Tabung Firash

Showing posts with label M2B. Show all posts
Showing posts with label M2B. Show all posts

Monday, 10 November 2014

Serah Diri di KBMC

Assalamualaikum
Kandungan hari ni masuk 40 minggu 1 hari
Dan hari ni jugak kene tahan
Ehhh bukan tahan sebenarnye
Kira penyerahan diri

Semalam datang Kota Bharu Medical Centre (KBMC) tapi doktor kata dah petang
So pagi ni dengan rela hati menyerahkan diriku

Kalau ikot klinik desa yang selalu cekup tu 9 hari lagi kene tahsn kalau tak bersalin jugak


11 pagi doktor cek bukaan masih 2cm
Siyes sakit!!
Ok kene induce
11.15 pagi doktor masukkan ubat, sejam tak dibenarkan bangon
11.50 nurse datang cek jantung baby plak
Lepas 20 minit terkejut bacaan mendatar
Baby tido katenya
Aishh baby ni time2 cmni tido pulak

Sekarang tunggu nak sakit tak sakit2 lagi
Nurse banyak kali dah tanya tak ada rasa sakit ke?
Dah tak sakit nak buat camne
Boleh rilex2 main tab sebab line wifi sini laju berdesup2


Kesian en asben ni?
Mak aku cerite cmni lah abah aku dulu
Mak tak sakit abah lak demam2 bagai

Runsing kejap2 tengok jam
Tah ape yang dia pikir pon tak tau
Bukannye doktor nak cek dia pon..
Sampai demam2 lah en asben kite

Kepada yang dok tertanya2 tu
Doa2kan lah smoga dipermudahkan semuanya ye..
Masih gagah menaip ni makna memang tak sakit lagi lah nie

Thursday, 16 October 2014

Sample Susu Ibu Hamil

Assalamualaikum... 
Share sikit stori smlm
Petang semalam saje gedik2 nak pergi tanya pakej bersalin dekat KBMC 
Datang2 terus buat ceckup sekali

Siap scan 2d 
Alhamdullilah kedudukan baby dalam keadaan sepatutnye

Setel kasi ceramah, doktor bagi sample susu
Haaa bile ditanya aku ade minum susu tak
Jawab la ade,susu kambing hahahaah
Yela orang kate banyakkan minum susu kambing untuk elak anak kuning


Ni sampel yang doktor bagi
Tah minum ke tak nanti

Wednesday, 24 September 2014

Bila En Suami Basuh Baju Baby

Assalamualaikum semua
Entry tertunggak lagi
Aishh berapa banyak da entry dalam draft

Entry ni dari bulan lepas rasanye
Bila en asben yang setelkan barang2 baby

Baru nak basuh sebab baru beli container
yeeeaaayyhhh dan pasti kaler HIJAUUUU

Mula2 nak cari bakul yang biase orang buat letak baju2 baby tuu
Tapi atas nasihat orang tua suruh beli container je
Ade penutup
tak masuk habuk
Aha kan..
Nape tak terpikir pulak sebelum ni yeeeee

Siap packing dah
comell tak comell tak??
sila lah jeles

hijau lagi

1st batch




Second batch



aku gune pencuci ni
beli mase jualan gudang Pureen hari tu
Siyes memang wangi

Kadang2 dok meroyan nak bau baby bukak je container hijao tu semerbak bau dia
Suke sangat


Disebabkan kemaruk hijao Tok Abah belikan besen mandi untuk baby
Ontah bile masa belinnye
Tau2 da antoo gamba besen kat bonet belakang da
Amboii perli nampak abah mertua aku ni

Thanx abah and semua
Tak payah cari besen mandi dah

pssttt...... baju2 sume en asben yang setelkan ok
Dari tang basuh, jemur, lipat, susun
Aku sebagai penonton je
Semangat en asben ni agak2 sampai bile ye?
Sila lah selama-lamanye
Boleh tak macam tu

Monday, 15 September 2014

32 minggu - Perubahan Kulit Semasa Hamil

Assalamualaikum
Alhamdullilah usia kandungan kini memasuki 32 minggu
Kepada mumy2 to be or ex m2b ni ada alami apa yang aku alami tak?
Orang kate perkara macam ni adalah normal
Biasalah pembawakan budak
So macam biasa lah dok tanya2 pokcik google
Jumpa info dari baby center

Adakah perubahan kulit semasa hamil membahayakan?

