Tabung Firash

Wednesday 2 March 2016

Entry Kekurangan Kata - Firash Nak Tolong Juga

Assalamualaikum semua
Jom layan anak mami sorang ni





Ni masa malam sebelum majlis nikah adik aku
Sibuk dia pun nak tolong juga

Tuesday 1 March 2016

Perginya Insan Tersayang

Assalamualaikum


Dari Dia kita datang dan dari Dia juga kita pergi
Opah meninggalkan kami buat selama-lamanya
Semoga opah tenang di sana

Al-fatihah

Goodbye Ferbuary Hello To March

Assalamualaikum semua
Alhamdullilah masih diberikan kesempatan bernafas dibumi ini
Terima kasih jugak masih yang sudi bertandang di sini

credit
Hello March
Semoga bulan ini akan lebih baik dari bulan yang sebelumnya

Dan hari ni terdapat banyak perubahan di opis
Beberapa orang pegawai yang telah bertukar stesen 
Di bahagian aku 2 orang yang bertukar
Pasti akan datang tak seperti yang sebelum ni

Gud luck pada Kak Ina dan Munirah 
Semoga menjalani pekerjaan di tempat yang baru

Monday 29 February 2016

Pecinta Kraf - Bukan Keperluan Juga Bukan Kehendak

Assalamualaikum semua
Salam tengahari
Salam Isnin

Alhamdullilah masih diberikan kesihatan yang baik hari ni
Dan hari ni jugak hari yang terakhir pada bulan Februari

Sebelum tu nak ucapkan Selamat hari Lahir pada yang menyambutnya hari ini
Empat tahun sekali yang kita jumpa tarikh ni kan

Ok ni bukan nak bercakap pasal hari ni
Siapa pecinta kraf?
Tak boleh nampak benda-benda comel

Katogori korang macam mana?


Ni aku lah ni
Kalau masuk kedai kain ke kedai jahit ke
Kedai alatan kraf ke
Bila da rambang mata 
Masa sejam memang tak cukup nak memikir nak beli ke tak nak beli ke tak

Nak beli dua tiga barang je
Bila bayar jadi banyak pulak
Bila dah beli nak guna mungkin akan amik masa sebulan jugak 

Kak Farrah macam mana?..
Ayu memang tak boleh nak control dari beli barang yang bukan keperluan ni
Bila nak guna sayang pulak tuu
Akhirnya melambak-lambak stok kat bilik

Sunday 28 February 2016

Minum Petang - Keledek Bakar

Assalamualaikum semua
Jalan-jalan kat tower kak Farrah ari tu 
Nampak entry ubi cilembu bakar
Terliur plak dibuatnya
 
Jalan-jalan pasaraya jumpe keledek pulak
Apa lagi
Masuk troli la

Cuci bersih kasi bakar la kan
 


Taraaaa
Makan panas-panas memang sedap
Manis keledek ni

Saturday 27 February 2016

Resepi - Puding Karemal

Assalamualaikum semua

Jom kali ni aku nak share kan resepi dari adik ipar aku
Dalam banyak-banyak resepi yang aku baca
Yang ni lah paling kene dengan tekak 
Dan yang penting senang


Nampak meriah
Minggu lepas aku kongsikan puding karemal tanpa telur kan

Resepi Puding Karemal
 
5 sudu gula - letak dalam loyang dan masak gunakan api yang kecil
* pastikan permukaan loyang tu rata dan kacau la sentiasa, jangan sampai hangit

- 5 Biji telur 
- 1 tin susu cair
- 1/3 tin susu pekat
- 1 sb esen vanila
- 2 sb tepung jagung

 Cara : 
- Pukul semua bahan sampai kembang dan masukan dalam loyang yang berisi karemal tadi
- Kukus dengan api yang kecik selama 45 minit
- Siap!!!

 
Gebu gebas juga di situ kan
Sepatutnye tebal lagi, tapi disebab kan ade insiden yang tak diingin berlaku
Maka rendah tu lah jadinya


Seisi Mengemas Timbunan Kain

Assalamualaikum semua
Selamat berhujung minggi semua

Meh cuci-cuci mata
Terapi minda


Hujung-hujung minggu ni kalau ada masa terluang kene jenguk bilik jahit ni
Sambil2 kemas
Selalu kalau nak buat kerja mesti tengah malam 
Bila Firash terjaga mula la terbengkalai kerja
Penyudah tinggal macam tu je bilik tanpa penutup yang belum kesudahan 
 
Tapi entah kebelakngan ni susah pulak dia nak tido 
Bila makin meningkat bulan makin pelik-pelik la perangai yang ditunjukkan
Biasa la budak
Kita sebagai ibu bapa ni yang kena paham keadaan anak kita
Kalau tidak memang stress dibuatnya

Friday 26 February 2016

Perkongsian Jumaat - Doa Memulakan Sesuatu Pekerjaan

Assalamualaikum semua
Salam jumaat 
Senyum lebar masing-masing ye
Maklumla gaji dah masuk semalam ye tidak?

