Tabung Firash

Saturday 28 March 2015

Menang GA dari Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015

Assalamualaikum
Alhamdullilah rezeki Firash gamaknye
Mummy dia ni boleh tahan bertuahnya
 

Baru perasan ade kredit di masukkan 
Dah seminggu dah pon
Terus ingat ade tuntut hadiah dari Jejaka Hangat

Hadiah : Cash RM10 x 1 oleh Zuhaira Nasrin 

 No bertuah aku kali ni
#38

Friday 27 March 2015

Tutu Bagtag & I AM Keychain

Assalamualaikum semuanya
Sihat kah??

Ni antara tempahan dari  adik aku dayah dan rakan-rakanya
Sapa nak support kalau bukan ahli keluarga sendiri kan?
Ni di order untuk anak2 buahnya
Bukan anak2 buah aku tau
Budak2 yang belajar dengan dia
Maklumla adik aku kan buat kerja sambilan menjadi jurulatih
Ni antara gift untuk mereka

Dayah cuma bg tema kaler yang dia nak
So pandai2 la aku la kan
Maka ni la hasilnya


Ni pulak yang ditempah kawan2 UPM adik aku
Thank korang
Hope tak ade yang cacat celanya

Terima Kasih Kerana Sabar Menunggu

Assalamualaikum semua
Salam Jumaat
Moga Jumaat kali ni lebih berkat
Insyaallah

Maaf pada sweet candyku bulan lepas
Hadiah korang baru nak di pos
Tapi al maklumla kesibukkan betul

Semalam kirim dengan en asben 
Sebab nak bayar segala jenis bil kan


  Cik Fafa, Cik Mimie, Dikna, Kak Farrah, & Nadnad
Terima kasih sebab sabar menunggu

Kepada mamamyja yang masih lagi tak menuntut tu
Xmo hadiah ke?
Bile2 boleh sebab kalau mintak awal2 pon takot lambat jugak nak smpai ye
hehehehe

Thursday 26 March 2015

Menang GA First Giveaway Mawar Putih

Assalamualaikum pengunjung yang setia berkunjung
Alhmdullilah ade rezeki aku bila join First Giveaway Mawar Putih

Antara salah satu pemenang bertuah
Dan no bertuah aku adalah 75
Lama da hadiah ni sampai 
Tapi sibuk je sampai nak masukkan gambar dalam laptop pon susah

Taraaaaa....

 Terima kasih Ain

Wednesday 25 March 2015

Babby Carrier SC 650 4 WAY

Assalamualaikum selamat pagi semua
Kesibukkan melanda diri betul sejak akhir2 nie

Semua post tersimpan kemas dalam draf tunggu mase dientrykan
Kali ni aku nak share carrier yang kami beli

Mulanya ingat tak nak beli sebab rasa macam tak berguna 
Tapi ada satu kejadian tu 
Masa tengah dok shopping barang dapur kat Jusco
Tiba2 Firash merengek rimas dok lame2 dalam stroller tambah lapar
Maka en asben pon angkatla Firash
Aku dah pegang troli Jusco
Asben dah pegang Firash
Sape pulak yang nak pegang stroller??

SC 650

 En asben lame dah dok berkenan dengan kuning ni
Ada 4 cara

SC   652

Ni pon 4 cara gendongan baby jugak
Tapi yang ni tak support tulang belakang baby
Bak kate promoter tu la
Aku dgn en asben mengiakan jeee
Harga pon same dua ni
RM 99.90

SC 653 

Tapi laki aku kate tak safety
Hahahahahah
Dah dia dok kenan kan kuning tu memang yang lain buat2 tak nampak la
Yang ni murah sikit
RM 39.90

 
Ni la gaya en asben dan Firash
 

Monday 23 March 2015

Antivirus Untuk Kesayangan

Assalamualaikum semua
Setelah setahun lebih aku beli laptop
Baru nak letak antivirus

Yela sebelum ni laptop aku sekadar hiasa tepi kabinet tv
Mana nak buka kan
Sejak aku kenali dunia blog baru aku prihatin 
Dan kini menjadi kesayangan

Nak2 pulak sejak ade mesin jahit sulam
Software kene ada kan

Untuk itu aku rasa selamat sikit dengan antivirus
Kalau tak, dengan beratnya, dengan benda2 merepek keluar setiap kali aku surf internet

 

Antivirus McAfee
Untuk 3 tahun
Aku bab2 ni sebenarnya bukan tahu sangat pon
Ni aku tanya kedai jual telefon
Tak ada kene mengena kan
Dah aku tertanya
So dia suggest antivirus ni

Korang guna antivirus apa pulak untuk kesayangan korang??

