Pages

Wednesday, 21 March 2018

Skytrex Adventure Shah Alam Bandar Botanik

Assalamualaikum semuanya
Sihat ke? Diharap semua sihat sentiasa.


Okey hari ni aku nak ceritakan pengalaman aku di Skytrex
Bagi aku yang sememangnya takot akan ketinggian
Ia sangat mencabar untuk aku laluinya

Tapi alhamdullilah aku berjaya sehingga ke akhir
Untuk korang yang sukakan aktiviti lasak and tinngi macam ni korang patut cuba


Terdapat 3 tahap yang korang boleh pilih.
Little Adventure, Big Thrill, dan Extrem Challenge

Bagi aku lebih baik korang ambil pakej Extreme Challenge
Sebab dah alang2 kan
Biar pon mahal sikit
And tolong la beli tiket online di skytrex
Sebab lebih murah and senang nanti korang akan deal dengan salah sorang stuff dorang

Korang wajib beli Glove RM10.60 
Total up dalam RM68.90
Atau korang boleh beli pakej Super Skydeal (Water+Holder+Glove)
RM79.50
Kalau nak jimat korang bawak sendiri je air mineral
Dan pastikan bawak beg untuk simpan air sebab korang akan gunakan kedua-dua tangan nanti.

Antara halangan dan cabaran yang akan ditempuhi
Jangan risau kalau ada yang tak mampu nak menghabiskan boleh lalu Chiken Exit

Mula2 korang kene masuk Taman Botani Shah Alam (Bukit Cerakah)
RM3 seorang

Sambil menunngu stuff dorang datang ambil


Glove yang wajib korang pakai

Sementara menunggu giliran

1st time aku bergayut atas benda alah ni

Ini antara cabaran yang sangat mencabar bagi aku
Ambil masa nak melepaskan ni
Sangat takot wehh

Pandangan dari sudut lain
Sampai sekarang aku terpikir macam mana aku boleh harungi laluan atas tu

Dengan cara yang macam ni mampu hilangkan rasa gugup aku


Kami kumpulan yang terakhir
So memang kami bersenang lenang la dibelakang sebab tak kejar masa

Gayat ke gayat?

Selesai segala halangan dan rintangan
Tiada yang keluar melalui Chiken Exit
Tahniah buat diri sendiri

Santai2

Sehingga bertemu lagi
Eh akan ada lagi ke??
Insyallah nak kumpul kekuatan dulu nak harungi nya lagi

Tips tambahan untuk korang yang nak ke sini :

PAKAIAN -  Berpakaian lengkap sukan. Tolong la aku tak paham ada yang datang macam nak ke mall tu. Selesa kah kamu di atas wahai kawan??

MASA - Sila hargai masa, sepatutnya jam 9am. Tapi disebabkan menunggu kumpulan yang lain sampai aktiviti kami tergendala sampai ke jam 10.30. Bayangkan kami sampai jam 8.30am.

ARAHAN -  Sila beri perhatian mase stuff dorang bagi taklimat. Sebab nanti kat atas korang akan bergerak sendiri. Pandailah korang nak sesuaikan diri nanti. So sebelum memulakan aktiviti pastikan korang da mahir dan faham alatan yang korang kene guna tu.

HARTA BENDA - Tak payah la korang bawak almari datang sekali. Bawak benda yang dirasakan penting yang lain simpan je dalam kereta. Tepon untuk bergamba, air untuk korang minum dan bawak duit kot2 nak menyewa locker atau bottle holder tak pon beli air. Kalau nak bawak barang simpan dalam beg yang digalas,tak payah nak acah2 cantik nak pakai handbag ke slingbag ke, susah korang nak bergerak nanti.


4 comments:

  1. wahhh best ni memang suka. lebih kurang mcm escape di penang cuma harga tiket jauh lebih murah

    ReplyDelete
  2. Alahaii kakya jenis gayat ntah ok ke idok laa mqij benda ni ..

    ReplyDelete
  3. alamak kite lemah sket la kalo ada tinggi2 ni ahahah.. jiwa tak kuat =P

    ReplyDelete
  4. tak de la acik nak naik ni...jiwa pun tak kuat

    ReplyDelete