Tabung Firash

Showing posts with label PJ. Show all posts
Showing posts with label PJ. Show all posts

Friday, 23 February 2018

Perkongsian Jumaat - Fitnah

Assalamualaikum semua
Salam Jumaat


Cerita di akhir zaman
Terlalu banyak fitnah

Bijaklah dalam berfikir
Dan bertindaklah dengan keadaan yang sewajarnya
Semoga kita dijaohkan dari golongan orang seperti itu
Insyaallah

Friday, 26 February 2016

Perkongsian Jumaat - Doa Memulakan Sesuatu Pekerjaan

Assalamualaikum semua
Salam jumaat 
Senyum lebar masing-masing ye
Maklumla gaji dah masuk semalam ye tidak?

Ok tak mahu cerita panjang 
Kali ni sama-sama la kita amalkan doa ketika memulakan kerja

credit
Semoga apa yang kita buat diberkati dan minta dijauhkan dengan segala yang tidak baik
Insyaallah  

Pagi ni ada jamuan perpisahan untuk pegawai cawangan aku
So aku mendoakan kesemuanya selamat maju jaya di tempat yang baru
Dan jangan lupakan pegawai disini ye

Friday, 5 February 2016

Perkongian Jumaat - Doa di Majlis Kenduri Kawin

Assalamualaikum semua
Salam Jumaat
Alhamdullilah bersyukur masih diberikan kesihatan yang baik

Sebelum bercuti panjang kali ni aku kongsikan doa di majlis kawin
Sempena cuti panjang ni pasti ramai yang buat kenduri kan
Tak terkecuali dengan keluarga aku


 Minta semua doakan perjalanan majlis adik aku yang akan berlangsung pada Isnin depan dengan lancar
Insyaallah
Tinggal lagi beberapa hari lagi adik aku akan bertukar status
Semoga menjadi isteri yang solehah 

Doa Buat Pengantin

Friday, 23 October 2015

Perkongsian Jumaat - Hargailah Selagi Ada

Assalamualaikum semua
Salam jumaat selamat pagi
Perkongsian Jumaat kali ni

Hargai la apa yang ada di sekeliling kita


Kita tak akan tahu seseorang itu sangat penting bagi kita selagi kita tak kehilangannye bukan
Bila ada depan mata sila lah hargai
Bila sudah tiada menyesal pon tak berguna

Sayang dan hargai seperti kita akan kehilangannye esok
Sama-sama la kita sayangi apa yang kita ada
Mungkin esok lusa kita akan kehilangannya

Friday, 21 August 2015

Perkongsian Jumaat - Doa Bila Rindu Seseorang

Asslamualaikum semua
Tinggal lagi bape lame je untuk aku tinggalkan en asben dan Firash
Esok mummy daddy akan balik ke klang
Dan lusa akan berangkat ke Sabah

Mummy dah rasa sebak
Malam-malam tidurkan anak mesti mengalir air mata risaukan keadaan anak nanti
Mengada kan
Biarla hanya orang yang mengalami nya yang boleh merasa tauu


Kalau rindukan seseorang angkat tangan dan berdoalah pada Allah

"Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada ........ (nama penuh insan tersebut) sehingga aku menjadi kerinduannya" 

Silalah rindukan diriku

 

Friday, 7 August 2015

Perkongsian Jumaat - Amalan Sunat Jumaat

Assalamualaikum semua
Salam jumaat
Rasa sekejap betul masa berlalu kan

Macam mana dengan raya korang
Masih ada masa lagi nak berkunjung sanak saudara
Jemputan kawin pun tak putus-putus

Kali ni kita kongsikan amalan sunat pada hari Jumaat


Friday, 19 June 2015

Perkongsian Jumaat - Ganjaran Puasa Ramadhan

Assalamualaikum semua
Sedikit perkongsian untuk semua


Memang kita sendiri tau ganjaran bulan Ramadhan kan
Perkongsian untuk diri sendiri jugak

Friday, 5 June 2015

Perkongsian Jumaat - Kelebihan Sedekah

Assalamualaikum semua
Salam Jumaat
Masih dalam mood cuti sekolah ke masing2
Alhadmullilah famili mertua selamat sampai pagi tadi
Ada urusan di KL esok
Hari ni Tokbah Dengan Tokmi lah yang mengasuh Firash

Ok jom kali ni aku kongsikan kelebihan bersedekah


"Wahai anak Adam! Belanjakanlah (hartamu itu), nescaya Aku (Allah) membelanjakan (menambah) kepadamu".

Orang yang menahan hartanya atau kedekut untuk membelanjakan hartanya di jalan kebaikan, mestipun  hartanya tidak binasa secara zahir, tetapi pada hakikatnya akan binasa jugak, kerana pemiliknya tidak langsung memanfaatkan hartanya untuk kepentingan akhirat dan dunia
Pasti ramai yang sedia maklum tentang kebaikan kalau kita rajin bersedekah bukan

Sentiasalah kita bersangka baik dengan Allah SWT dan musabahah diri dia atas segala kejadian yang menimpa diri kita kerana setiap kejadian ada hikmah di sebaliknye.