Sunday 22 March 2015

Scan 4d vs Real

Assalamualaikum sahabat blogger semua
Sihat ke semuanya

Entry ni pon lame dah terperap dalam draf
Buzy bebenor aku ni ye dakk
Nak pikir ayat macam susah je kan

Ok
Sape ade baca entry 
29 minggu - Scan 3d 4d Klinik Umra


"alah pandai sengih2 pulak
sebab ade adegen yg melucukan mase ni
sebab kami mempertikaikan jantina baby
Sekali dia tunjuk daaaa"

Tau ape yang melucukan
Anak aku ni dari sejak dalam perut lagi orang kata anak perempuan tau
Sebab perut aku melebar 
Memang 99.99% la yang kata perempuan
Tapi 2 kali scan 2d memang nampak birdbird dia

Mase ni asben tak puas hati tanya betul2 kat miss tu
Betul ke anak saya ni lelaki sebab ramai sangat yang kate anak perempuan

Nahhhh 
Sekali dia tunjuk birdbird dia
Kalau korang nampak laaaa
Dia tunjuk pakai jari dia tuuuuu
Tu yang dia sengih tuu
Alahaii lawak betul anak mummy ni


Ni aku dah tak ingat umo firash berape minggu
Rasanya belum habis pantang lagi
Sebab mase ni kat kampung lagi

Friday 20 March 2015

Bag Tag Untuk Firash

Assalamualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak kongsikan bag tag yang aku buat untuk Firash

Senang nanti kalau apa2 hal pengasuh nak kol
Aku letak dekat bag baju firash je


Wednesday 18 March 2015

Bila Firash Melangkah ke 4 Bulan

Assalamualaikum semua
Entry minggu lepas ni

Buzy betul minggu ni dari minggu lepas
Kerja tak berhenti
Curi2 menulis waktu rehat sekejap

Hari ni Firash dah pon 4 bulan seminggu
Dah macam2 ragam dah dia

Bila asyik bertangguh je cucuk 3 bulan tu
Maka bulan yang ke-4 lah Firash cucuk


Tengok budak bambam nie..
Macam2 ragam sekarang ni
Dah pandai ulit diri sendiri
Bak kate pengasuh yang jaga
"Nak tidur menyanyi-nyanyi dulu "

Malam jalan ke Jusco
Lena pulak tido
Mengantuk betul anak mummy daddy ni

Oh ye Firash baru pandai meniarap
Ngam2 masuk 4 bulan minggu lepas
Aku tengok anak orang lain 3 bulan da meniarap
Ni baru nak belajar meniarap

Yang lawaknye bila tak lepas, marah pulak tu
Bila dah penat mula lah mengah
Lucu betul
Tak apa slow2 ye anak
Kang dah merangkak penat lak mummy nak kejar awak sampai ke dapur

Tuesday 17 March 2015

Watermark by Aina Akmal

Assalamualaikum semua
Lame tak bersiaran
Tenggelam timbul pulak kite ye
Insyaallah pasni cube timbul je sampai korang pon naikmenyampah
Wahahahahah
 
Hari ni nak share sesuatu yang dah lame dah aku dapat
Sori dikNa baru dan nak gune

Sebenarnya watermark ni dikna dah bagi kat aku sebelum aku bersalin lagi tauu
Bayangkan sekarang Firash pon dah 4 bulan
Berapa lame aku simpan entry ni
Saje2 je mintak dia buatkan
Akhirnya dapat
Dan sekarang aku gunekan
Tak kan nak siakan pemberian dari orang kan..

