Ok macam mane pulak boleh lupe pasal cucuk ni kan
ceckup kelmarin aku kene cucuk kancing gigi buat kali kedua
Tapi kali ni tak sesakit macam dulu
Itu yang aku pon tak ingat kene cucuk
Memang misi bgtau 2x kene cucuk kancing gigi semasa hamil
Ingat yang lepas aku cerita pasal cucuk2 ni kat sini
Tapi aku lupe pulak ape namenye
so now aku dah tau aku stori sikit
Hasil daripada pokcik2 google
Aku jumpa lah keterangan yang lebih kurang je semua
Salah satunya dari dr. zubaidi
Jom sama2 kita semak info tentang suntikan kancing gigi
-Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh mengakibatkan maut disebabkan racun yang dikenali sebagai Clostridium Tetani. Jadi suntikan anti-tetanus ini dapat mengurangkan keberangkalian jangkitan kuman tersebut.
- Kuman ini boleh masuk melalui luka. Luka wanita hamil ialah jika bersalin normal, akan ada luka pada faraj (luka eposotomy)
- Dahulu hospital tak banyak. Kebanyakkan wanita yang bersalin hanya bersalin di klnik disambut oleh bidan tradisional. Peralatan yang digunakan dikhiatiri tidak bersih. Jadi WHO & Kementrian Kesihatan Malaysia mewajibkan sunikan tetanus pada ibu hamil untuk mencegah kadar kematian bayi dan ibu.
- Vaksin ini melindungi ibu dan bayi yang bakal dillahirkan. Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantarkan pada bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. juga mengelakkan kelahiran pra-matang.
- Kehamilan pertama : 2x suntikan diberi. Suntikan pertama pada awal kehamilan, suntikan kedua selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama. (tapi aku diberikan suntikan lepas misi tanya pergerakkan baby dan kedua sebulan selepas dos pertama)
- Kehamilan kedua : Jika jarak kehamilan kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.
- Suntikan tetanus ini sudah menjadi tidak releven sekarang kerana sudah banyak hospital dibina. Peralatan yang digunakan jugak bersih dan dibasmi kuman.
- Suntikan ini juga boleh menyebabkan ibu hamil terkena effect seperti demam dan adakalanya allergy. Sebab itulah ramai gvbaecologist di hospital tidak memberikan suntikan ini.
- Tetapi hospital kerajaan masih mengamalkannya untuk mengurangkan risiko jika ibu hamil itu tinggal di kawasan pendalaman.
-Menurut pendapat Dr Zubaidi sendiri beliau tidak menegah jika ibu hamil itu menolak suntikan ini jika yakin akan melahirkan bayi di hospital dan sanggup menanggung risiko.
Tetapi jika keadaan tanpa dirancang seperti seorang ibu melahirkan anak di dalam kereta, di dalam lif bangunan dan sebagainya. Jangkitan kuman boleh berlaku. Jika lebih elok menerima suntikan itu lagi pula ia diberikan secara percuma di klinik kerajaan.
* Kan lebih baik kite mencegah sebelum merawat. Sebelum terjadi apa-apa yang xdiingini. Semoga apa yang kita rancang sentiasa diberkati Allah S.W.T. aminnn
ye...lbh baik mencegah awal2...
ReplyDeleteterima kasih sudi singgah.. ye betul lebih baik mencegah dah alang klinik nak bagi free pon kan?
Deletemencegah lebih baik dari mengubati....
ReplyDeleteterima kasih sudi singgah.. btl tu kak... dari meyesal kemudian hari..
Deletesaya x suka suntikan tu...sakit dan kebas...heheh
ReplyDeletenanti follow saya ye
http://lizaufa-pink.blogspot.com/
done liza... tq sudi singgah... mase 1st kene 4 hari kebas.. tapi yang baru ni alhamdullilah xrasa ape...
Delete