Assalamualaikum semua
Thursday, 22 March 2018
Wednesday, 21 March 2018
Skytrex Adventure Shah Alam Bandar Botanik
Assalamualaikum semuanya
Sihat ke? Diharap semua sihat sentiasa.
Okey hari ni aku nak ceritakan pengalaman aku di Skytrex
Bagi aku yang sememangnya takot akan ketinggian
Ia sangat mencabar untuk aku laluinya
Tapi alhamdullilah aku berjaya sehingga ke akhir
Untuk korang yang sukakan aktiviti lasak and tinngi macam ni korang patut cuba
Korang wajib beli Glove RM10.60
Antara halangan dan cabaran yang akan ditempuhi
Jangan risau kalau ada yang tak mampu nak menghabiskan boleh lalu Chiken Exit
Bagi aku yang sememangnya takot akan ketinggian
Ia sangat mencabar untuk aku laluinya
Tapi alhamdullilah aku berjaya sehingga ke akhir
Untuk korang yang sukakan aktiviti lasak and tinngi macam ni korang patut cuba
Terdapat 3 tahap yang korang boleh pilih.
Little Adventure, Big Thrill, dan Extrem Challenge
Bagi aku lebih baik korang ambil pakej Extreme Challenge
Sebab dah alang2 kan
Biar pon mahal sikit
And tolong la beli tiket online di skytrex
Sebab lebih murah and senang nanti korang akan deal dengan salah sorang stuff dorang
Korang wajib beli Glove RM10.60
Total up dalam RM68.90
Atau korang boleh beli pakej Super Skydeal (Water+Holder+Glove)
RM79.50
Kalau nak jimat korang bawak sendiri je air mineral
Dan pastikan bawak beg untuk simpan air sebab korang akan gunakan kedua-dua tangan nanti.
Jangan risau kalau ada yang tak mampu nak menghabiskan boleh lalu Chiken Exit
Mula2 korang kene masuk Taman Botani Shah Alam (Bukit Cerakah)
RM3 seorang
Glove yang wajib korang pakai
Sementara menunggu giliran
1st time aku bergayut atas benda alah ni
Ini antara cabaran yang sangat mencabar bagi aku
Ambil masa nak melepaskan ni
Sangat takot wehh
Pandangan dari sudut lain
Sampai sekarang aku terpikir macam mana aku boleh harungi laluan atas tu
Dengan cara yang macam ni mampu hilangkan rasa gugup aku
Kami kumpulan yang terakhir
So memang kami bersenang lenang la dibelakang sebab tak kejar masa
Gayat ke gayat?
Selesai segala halangan dan rintangan
Tiada yang keluar melalui Chiken Exit
Tahniah buat diri sendiri
Santai2
Sehingga bertemu lagi
Eh akan ada lagi ke??
Insyallah nak kumpul kekuatan dulu nak harungi nya lagi
Tips tambahan untuk korang yang nak ke sini :
PAKAIAN - Berpakaian lengkap sukan. Tolong la aku tak paham ada yang datang macam nak ke mall tu. Selesa kah kamu di atas wahai kawan??
MASA - Sila hargai masa, sepatutnya jam 9am. Tapi disebabkan menunggu kumpulan yang lain sampai aktiviti kami tergendala sampai ke jam 10.30. Bayangkan kami sampai jam 8.30am.
ARAHAN - Sila beri perhatian mase stuff dorang bagi taklimat. Sebab nanti kat atas korang akan bergerak sendiri. Pandailah korang nak sesuaikan diri nanti. So sebelum memulakan aktiviti pastikan korang da mahir dan faham alatan yang korang kene guna tu.
HARTA BENDA - Tak payah la korang bawak almari datang sekali. Bawak benda yang dirasakan penting yang lain simpan je dalam kereta. Tepon untuk bergamba, air untuk korang minum dan bawak duit kot2 nak menyewa locker atau bottle holder tak pon beli air. Kalau nak bawak barang simpan dalam beg yang digalas,tak payah nak acah2 cantik nak pakai handbag ke slingbag ke, susah korang nak bergerak nanti.
Monday, 19 March 2018
Nasi Kerabu Kambing Moksu - Pintu Gate 1 Putrajaya
Assalamualaikum semua
Selamat bermonday blues
Bagi yang bercuti sempena anak bercuti selamat bercuti ye kawan2
Hati2 dalam perjalanan
Pagi2 nak ceita breakfast yang aku makan ketika sedang berkursus di Inspen.
Nasi Kerabu Kambing!!
Aku dan kambing berpisah tiada
Selonggok ha dia bagi kambing tu
Rupanya memang kedai ni pernah viral
Memang thorbaikk!!