Ok tak mahu cerita panjang 
Kali ni sama-sama la kita amalkan doa ketika memulakan kerja

credit
Semoga apa yang kita buat diberkati dan minta dijauhkan dengan segala yang tidak baik
Insyaallah  

Pagi ni ada jamuan perpisahan untuk pegawai cawangan aku
So aku mendoakan kesemuanya selamat maju jaya di tempat yang baru
Dan jangan lupakan pegawai disini ye

Thursday 25 February 2016

Baju Melayu untuk Firash di Majlis Makciknya

Assalamualaikum semua
Nak share hasil tangan daddy Firash

Sebelum ni dah jahit baju melayu pelikat,
Dan kali ni baju melayu untuk majlis kenduri adik aku pulak

Bertemakan merah juga sama seperti majlis aku dulu



Jimat dah dari beli
Lagi pun susah nak cari baju melayu budak 

Throwback Majlis Pernikahan dan Walimatulurus Adik

Assalamualaikum semua
Nampak tak bile dah lama cuti
Jadi malas makin menjadi-jadi pulak ye

Ok ni entry terobek mase Raya Cina dulu
Sempena majlis pernikahan adik aku

Kita layan gambar jela ye

 
 Kami the siblings 


 Anak mami yang over ni



Alhamdullilah majlis berjalan dengan lancarnya..
Terima kasih pada yang hadir dan memeriahkan majlis adik aku
Yang datang merewang jugak
Majlis yang dijalankan secara sederhana sahaja

Tahniah kepada adik aku dan adik ipar aku 
Semoga berbahgia sehingga ke jannah
Selamat menjalani tanggujawab sebagai suami isteri dan jugak pelajar kepada keduanya

Isnyaallah akak sentiasa di sini untuk korang
Aminn....

Saturday 6 February 2016

Resepi Puding Karemal Tanpa Telor

Assalamualaikum semua
Selamat berhujung minggu dan bercuti panjang ye kawan-kawan

Hari ni nak share resepi puding karemal
Dan yang pasti tanpa menggunakan telur

Sila abaikan potongan tak ada seni tuh

Nampak pon cantek gebusss gituuu
Sebab ni version masuk peti a.k.a agar2
Tak macam puding karemal yang biase tu
Lebih kurang macam agar-agar jugak la ni
Bagi yang kurang gemar puding karemal disebab kan telur
Korang patut cuba try yang ni
 
Hari tu dok godey2 myresepi terserempak lah resepi dari  Firasyira
Tergerak hati nak cuba sebab tanpa telur kan
Lagi pun bahan memang sedia ada dirumah

 Ada yang komen struktur comey dah, tapi warna karemal tak mengancam
mau tidaknya,yang aku pergi curah air banyak dalam gula tu buat apa
kan dah cair..

Ramai yang dah cuba resepi ni
Semuanya kata tidak mengecewakan
Aku pon tidak ketinggalan nak mencuba
Ok jom tgk resepi

Resepi Puding Karemal Tanpa Telor

bahan A
2 senduk gula (karemal)

bahan B
1 bungkus serbuk agar (10g)
1 litter air suam

bahan C(campur sebati)
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1 penutup esen vanila

cara2;
1.  Hanguskan gula macam biase kite buat karemal kukus tu. Letak gula kat tengah2 bekas acuan then bukak api. Tunggu smpai gula keperangan keseluruhanny,masuk kan air skit (yang aku boleh bantai air banyak-banyak kan, tak payah letak air pon tak apa). Ketepikan.
2.  Didihkan bahan B sehingga larut. Kecilan api then masuk kan plak bahan C, kacau rata dalam 3 minit sampai aduanan agar-agat tuh likat + pekat. Tutup api.
3.  Masukan adunan dalam acuan yang berisi karemal tadi. Sejukan dalam peti.
Siap!!

Sangat mudah kan??
Walaupon ia sejenis agar2 (sbb gune serbuk agar2 kn)
Tapi tekture agar-agar tak keras sebab lebihkan air
 Selamat mencube
 Eh ehhh ada yang nak cuba ke??

 

Friday 5 February 2016

Perkongian Jumaat - Doa di Majlis Kenduri Kawin

Assalamualaikum semua
Salam Jumaat
Alhamdullilah bersyukur masih diberikan kesihatan yang baik

Sebelum bercuti panjang kali ni aku kongsikan doa di majlis kawin
Sempena cuti panjang ni pasti ramai yang buat kenduri kan
Tak terkecuali dengan keluarga aku


 Minta semua doakan perjalanan majlis adik aku yang akan berlangsung pada Isnin depan dengan lancar
Insyaallah
Tinggal lagi beberapa hari lagi adik aku akan bertukar status
Semoga menjadi isteri yang solehah 

Doa Buat Pengantin

Thursday 4 February 2016

Mummy Firash Jahit Apa ni?..