Walaupun perubahan kulit yang biasa berlaku semasa kehamilan tidak akan menyebabkan masalah kesihatan, harus maklumkan kepada doktor sekiranya kulit mengalami radang, melepuh atau mendapat ruam atau gatal2 yang tidak akan hilang beberapa hari.

Memandangkan masalah lain yang tidak berkaitan dengan kehamilan juga boleh menyebabkan perubahan warna kulit, sentiasa maklumkan kepada doktor sekiranya mengalami sebarang perubahan contohnya perubahan warna atau saiz tahi lalat atau sekiranya perubahan pigmentasi yang berlaku turut disertakan kesakitan, bengkak atau lebam.

Doktor akan memeriksa keadaan itu dan memastikan mendapatkan rawatan jika perlu.

Chloasma (perubahan pigmentasi pada muka dan leher) juga dikenali sebagai 'topeng kehamilan'.
Ia kelihatan sebagai tompok2 gelap pada dahi, pipi dan leher.
Pada wanita yang berkulit gelap, ia muncul sebagai tompok2 cerah.
Ia disebabkan oleh peningkatan hormon melanin iaitu hormon yang memberi warna gelap pada kulit.
Hormon ini melindungi kulit daripada cahaya ultraviolet.

Pendedahan kepada cahaya matahari akan membuatkan tompokan tersebut lebih gelap dan lebih jelas, oleh itu lindungilah kulit dengan krim pelindung matahari dengan SPF15 atau lebih.
Pakailah topi apabila keluar rumah.
Jika merasa tompokan tersebut kelihatan hodoh, boleh cuba selaraskan tona kulit menggunakan bedak asas yang agak gelap.
Berita baiknya ialah tompokan ini akan mula hilang dalam tempoh tiga bulan selepas bersalin

mcm ni lah kott rupenye
sbb aku xmengalaminye

Linea Nigra (garisan gelap sepanjang perut)
Linea Nigra ialah garisan menegak berwarna gelap dengan kelebaran sehingga satu sentimeter yang terbentuk pada tengah2 perut, biasanya merentasi pusat.
Ia biasanya muncul pada trimester kedua.
Ia disebabkan oleh pigmentasi pada kulit di mana otot obdomen meregang untuk memudahkan pembesaran bayi.

Garisan pigmentasi ini akan pudar dalam masa beberapa minggu selepas bersalin, namun mungkin perlu menggosoknya sedikit untuk menghilangkan kulit kering.
Bahagian2 badan lain seperti puting payudara, tahi lalat dan bintik2 gelap pada kulit mungkin turut mengalami perubahan pigmentasi, tetapi ini juga akan hilang.

lebih kurang mcm ni la garisan perut aku
tapi tak ler sepanjang-panjang perut tu


Kulit Berseri Semasa Hamil

" Seri" semasa hamil bukan sekadar kata-kata.
Ketka hamil, kulit menyimpan lebih banyak kelembapan, menjadikannya montok serta menghilangkan garis2 halus dan kedut yang mungkin ada sebelum ini.
Apa yang membuatkan kulit cerah dan bersinar ialah peningkatan tahap darah yang beredar di seluruh badan,
Ini juga kadang kala membuatkan badan merasa agak panas.

Malangnya, kesan sampingan daripada ini adalah mungkin nampak sembam akibat penahanan air (water retention) dalam badan.
Jika badan mempunyai tompok2 merah di bahagian muka, ia juga akan kelihatan lebih jelas,

Oleh itu,perbanyakkan meminum air kerana badan kita memerlukan banyak air dan  berehatlah seberapa kerap yang boleh.
Sebarang tompok merah yang ada akan berkurangan selepas bersalin.

