August 2015

Guna Eyeliner Ganti Pen

Assalamualaikum semua
Siapa pernah jadi situasi macam aku
Macam terdesak sangat kan

Bila keadaan yang tak mengizinkan berlaku jadi
Masa takde kawasan untuk parkir kereta
Nak xnak kene tinggalkan nombor la untuk elak cermin kereta pecah
Kalau ikot memang kawasan yang kitorang parking tu tak ada masalah
Tapi yela incase kami lambat pulak
Kena la tinggalkan no fon

Dok mencari la pen dalam beg dalam kereta
Tak jumpa-jumpa
Penyudahnya

Eyeliner aku menjadi mangsa
Huwarghhhh
Maka dengan hasilnya

Friday, 7 August 2015

Boxy Bag - Try and Eror

Assalamualaikum semua
Kasi cuci mata sikit
Lama dah aku siapkan beg ni

Tapi belum kesempatan nak menaip lagi
Akhirnya beg idaman yang teringin sangat aku nak jahit menjadi
Alhamdullilah


Ok tak?
Tak terlampau besar tak terlampau kecil
Masih kene perbaiki
Paling mencabar nak jahit inner
Fuhhh jahit tangan je tau
Tercucuk jarum takyah cakap la
Maklum la macam dah lama sangat je aku tinggalkan zaman menjahit tangan sebelum kenal mesin jahit ni kan


Ni bahagian dalam beg
Ok la dari takda

Lama dah dok aim nak jahit boxy bag ni
Tapi asyik buzy je
Sekali dah jahit memang puas hati

Sebab menjadi

Perkongsian Jumaat - Amalan Sunat Jumaat

Assalamualaikum semua
Salam jumaat
Rasa sekejap betul masa berlalu kan

Macam mana dengan raya korang
Masih ada masa lagi nak berkunjung sanak saudara
Jemputan kawin pun tak putus-putus

Kali ni kita kongsikan amalan sunat pada hari Jumaat


Thursday, 6 August 2015

Mummy Ayu vs Firash Zafran

Assalamualaikum semua
Bila orang kata like father like son kan

 
Kali ni nak share pulak ada tak Firash seiras mummy dia
Pandangan korang
Aku pun tak tahu mana sepupu aku korek gambar aku masa kecik
Mak aku kata dulu memang orang ingat aku anak lelaki
Mungkin family aku tak suka aku pakai gaun-gaun kot


Ni lah rupa mummy masa kecik
Sama Firash tak
Macam lelaki kan
Baju ni pun makcik aku yang hadiahkan
Tapi memang setahu aku la 
Aku tak pernah dipakaikan pakaian perempuan
Aku tak suka kata mak aku

Wednesday, 5 August 2015

Entry kekurangan Kata - Semua Benda Nak Masuk Mulut

Assalamualaikum semua
Agak sibuk kebelakangan ni
Kita selit sikit aksi bambam kali ni
 

Bersungguh-sungguh mengunyah tu
tapi alhamdullilah tak semua benda Firash pandai masukan dalam mulut
Mainan dia memang semua nya masuk mulut
Tapi kalau benda yang baru-baru dia kenal memang dia tenung je

Tuesday, 4 August 2015

Bonanza Sushi King Ogos 2015

Assalamualaikum semua
Macam biasa setiap kali bonanza Sushi King akan hantar peringatan
Mujur ada mesej ni
Kalau tak memang aku tak tahu
Yela sejak-sejak GST ni memang belum jejak ke SK lagi


Sepinggan hanya RM 3.18 sen termasuk gst
Kesemua jenis yang berada di kaiten ye
Tak boleh order tak boleh take away

Firash mummy suap bubur mekdi je
Sebab dia pantang tengok orang makan
So nak taknak kene suapkan sesuatu jugak

Ni adik aku yang akan berangkat ke India esok
Tengok la banyak mana kami bedal semalam
Selagi perut belum penuh selagi tu la kami sumbat

So pada yang kaki sushi macam aku moh la bergegas ke Sushi King berdekatan
Sampai khamis ni je
Pastikan ada member card ye

Goodbye July Hello August

Assalamualaikum semua


Salam Ogos
Diam tak diam
Sekejap betul masa berlalu
Makna kita juga menghampiri hujung tahun bukan
Masih ada yang belum capai taget 2015 ke?
Tak apa masih punya masa kan

Sebulan adik akan berangkat ke India
Atas urusan kerja
Semoga selamat pergi dan selamat balik Dayah

Kad Raya dari Akak Kaki Travel - Terima Kasih Sis JM

Assalamualaikum semua
Alhamdullilah akhirnya
Penantian yang dinanti-nanti
Over tak?

Dengki la ramai blogger dah pernah dapat cenderahati dari Sis Jm
Aku pon nak jugak
Dan akhirnya
Firash siap dapat angpow dari aunty JM lagi
 Terima kasih kak Jm bagi pihak Firash ye

 

Terima kasih jugak pada sis Jm sebab menjadi sahabat maya ayu 
Dikesempatan ini jugak ayu mohon maaf tersalah bahasa apa yang kurang pada akak
Salam Koson-Kosong sis Jm yang cantik jelita 

Pernah jugak dapat hadiah masa Giveaway September by Karya Mahirah 
Hadiah sis Jm la hadiah yang pertama aku dapat
Menang GA merupakan cash sebanyak rm10

Terima Kasih banyak-banyak pada sis Jm ye
Siapa yang belum mengenali wajib kenal beliau

Monday, 3 August 2015

Menu Baru - Pasta Ayam & Carrot

Assalamualaikum semua
Kali ni nak kongsikan menu baru untuk Firash
Pasta ayam dan lobak

Aku masih belum menumis untuk Firash
Nak-nak dengan keadaan kulit dia yang macam sensitif tu
So aku rebus kesemuanya
Macam biasa gune mulipurpose lunchbox ni
Rebus dengan lama supaya pasta tu lembik ok
Then aku gunakan speedy choppers untuk kasi sebati
 

Ni la pasta yang aku beli untuk Firash
Masa jalan-jalan dekat Jusco aku terperasan ada yang jenis kecik-kecik macam ni
Apa salahnya mencuba
Kalau dia taknak makan pon aku still boleh bedal kan

Alhamdullilah memang menjadi kegemaran Firash
Setiap kali makan habis je
Selera anak mummy makan sekarang ni
Ni lah rupa speedy choppers tu
Senang nak cincang-cincang makanan
Tak perlu guna blender

Tabung Firash