Sama-sama lah kita bersedekah, tak kira pada sesiapa pon
Yang penting hati ikhlas memberi tanpa meminta balasan 
Sekurang-kurangnya senyumlah, kerana senyum itu satu sedekah


Friday, 29 May 2015

Perkongsian Jumaat - Doa Ketika Menaiki Kenderaan

Assalamualaikum semua
Salam Jumaat
Bersua lagi pada terakhir Jumaat bulan Mei kan

Dan bersempena cuti sekolah bermula
Pasti ramai yang akan bercuti
Sama ada pulang ke kampung atau percutian bersama keluarga
 
Sini aku kongsikan doa menaiki kenderaan
Kadang aku sendiri lupe untuk membaca
Sama-sama kita amalkan moga menjadi amalan

Bagi yang naik kenderaan udara
Ada ke yang naik kapal balik kampung

Pada semua yang sudah dan akan bercuti
Selamat bercuti
Selamat berhujung minggu
Semoga selamat perjalanan kalian pergi dan balik
Insyaallah

Friday, 22 May 2015

Perkongsian Jumaat - Doa Pendekat Jodoh

Assalamualaikum semua
Salam tengahari Jumaat
Alhamdullilah keadaan makin pulih
Tapi still sakit kepala datang menyerang

Kali ni aku nak kongsikan Doa Pendekat Jodoh
Cik mimie ni khas untuk awak tau
 

Dan mana2 dah ade buah hati tu
Dekat-dekatkan lah jodoh semoga sampai ke jinjang pelamin ye
Aminn

Friday, 15 May 2015

Perkongsian Jumaat - Doa Buat Kedua Ibu Bapa

Assalamualaikum semua
Pada yang sedia maklum hari ni adalah genap setahun pemergian arwah atok Jumari tercinta
Semoga arwah ditempatkan di kalangan yang beriman
Aminn

Pada anak2 jangan lupe titipkan doa buat ibu bapa kalian ye



Kami sayang mak dan abah
Semoga kalian sihat sejahtera dan sentiasa dimurahkan rezeki


Sempena Hari Ibu yang lepas aku dan adik-adik buat suprise la kononnye
Yela mase ni la adik2 aku ade
So kita harung sekali mana yang tertunggak
Hari ibu dan bapa adalah hari2
Cume kali ni kita nak sambut sebab kami sekeluarga berkumpul bersama

Kami sayang mak dan abah
Terima kasih membesarkan kami dengan sempurna

Friday, 8 May 2015

Perkongsian Jumaat - Doa Sakit Kepala

Assalamualaikum semua
Nak update entry semua mood kelaut
Dah ke petang baru sibuk2 kan?

Sejak akhir-akhir ni sakit kepala makin kuat dan makin kerap
Tak tahu la apa penyebabnya
Campur dengan selsama disusuli batuk 
Memang perit

So hari ni aku nak kongsikan sikit petua or doa kalau korang pon sakit kepala cam aku
Insyaallah


Friday, 1 May 2015

Perkongsian Jumaat - Doa buat Pengantin

Assalamualaikum semua
Selamat Hari Buruh buat semua
Selamat bercuti panjang
Selamat awal berhujung minggu la kite ye


Kali ni aku nak kongsikan doa kepada pengantin
Dan buat bakal raja sehari CikNa kita ni

"Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan"

Semoga majlis akad esok berjalan dengan lancar dan selamat
Sama2 kita doakan ye


Friday, 24 April 2015

Perkongsian Jumaat - Biar Apa Orang Nak Kata

Assalamualaikum semua
Selamat pagi salam Jumaat

Alhamdullillah dah Jumaat terakhir bagi bulan April kan
Sepatutnya hari ni last aku bekerja 
Kononnya nak cuti balik kampung
Tapi nampaknya terpaksa ditunda atas alasan tertentu ye
Tak apa la mungkin ada hikmahnye

Kali ni nak kongsikan tazkirah dari Ustaz Kazim


" Bila ada orang mengumpat kita, menfitnah kita, bersabarla jangan sedih hati. Kerana ada dua perkara yang perlu kita bersyukur. 
1. Orang itu menghabiskan setiap harinya dengan memikirkan kita walaupun dia berfikir keburukan kita.
2. Kerana dia sedekahkan palaha dia secara percuma pada kita."

So lantak la apa orang nak kata nak cerita nak umpat nak keji
Selagi kita tak buat benda yang bukan-bukan
Janji Allah tau apa yang kita buat


Friday, 17 April 2015

Perkongsian Jumaat - Doa Bahagia Suami Isteri

Assalamualaikum semua
Salam jumaat
Lambat pulak aku update entry kali ni ye

Jom sama-sama kita


Sedekah AL-FATIHAH pada pasangan anda
Jangan ingat sedekah AL-FATIHAH pada orang yang tiada je tau
Orang sekeliling juga

Semoga mereka sentiasa dalam kebahgiaan
Aminn

 
 


Friday, 10 April 2015

Perkongsian Jumaat - Biar Kita Tak Hot

Assalamualaikum 
Salam Jumaat


"Biar kita tak "hot" didunia kerana menutu aurat..
Daripada kita "hot"direndam dalam neraka Allah nanti"

Untuk apa cantik dimata orang kalau tak cantik di mata Allah
Peringatan untuk diri sendiri juga