Rupanya memang kedai ni pernah viral
Memang thorbaikk!!
Kaki Ayam dan ayam bakar pon ada
Kuih muih tak ketinggalan
Nahh muke kepuasan semua
Di Pintu 1 Putrjaya betul2 depan gate Inspen
Kalau dari bilik kitorang tu boleh je jalan kaki
Nak makan kambing kene awal sebab limited, abis jangan nangis tepi meja kedai tu pulak.
Di Pintu 1 Putrjaya betul2 depan gate Inspen
Kalau dari bilik kitorang tu boleh je jalan kaki
Nak makan kambing kene awal sebab limited, abis jangan nangis tepi meja kedai tu pulak.
Sunday, 18 March 2018
Peribahasa Yang Disalah Ertikan
Kebetulan AjarMalaysia lalu di New Feed aku
Tertarik untuk aku kongsikan buat pengetahuan semua
Bagi yang sudah sedia maklum boleh abaikan
5 Peribahasa Yang Disalah Ertikan
Tertarik untuk aku kongsikan buat pengetahuan semua
Bagi yang sudah sedia maklum boleh abaikan
5 Peribahasa Yang Disalah Ertikan
1. Melepaskan Batuk Di Tangga
sepatutnya Melepaskan Batok Di Tangga
kredit
Tertanya2 juga aku dulu kenapa batuk kat tangga dikatakan tidak cermat?
kredit
Tertanya2 juga aku dulu kenapa batuk kat tangga dikatakan tidak cermat?
Batok dalam bahasa Jawa bermaksud tempurung.
Kalau perasan cerita dulu2 luar rumah mesti ada tempayan dan tempurung kelapa yang dijadikan gayung untuk basuh kaki.
Itu yang bila dah pakai tapi tak reti nak letak tempat asal dan biarkan di tangga dikatakan tak cermat, buat kerja separuh jalan. tidak bersungguh-sungguh, tidak sempurna dan hanya sambil lewa.
2. Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi
Sepatutnya Harapakan Pegar, Pegar Makan Padi
Ini lah burung Pegar.
Tidak ke pelik bila pagar tu boleh makan padi
Adakah kerana pagar tu menghalang tumbesaran padi tersebut
Rupanya sekali lagi aku tersalah erti.
Pesawah menjadikan burung pegar untuk menjaga sawah padi disebabkan sifat ia memakan haiwan perosak
Tetapi pesawah tidak mengetahui yang burung pegar juga memakan padi
Maka terjadilah peribahasa ini atas kehilangan kepercayaan dari para pesawah
3. Mata Keranjang
Seringkali juga aku tertanya adakah mata bola keranjang itu
Sepatutnya Mata Ke Ranjang
Bila dapat terbaca kesilapan ni baru la logik
Dari keranjang kepada ke ranjang
yang bermaksud ke tempat tidur
Masuk akal kan?
4. Saling Tak Tumpah
sepatutnya Salin Tak Tumpah
yang bermaksud serupa, sama
Dimana salin membawa maksud meniru, menekap dan mendua
"copy and paste"
5. Merah Padam
Sepatutnya Merah Padma
Yang bermaksud kabur, apa kena mengena merah padam dan kabur?
Padma merupakan sejenis teratai yang berwarna kemerah-merahan atau teratai merah.
Kesilapan ini terjadi apa apabila peralihan bahasa dari jawi ke rumi.
Dari padam ke padma
Selalu kita kaitkan merah padam pada muka seseorang yang kemerahan-merahan bukan?..
Kini aku jelas kenapa merah padam, rupanya merah padma
Itu sahaja yang aku ingin kongsikan di hari ini
Moga bermanfaat
Saturday, 17 March 2018
Selamat Datang Nur Raisya
Assalamualaikum semua
Hmm
Masih lagi hangat2 tahi ayam ke mami Yash ni...
Kejap ada kejap tak ada
Maaf, kekangan masa disebabkan bercuti seminggu di kampung
Aktiviti blogwalking dan up enty tertangguh
Ok takmo berleter panjang
Di sini aku nak mengucapkan tahniah kepada adik kedua aku
Atas kelahiran puteri sulong pada 28hb Februari yang lepas
Nur Raisya nama diberi, berat 3.2kg
Alhamdullilah dipermudahkan urusannya
Agaknya si kecil ni tak sabar melihat dunia
Tak sempat si ibu sampai ke 'labour room' baby dah keluar'
Dan yang menariknya, adik tak perlu sebarang jahitan kerana tiada kesan luka
Apa-apa pun tahniah buat adik dan adik ipar atas kelahiran
Selamat berpantang dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik
Diminta semua mendoakan kesihatan ibu dan anak sentiasa sihat ye
Subscribe to:
Posts (Atom)