Assalamualaikum selamat pagi
Masih dalam keadaan yang haru biru pagi nie..
Dengan office yang kekurangan staff disebabkan cuti Raya Cina lusa ni
Dengan keadaan opis yang kelam kabut
Aku mane tau nak setel benda
Budak baru lah katekan
Sambil2 nak blaja pon jadi dah tak ingat apa dah
Dalam suasana yang kacau bilau riuh rendah kelam kabut aku dikhabarkan dengan dua berita
Ada baik dan ada yang buruk
Selalu orang nak dengar berita baik dulu ke berita buruk dulu
Aku sampaikan berita baik dulu la
Masih boleh tersenyum dan gembira
Kalau tahu berita buruk dulu mesti tak dan nak hepi2 kan
Alhamdullilah birasku Ehay telah selamat melahirkan putera sulongnye seberat 3.5kg
Semangat dari Firash nie
Tahniah adik ipar dan birasku
Semoga MDH menjadi anak yang soleh..
Firash dah xsabar nak ajak balik kampung nak tengok sepupu..
Disebabkan opis busy tahap maksima sampai nak makan gula2 pon tak sempat
Apatah lagi nak jenguk2 henfon kat sebelah ni kan
Grop wasap dari famili berdesup2 masuk
Tapi still aku tak endahkan
Bila berdering fon terus aku capai dan tu diaaa
Berita tentang keadaan opah
Kini opah berada di wad ICU di Johor Bharu
Mintak semuanye dalam keadaan selamat
Ahli keluarga tidak dibenarkan melawat atau pon menemani opah
Semua diminta untuk balik dan berehat
Hanya datang melawat pada waktu melawat sahaja
Opah bergantung mesin untuk bernafas
Mohon same2 panjatkan doa untuk opah tersayang..
Semoga opah kuat..
Opah kene tengok cicit opah nie..