Tabung Firash

Friday 11 July 2014

22 Minggu - ANEMIA & BACAAN HB RENDAH!!

Assalamualaikum semua
hari ni dah masuk 12 Ramadhan dah pon
alhamdullilah masih berase kuat utk menjalani ibadat puasa
takat lapa dgn dahaga tu xpayah cita laa kn
sentiasa dlm mood lapar & dahaga
tapi berat alhamdullilah naik lagi 1.5 kg

Tapi dalam 2 3 hari ni mmg la trase sengal betul badan2 ni
berjalan xsmpai stengah hari pon terase lenguh tegang urat macam baru abis merentas desa
bile ceck-up rupenya bacaan Hb aku rendah

Misi kate aku kene anemia
Sebab bacaan Hb aku pada paras 10.0
masih pada tahap anemia ringan
ape benda lak anemia tu kan?

Anemia merupakan keadaan kekurangan Hemoglobin(Hb) di dalam sel darah merah.
Hb merupakan pengankut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan
Oleh itu, apabila sesorang memgalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kekurangan kandungan oksigen)

Klasifikasi Anemia

Anemia teruk : Hb < 7 gm %
Anemia sederhana : 7 < 9gm %
Anemia ringan : 9 < 11 gm %
Normal : >11 gm %

 Punca- punca Anemia 

1. Kekuranagn pengambilan zat besi, asid folik dan vitamin B12 dalam diet.
2. Pendarahan semasa mengandung dan buasir - (pssss alhmdullilah masih dijaohkn dgn penyakit ni)
3. Kerap mengandung (jarak kehamilan kurang 2 tahun)
4. Kerap mengambil makanan penghalang penyerapan zat besi seperti teh dan kopi bersama hidangan.

 Tanda- tanda Anemia

1. Pucat
2. Pitam
3. Letih, lesu, mengantuk
4. Berdebar-debar (palpitation)
5. Rambut mudah putus (brittle hair)
6. Kerap mengalami sakit kepala dan pening. - ku pikir kn sebab makan kambing

Kesan Anemia

Ibu :
1. Tekanan darah tinggi.
2. Keguguran
3. Boleh berlaku pendarahan semasa dan selepas bersalin

Bayi :
1. Terbantut pertumbuhan bayi/janin (IUGR)
2. Lahir tak cukup bulan (premature)
3. Anak lemas semsa lahir (Asphysia)
4. Meningkatkan risiko lahir mati (stillbirth)

 Sumber Makanan

Zat Besi  :
Organ dalaman ( hati, limpa, paru )
Kerang
 Ikan bilis
 Ayam
 Daging
Ikan
Kacang Kuda
Peria
Kangkung
Bayam
Pucuk paku

Asid folik (Folate) :

-Bayam
-Bendi
-Asparagus
-Lentil
-Bijiran yg diperkaya
-Hati
-Biji bunga matahai (kuaci)
-Bijiran penuh (oat)
-Empingan jagung ( cornflake)

Tips Pemakanan 

Ambil diet yg mengandungi lebih 3 sajian sayuran berdaun hijau sehari (sumber asid folik yg baik).
Kerap makan bijiran dan hasil bijiran yg diperkaya dengan asid folik. Asid folik mudah larut dalam air dan mudah musnah jika masak terlalu lama.
Oleh itu, pendekkan masa memasak, kurangkan penggunanaan air/kuah dalam masakan.
Boleh juga masak secara kukus atau menggunakan ketukar
Dan pilihlah makanan atau sayuran yg segar.


Cara meningkatkan penyerapan zat besi : 

1. Ambil makanan  punca haiwan dan makanan laut lebih kurang 3 kali seminggu
2. Ambil buah-buahan yg kaya vitamin C sbg pembasuh mulut
3. Perah limau ke atas makanan.
4. Kerap sediakan sayuran hijau dengan perencah seperti ikan bilis kering, udang, segar/kering, sotong,bebola ikan, kek ikan, hati, daging, ayam atau telur

Cara Mengurangkan Penghalang  Penyerapan Zat Besi
 Elak minum air kopi, teh, minuman berkola, minuman bercoklat, susu soya, produk soya dan susu bersama hidangan makanan dan semasa makan pil hematinik.
 Sekiranya mahu minum digalakan meminumnya ketika waktu minum pagi atau petang.

Sumber Makanan Vitamin B12
Lala
Ginjal
Hati
Kupang
Tiram
Tuna
Yogurt
Susu
Telur
Dada ayam
Daging

Kesimpulannya anemia dan kekurangan darah merah ni sangat bahaya pada bakal ibu dan baby
pandai2 lah jaga pemakanan lepas ni
xmo maen bedal jeee yeee

So memang patut lah aku rase sengal2 badan letih2 macam nak demam
Tu lah punca nye
Ku igtkan alahan2 biase jela

Minggu ni kandungan ku da mencecah 22 minggu
diam tak diam rase sekejap pulak mase berlalu kn?
Baby pon mmg xreti lah duduk diam dlm perot mummy yeee
lapa ke syg?
sabar la kita puasa penuh ye tahun ni

Ku juga telah membuat pemeriksaan gigi
Dan hasil pemeriksaan mendapati gusi aku bermasalah disebabkan plug yg terkumpul belakang dan celah gigi
Doktor nasihatkan aku untuk membuat cucian gigi buang plug utk mengelakkan gigi aku bergoyang
So lepas2 abis puasa nanti lah saya cuci ye cik doktor..

Ohh tak ku lupe
agaknya da bape abad aku xkene cucuk
tapi aku xberapa igt pulak ape name dan sebabnya
cume misi tanya "dah terasa baby bergerak ke?"
aku pon mengiakan jela
tu yang dia suggest suruh cucuk tuuu
waahhh patut lah kalau budak kene cucuk meraung 1 klink tuu
masa cucuk tu xberasa sakit sangat
tp mase masukkan ubat tuuu
yg tu boleh tahan lagi
xtahan bila da smpai rumah
rasa lenguh tangan xpayah cakap laaa
memang lenguh macam kita dok pegang benda berat pastu angkat tinggi2
kau bayangkan lah cik non oiiii
bulan depan kene cucuk lagi
mase tu ceq tanya pasai pa kene cucuk naa
alahaiiii


siap kasi ceramah lagi pasal anemia ni ha...

 ni doktor suruh p beli kat farmasi untuk naikan Hb aku
sebab katenya klnik xbekalkan ubat ni
and ubat yang sedia ade xsempat nak diserap dalam makan..

No comments:

Post a Comment