Tabung Firash

Friday 11 July 2014

PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA DALAM BIDANG PERUBATAN

Smalam dok cerite pasal suntikan cucuk2 tu kn?..
mule lah berpikir sah ke puase ni
sbb da masukkan ubat dlam badan kn
biase lah kadang2 bnd2 yg remeh cmni pon kite xtau ye dok??
so dengan secara xsengaja aku terjmp lak artikel ni
dari mane aku lupe plak
sbb aku terus save dalam pc
punya lah excited nak iinform yang puasa aku tak terbatal disbbkan injection tuu

banyak perkara berkaitan dengan perubatan ni xjejaskan amalan puasa kita pon
yang penting niat kita kn

antaranya :
1. Ubat titik mata dan telinga, cuci telinga (earwash)
2. Ubat GTN yang diletakkan di bawah lidah dengan syarat ia tidak ditelan
3. Memasukkan peassary, ovules dalam kemaluan wanita (vagina) atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan (cth periksa jalan untuk bersalin)
4. Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing.
5. Menggerudi, mencabut, ,mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi), dengan syarat ia tidak ditelan.
6. Injeksi (cucuk) melalui kulit, kedalam otot (instrument), sendi (intraarticular), kedalam pembuluh darah (inveneous) kecuali jika bahan yang dicucuk mempunyai zat.
7. Menderma atau menerima darah
8. Menerima oksigen atau gas untuk bius.
9. Menerima semua bahan yang diserap ke dalam badan melalui kulit seperti sapuan krim, minyak dan sebagainya.
10. Mengambil darah untuk pemeriksaan.
11. Memasukkan tiub (catheter) untuk pemeriksaan
12. Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur untuk pemeriksaan atau rawatan
13. Mencuci mulut, berkumur-kumur, spray mulut dengan syarat ia tidak ditelan
14. Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim ( intrauterine device)
15.Mengambil sel dari hati atau organ lain.
16. Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma)
17. Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari
18. Pembedahan yang memrlukan bius penuh jika pesakit mahu berpuasa.
19. Haemodialisis atau peritoneal dialysis


No comments:

Post a Comment