Ada yang dok kate muke aku berseri
Ade yang kate xberseri
Tapi ramai yang kate berseri walaupon bermalasan nak bermekup
Kadang2 tgk muke kat cermin macam pucat je

Jaringan Urat Semasa Hamil

Jaringan urat (spider veins / spider naevi) adalah kapilari2 darah (salur darah halus) yang biasanya kelihatan pada pipi.
Ia biasa berlaku pada wanita hamil, terutamanya mereka yang sudah biasa mengalaminya.
Ia disebabkan oleh peningkatan isipadu  darah dalam badan yang memberi lebih tekanan pada kapilari yang sememangnya lebih sensitif semasa hamil.

Untuk mengurangkan kemungkinan jaringan urat ini berlaku, lindungilah muka daripada kesejukan atau kepanasan melampau kerana keadaan ini boleh mengelakkan pembentukan jaringan urat.
Urat-urat ini akan hilang setelah tahap hormon menjadi stabil semula selepas bersalin.

Bila dok search rase seriau lah pulak kan?
Nasib lah aku tak kene
Tapi ade ke yang pernah kene?
Tak pernah nampak lak aku

Bintik-Bintik Dan Jerawat Semasa Hamil

Kehamilan kadang-kala boleh mencetuskan pertumbuhan jerawat.
Tahap hormon yang tinggi boleh menggalakkan penghasilan sebum iaitu minyak yang membuatkankan kulit kelihatan anjal,
Namun terlalu banyak sebum dihasilkan boleh menyebabkan liang2 muka tersumbat dan mengakibatkan kulit jadi berminyak dan bintik2 hitam terbentuk.

Cucilah muka dengan sekerap yamg mungkin menggunakan pencuci muka yang lembut, dan gunakan pelembap muka tanpa minyak.
Jangan gosok tempat yang berjerawat kerana ini akan membuatkan masalah bertambah teruk.
Elakkan juga menggunakan krim jerawat kecuali atas nasihat doktor.
Sesetengah krim seperti ini tidak boleh digunakan semasa hamil,
Beberapa minggu selepas bersalin, kulit akan kembali kepada keadaan sebelumnya,

Tanda Regangan

Tanda regangan (stretch marks) ialah garis2 halus berwarna kemerahan atau coklat (bergantung kepada warna kulit) yang biasanya muncul pada perut,payudara dan paha.
Ia berlaku kepada kira2 75 hingga 90 peratus wanita hamil.
Ia disebabkan oleh regangan kulit apabila berat badan semakin bertambah.

Tahap hormon yang tinggi turut mengganggu keseimbanga protein pada kulit dan menyebabkan kulit menjadi lebih nipis berbanding biasa.
Selepas bersalin, pigmentasi berwarna kemerahan atau kecoklatan pada tanda regangan ini akan beransur pudar dan garis2 tersebut akan kelihatan lebih cerah daripada kulit di sekelilingnya.

Sesetengah wanita bernasib baik kerana mempunyai kulit elastik daripada orang lain.
Ini bermakna mereka tidak akan mengalami tanda regangan.
Tetapi bagi kebanyakan daripada kita hanyalah salah satu kesan kehamilan yang harus kita hadapi.
Kita boleh cuba mengurangkan tanda regangan dengan mengelak daripada menambah berat badan terlalu cepat, menyapu minyak atau krim yang kaya dengan vitamin E dan C, serta minyak zink dan silika untuk membantu mengekalkan kesihatan kulit.

Alhamdullilah buat masa ni mmg tak ada lagi tanda cmni
Tapi tak tau la lepas bersalin
Sebab ada kes member aku naik stretch marks lepas bersalin
Makan mase jugak nak hilangkan
Katenye lebih setahun
Betul ke??

Melecet Semasa Hamil

Apabila berat badan bertambah sesetengah tempat badan kita boleh melecet seperti pada paha atau bawah payudara.
Kulit di kawasan tersebut akan menjadi merah dan lembap, dan kemudian melepuh, dan mengeluarkan bau.
Keadaan ini dikenali sebagai intertrigo.

Pastikan kawasan terjejas itu sentiasa kering dan gunakan bedak talkum untuk menyerap kelembapan.
Pakailah pakaian yang diperbuat daripada kapas untuk menyejukkan kulit dan elakkan memakai seluar ketat atau tights.