Cantik tak?
Mengikut tema blog aku kan
Blog aku pon dia jugak yang buatkan
Bak kate sis JM
Tangan Aina ade sentuhan magic tauu

Jom kite lawat Dikna 
Yang sekarang ni dok buzy sangat tuu
Thank dikNa
Akak suka sangat and hargai sangat

Saturday 14 March 2015

Roti Puri + Susu Pekat Manis

Assalamualaikum semua
Selamat petang
Menjamu apa petang2 ni

Jom teman aku makan roti puri
Aku pon tak tahu betul ke tak namanya ni
Main belasah je ko kan ayu


Last aku makan mase aku duduk dengan opah aku
Tibe2 tekak teringin pulak kan
Aku kol lah emak aku tanya resepi

Korang tau la resepi orang tua mana ade sukat2 pakai cawan ke apa kan
Belasah ikot dan jela

Yang mak aku tau opah selalu tambah susu tepung dalam roti tu
Sebab opah aku memang suka susu 

Bahan :
-Tepung gandum
-Butter 
-Air sejuk
- Garam sikit
- Susu tepung aku gantikan dengan susu segar
- Yis aku tak letak sebab tak reti guna yis

 Sukatan ikot naluri je
Hahahahha

Mula2 letak la tepung tu ikot banyak mana korang nak makan
Tuang air tu sikit2 takot terlebih kang lembik pulak
Tuang agak2 tepung tu boleh uli jadi sampai doh
Then korang gentel bulat2 ye
Leperkan la tak kisah pakai tangan ke pakai pengolek ke pakai botol kicap ke
Buat banyak2 sampai abis la doh korang tuuu
 
Masa nak goreng tu minyak panas yee
Mandiknan lah tepung korang dengan minyak tu
Terbalik2 kan jangan sampai hangus

siap!!!...
senang dan mudah kn??

Aku memang suka susu macam opah aku jugak
Tak mo lah cicah kari ke sambal ikan bilis ke
No feeeeeeelllllll
Korang cicah ikot selera korang la
Wahahahha kasi cicah susu
Sebab tepung tu tak manis pon

aku cicah ng susu je..
mls lak nak bt smbal ikan bilis ke kari ayam ke ape
sbb aku mmg suke cicah ng susu...

bile da siap buat aku puas ati lah ng hasil pertama aku ni kn
wahahahahaha
en asben pon makan xhenti ha...




Sunday 8 March 2015

Sugar Glider Bonding Pouch

Assalamualaikum semua
Sihat ke masing2

Hari ni nak tunjuk bakat yang tak seberapa nie
Kalau mane yang tau aku memang ada bela sugar glider
Tapi disebabkan komitmen aku semakin besar
Aku jualkan kesemua sugar glider aku

Untuk hilangkan rasa rindu
Aku jahitkan Bounding Bag untuk anak2 kawan aku
Saje suke2 nak bagi sebab gian nak menjahit bag kan

Dan ini hasilnya
Taraaaaa...

Dia kata kaler apa2 pon
Aku bedal la kain mane yang ade
Dilla request nak saiz besar mmg besar dah tu kan?
Kalau perasan aku ade sulam 'my precious'
 Silap kecik sangat pulak

Apa yang terkurang halalkan jela ye...
Harap anak2 bulus awk tu selesa

Saturday 7 March 2015

Burger Bakar Kaw Kaw Uptown Kota Damansara

Assalamualaikum semua
Dinner ape malam ni

Ni dinner minggu lepas aku nie
Sape yang dah selalu datang UPTOWN Kota Damansara?

Aku??
Memang selalu jugak datang cuci2 mate
Nak2 kalau teringin nak makan burger bakar

Sejak Asben kenalkan aku dengan Burger Bakar Kaw Kaw ni
Aku dah tak pandang dah Burger bakar lain
Siyes memang thorbaik wey


Ni en asben yang order tauu
burger kawin rasenya
Nak puaskan nafsu teringin dia ke apa tah
Nasib baik habis

 Aku punya dah selamat masuk mulut tak dan nak bergambar 
Maklumla bile ada anak kecik nie makan pon tak boleh sekali
Kena makan gilir2

Menu wajib
Cheesy Fries!!!

