Tabung Firash

Thursday 13 April 2017

Happy Birtday To Me!!

Asslamulaikum semua
Alhamdullilah bertambah lagi umurku

Terima Kasih en asben!!
Pagi2 dah ada yang datang buat kejutan
Kalau nak diikutkan laki aku ni bukannye jenis romantik dan yang pasti dia memang tak pandai nak suprise kan orang sebab selalu memang akan kantoi dulu
Tapi tidak pada kali ni
Speechless aku dipagi hari
 Ni mesti ada kes yang sekongkol dengan laki aku ni

 Nahh bouquet coklat untuk mami
Aishh ni alamatnye berebut la dengan Firash
Terima kasih emak dan abah sebab lahirkan dan besarkan ayu yang nakal ni

Tidak lupe pada emak dan abah
Selamat Ulang Tahun Pernikah
Semoga sentiasa berbahagia hingga ke jannah
Insyallah


Entry Kekurangan Kata - Tarap

Assalamualaikum
korang ade yang biasa makan ke buah ni?..
Tak pernah jumpa kat semenanjung
Ni pon sekali je makan masa ke Sabah 2 tahun lepas



Tuesday 11 April 2017

Gagal Lagi!!

Assalamualaikum semua
Sihat semuanya


Aishh kerajinan tak dapat bertahan
Insyallah akan update walaupon siput2 entry nye
Terima kasih pada yang masih mengingati

Masa sangat2 mencemburui
Gagal lagi nak kembalikan mood blogging
Mood blogwalking ade
Mood nak bersihkan rumah belum ada

Tolong transfer mood korang sikit boleh?..

Friday 3 March 2017

Salam Takziah

Assalamualaikum semua
Salam Jumaat

Ada cerita tak gembira
Sepupu en asben meninggal dunia kelmarin akibat kemalangan jalan raya
Ada tak terbaca kes van merempuh lori di kajang dan dua orang maut?

 Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.33 tengah hari sebelum mengerahkan 10 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati dua lelaki tersepit di tempat duduk pemandu dan penumpang di bahagian depan.
“Kami mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa. Kedua-dua lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala,” katanya.
Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

 Ye pemandunya adalah sepupu en asben 
Menurut cerita umi lori yang dilanggar dikatakan berhenti di kanan bahu jalan akibat kerosakan dan sedang menunggu bantuan sampai
Dikabarkan jugak pemandu lori itu yang membuat panggilan kecemasan
Kami dimaklumkankan lewat pada jam 6 petang yang ketika itu arwah berada di Hospital Serdang

Boleh bayangkan keadaan pemandu dan penumpang
Tak  boleh tahan air mata ketika melihat arwah buat kali yang terakhir

Salam takziah keluarga makngah dan pakngah serta sepupu En asben
Dikebumikan di Rawang kawasan rumah mak saudara arwah pada keesokanya

Wednesday 1 March 2017

Hello March Again

Assalamualaikum semua

Again???
Selepas setahun baru nak muncul??
Haii kawan-kawan
Masih ada yang mengingati kah?
 
Aku masih lagi jalan2 n blogwalking ke rumah rakan2 lama
Masih belum cuci rumah
Agak2 sapa yang singgah nanti tinggalkan jejak n link korang ye
Insyallah akan aku balas kunjungan korang sementara FREE ni
 
Doakan mood berblogging berpanjangan