Pages

Sunday, 18 March 2018

Peribahasa Yang Disalah Ertikan

Kebetulan AjarMalaysia lalu di New Feed aku
Tertarik untuk aku kongsikan buat pengetahuan semua
Bagi yang sudah sedia maklum boleh abaikan

5 Peribahasa Yang Disalah Ertikan

1. Melepaskan Batuk Di Tangga
sepatutnya Melepaskan Batok Di Tangga

kredit

Tertanya2 juga aku dulu kenapa batuk kat tangga dikatakan tidak cermat?
Batok dalam bahasa Jawa bermaksud tempurung.
Kalau perasan cerita dulu2 luar rumah mesti ada tempayan dan tempurung kelapa yang dijadikan gayung untuk basuh kaki.
Itu yang bila dah pakai tapi tak reti nak letak tempat asal dan biarkan di tangga dikatakan tak cermat, buat kerja separuh jalan. tidak bersungguh-sungguh, tidak sempurna dan hanya sambil lewa.

2. Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi
Sepatutnya Harapakan Pegar, Pegar Makan Padi


Ini lah burung Pegar.
Tidak ke pelik bila pagar tu boleh makan padi
Adakah kerana pagar tu menghalang tumbesaran padi tersebut
Rupanya sekali lagi aku tersalah erti.
Pesawah menjadikan burung pegar untuk menjaga sawah padi disebabkan sifat ia memakan haiwan perosak
Tetapi pesawah tidak mengetahui yang burung pegar juga memakan padi
Maka terjadilah peribahasa ini atas kehilangan kepercayaan dari para pesawah

3. Mata Keranjang
Seringkali juga aku tertanya adakah mata bola keranjang itu 
Sepatutnya Mata Ke Ranjang

Keranjang adalah bakul yang dianyam dari tumbuhan seperti rotan dan buluh

Bila dapat terbaca kesilapan ni baru la logik
Dari keranjang kepada ke ranjang
yang bermaksud ke tempat tidur
Masuk akal kan?


4. Saling Tak Tumpah
sepatutnya Salin Tak Tumpah
yang bermaksud serupa, sama
Dimana salin membawa maksud meniru, menekap dan mendua
"copy and paste"

5. Merah Padam
Sepatutnya Merah Padma

Yang bermaksud kabur, apa kena mengena merah padam dan kabur?


Padma merupakan sejenis teratai yang berwarna kemerah-merahan atau teratai merah.
Kesilapan ini terjadi apa apabila peralihan bahasa dari jawi ke rumi.
Dari padam ke padma
Selalu kita kaitkan merah padam pada muka seseorang yang kemerahan-merahan bukan?..
Kini aku jelas kenapa merah padam, rupanya merah padma

Itu sahaja yang aku ingin kongsikan di hari ini
Moga bermanfaat


3 comments:

  1. yes la ayu.
    sebab maybe dulu diturunkan dari mulut ke mulut.
    akhirnya salah sebut.
    zaman baru put in writing. so, mana nak tahu perkataan asal, kan...
    and baguslah ada yg menegur bab ini.
    if not, selamanya salah dan selamanya kita tak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl la tu.. smpai skrg pon orang masih gunekan peribahsa yang salah.. tapi tak apa la asalkan orang paham

      Delete
  2. Alahai kenapa laaa tak baiki yang btol kan.. skarang pon peribahasa yanh salah tu laa kita duk guna pakai huhu

    ReplyDelete