Selain Uptown Kota 
Ade cawangan lain jugak
Korang tengok SINI 

 Selamat Menjamu selera

Bengkel Fitness - UPM

Assalamualaikum semua
Selamat pagi

Hari ni aku nak war2kan semua
Aktiviti fitness
Sesiapa yang berdekatan boleh lah join ye
Terbuka kepada sesiapa pon

Hanya RM 2 sahaja seorang
Tak rugi kalau nak sihat

Bertarikh 14 MAC 2015 
Masa : 2 PETANG
Tempat : DEWAN PUTRA 2

Tu nampak tak tu Nur Hidayah tu
Kalau ada sesiapa kenal bekas atlit sukan Gimnastik Berirama

Itulah adik aku
Percaya atau tak terpulangla
Wahahahahaha

Dia juga yang suruh aku datang
Katanye "ADA BRAN"

Tengok la dayah oiii kalau freee
Hahahahah ngelat

Friday 6 March 2015

FIRST GIVEAWAY BY MAMA3FARHANAH

Assalamualaikum 
Jom meriahkan GA dari mama3farhana

klik banner untuk join

Dapat hadiah menarik tauu
Seramai 20 orang pemenang mama3farhana cari
Tarikh Tamat : 25 Mac 2015 (11.59pm)

::Senarai Hadiah ::
Shawl × 3 pemenang
Purse comel × 2 pemenang
Frame gambar × 2 pemenang
Note book + pensel × 3 pemenang
Keychain × 3 pemenang
Fridge Magnet × 3 pemenang
Sheseido Mask (3) × 2 pemenang
Top up RM5 × 2 pemenang
Jom Jom same2 kite rebut hadiah dari mama3farhana

Thursday 5 March 2015

GIVEAWAY NOVEL ALAF 21 BUAT RAKAN BLOGGER ZAMANI ABE


Assalamualaikum semua
Jalan2 terserempak plak GA ni dekat umah cik mimie
Sempat lagi nak join hujung2 ni


Da lame tak baca  tak beli novel
Kalau dapat ni seronok jugak kan..

Tarikh Tamat : 5 Mac 2015 2pm

Sweet Candy Februari

Assalamualaikum semua
Februari sudah pon melabuhkan tirainye 5 hari lepas
Macam mane aku boleh tertinggal ni
Selamat datang Mac

Walaupon kekurangan entri bulan lepas
Masih ade je yg setia menemani 

Terima kasih buat kalian semua yg sntiase memenuhi kotak komen 
Jom kasi terjah mereka ni



Ada sesuatu untuk mamamyja
nanti wasap ayu yee

p/s : hadia top komentar 2014 da siap
tapi xada mase nak g pos lagi ni
harap bersabar ye

Wednesday 4 March 2015

Entry kekurangan Kata - Firash Buat Muka

Assalamualaikum

Mulakan pagi anda dengan senyuman...
Jangan jadi macam budak nie
Pagi2 dah buat muke

Tuesday 3 March 2015

Semakan Result SPM 2014

Assalamualaikum semua
Dah petang baru sibuk nak update..

Mane yang sedia tahu keputusan SPM telah pon dikeluarkan hari ni
Adik aku salah seorang calonnya

Aku masih belum dapat lagi keputusan adik aku
Pasal berahsia sangat tuuu...
Sekarang tengah berjimba2 dengan kawan2 dia

Ape pon keputusan adik
Akak akan tetap sokong


Sekarang nak cek keputusan pon boleh melalui SMS tauu


Monday 2 March 2015

Chocolate Bubble Rice

Assalamualaikum semua

Sape peminat coklat??
Jom kita kongsi sama2

 

Orang kate chocolate jar ke ape ni?
Aku malas lah nak cari2 jar ke balang ke
Letak dalam tupperware je senang

Tapi kalau nak panaskan jangan pulak p rendam penuh bekas tu...
bubuh agak2 jangan sampai tenggelam sudah
nyum nyummm

Sunday 1 March 2015

Keychain I AM & Pillow Neck

assalamualaikum semua

Ni percubaan ketiga dah
Lain kali kene tukar kaler pulak


Disebabkan kawan aku
Buat jugak lah
Tapi agak lame aku nak siapkan pillow neck dia nie
Macam2 dugaan betul

Benang2 putus la
Zip salah beli la
Getah hilang pulak
Akhirnya lepas 2 minggu baru siap

Thanx Effa sebab saje2 order
Nak lagi bgtau yee
hahaha