Assalamualaikum semua
Hari ni nak berteka-teki la

kelas pertama : ?

kelas kedua : ?

Bulan lepas ketika ketiadaan Firash aku ambil peluang untuk hadirkan diri ke kelas menjahit
So korang rasa aku belajar jahit apa?

Dua kelas yang aku pergi
Kalau korang boleh agak jawapan dengan betul aku ada something untuk korang
Ole-ole dari Sabah yang aku beli belum pon bertuan

Masa ikut suka aku nak bagi sampai bile
Mungkin sampai ade yang bagi jawapan betul

Ini suka-suke
Tak ada paksaan..
Taknak teka pon tak apa..

korang boleh bagi 1 jawapan setiap satu kelas ye..
Baju fesyen apa?

Jawapan tepat akan dapat spesial gift
Yang mencuba insyallah akan dapat jugak

GIVEAWAY MBO CINEMA VOUCHER

Assalamualaikum semua
Siapa kaki wayang?
Jom meriahkan GA dari arwendanish 

http://kasihkuamani.blogspot.com/2016/02/giveaway-mbo-cinema-voucher.html

Sorang akan dapat 2 tiket tau
Boleh tebus tiket dengan popcorn lagi
Apa lagi jom jom jom

Tarikh tutup : 10 Februari 2016 
 

SEGMEN BLOGWALKING & BLOGLIST BY AINA AKMAL

Assalamualaikum semua
Jom meriahkan segmen dari dikNa sayang kita ni

Segmen pertama yang aku join 
Selepas lama menghilangkan diri
Alang-alang buat comeback kita main blogwalking plak

Meh meh sape nak aku bertandang ke rumah 


 
Apakah memori anda yang paling bahagia pada tahun lepas?

Alamak dikna
Nak jawab macam mana ea
Yang paling bahagia bila Firash sentiasa di sisi la of coz kan

Aku jemput semua pon sama-sama support segmen dari dikna ye
Tarikh tamat 10.02.2016
So sempat lagi nak join ni
 

Wednesday 3 February 2016

Baby Taggie Toys

Assalamualaikum semua
Salam tengah hari
Lunch apa hari ni?

Saja nak share mainan yang ku jahit sendiri 


Sebenarnya lama sangat dah aku jahit ni
Masa Firash bari boleh sentuh2 barang ni
Mainan macam ni memang sesuai dengan perkembangan anak-anak tau..

Tapi mummy Firash ni memang over kan?
Kemain banyak riben di letak
Dan dalam aku jahitkan plastik yang berbunyi..

Tapi sayangnya,
Firash main ni tak lama
bosan!!

Nasib la mummy yang jahit 
Kalau beli mahal jugak ni
Ada masa aku tunjukkan cara jahit ni
Sangat mudah

Entry Kekurangan Kata - Mulakan Pagi Dengan Detox

Assalamualaikum semua
Selamat pagi

Aku masih lagi mood bekerja

 Mulakan pagi anda dengan detox
Beberapa keping hirisan lemon dan 2 sudu besar madu
Ngam2 hou
hahhaha 
3 hari lagi sebelum cuti panjang
Go go chiayokkk

Tuesday 2 February 2016

Permulaan Yang Baru - Rindukan Firash tak??

Assalamualaikum semua
Selamat pagi kesayangan-kesayangan ku semua

Entry permulaan yang agak janggal bagi aku
Maklumlah da lama sangat bercuti panjang ni kan
Yang pasti aku rindukan kalian semua
Kalau nak disebutkan satu-satu memang banyak part entry la jawabnya

Ada yang merindui si Bambam Firash 
Meh aku belanje sekeping sebangai pelepas rindu kononnya

Anakanda kesayangan buah hati aku ni
Bambam Firash Zafran 
Bulan ni Firash memasuki 1 tahun dan 3 bulan

Alhamdullilah baru boleh kaki 
Orang lain da sibuk berlari dah
Tak apa lah asalkan Firash sihat

Ohhh macam biasa rutin tiap-tiap bulan 
Firash demam selsema sejak semalam
Doakan kesihatan anakanda ye kawan-kawan...

Monday 1 February 2016

Hello Februari - Welcome Back hidayuayumie

Assalamualaikum semua
Fuuhhh fuuuhhhhh...
Amboi semak samun blog tak bertuan beberapa bulan 
Ada yang masih mengingat ke idokk ni?..





Hello  Februari
Please be nice too me
Semoga pembukaan Februari ni akan menjadi pembukaan pada rumah usang ku ini
Welcome back hidayuayumie

Ohh sebelum terlupa 
Tarikh hari ni juga merupakan tarikh kelahiran adik bongsu ku
Sama-sama doakan kesejahteraan adik bongsu kesayangaku ni sekali ye




Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-19 
Semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki 
Kami sayangkan adik
hug hug hug kiss kiss kiss

We love u brother!!