Maklumkan kepada doktor mengenai perkara ini, terutamanya jika banyak berpeluh kerana ia boleh menyebabkan jangkitan fungsus atau keputihan.
Keputihan perlu dihapuskan sebelum bayi lahir kerana ia boleh dijangkiti kepada bayi semasa bersalin.

Ha ni simtom yang aku alami sekarang ni
Memang sangat tak selesa bile asyik berpeluh

Kulit Sensitif Semasa Hamil

Kulit biasanya lebih sensitif apabila hamil, bukan sahaja kerana peningkatan hormon dalam badan tetapi juga kerana ia lebih lembut dan meregang,
Sabun dan bahan pencuci mungkin tiba2 menyebabkan kulit pedih dan masalah seperti ekzema menjadi lebih teruk.
Kulit boleh menjadi gatal apabila terdedah dengan cahaya matahari.

Cuba kenalpasti apa yang menyebabkan masalah ini.
Adakah ia disebabkan oleh serbuk pencuci ataupun minyak wangi yang digunakan?
Pakailah pakaian longgar dan diperbuat daripada kapas serta kekalkan kelembapan badan,
Berendam terlalu lama dalam tab hangat boleh menyebabkan kulit kering, maka janganlah lalukannya terlalu lama atau tambahkan minyak dalam mandian kepada air mandian untuk menganjalkan kulit. (tetapi pastikan tidak tergelincir ketika masuk atau keluar daripada tab mandi).

Akhir sekali, sentiasa lindungi kulit daripada matahari dengan pelindung matahari berfaktor tinggi (SPF15 atau lebih).

Ruam Dan Kegatalan Semasa Hamil

Ruam dan kegatalan sementara yang datang dan pergi tanpa sebab2 tertentu adalah perkara biasa dalam kehamilan.
Peningkatan tahap hormon membuatkan kulit lebih sensitif apabila bersentuhan dengan bahan2 tertentu yang biasanya tidak mempunyai kesan apa2.
Contohnya mungkin lebih sensitif terhadap klorin dalam kolam mandi.

Keputihan yang menyebabkan kegatalan faraj dan buasir yang menyebabkan kegatalan pada dubur juga lebih mudah berlaku semasa hamil.
Bincanglah dengan doktoor mengenai rawatan yang selamat digunakan sekiranya mengalami keputihan dan buasir.
Untuk menghalang buasir, dinasihatkan supaya meningkatkan pengambilan serat dalam pemakanan.

Bagi masalah lain, menyapu losyen kalamine dapat mengurangkan kegatalan.
Jika ruam atau kegatalan berlarutan lebih daripada dua hari, dapatkan nasihat daripada doktor.


Kegatalan Yang Teruk Ketika Hamil

Rasa gatal yang teruk pada keseluruhan badan terutamanya pada waktu malam, serta gatal pada tapak tangan dan tapak kaki boleh jadi tanda satu penyakit hati yang jarang berlaku.
Penyakit ini dikenali sebagai obsteric chilestasis dan hanya berlaku kepada wanita hamil.
Ia biasanya berlaku dalam trimester ketiga, dari kira2 minggu ke-28 kehamilan dan biasanya akan hilang dalam masa tiga minggu selepas bersalin.

Walaupun penyebabnya tidak ketahui, dipercayai bahawa estrogen yang tinggi semasa hamil boleh menghalang hati daripada berfungsi dengan betul dan menyebabkan peningkatan tahap garam hempedu.
Kegatalan ini boleh jadi terlalu teruk dan kadang kala tidak dapat dikawal.
Walaupun bimbang kerana hati tidak berfungsi dengan baik, namun obstetric cholestasis tidak membahayakan kesihatan.



Wednesday, 10 September 2014

31 minggu - Scaling Gigi

Perghhh smpai skrng still terase ngilu 
Assalamualaikum semua
Nak crite sikit pasal semalam la nie

Lepas dr ceckup terus pegi klinik gigi
maklumlah dalam pulau ni mane nak ade klnik gigi
Keluar ke Bandar Botanik
Aku pergi klnik kerajaan je
Mane2 pon same je bagi aku
Pergi Klnik swasta pon same gak sakitnye
Cume doktor jela yang lebih frendly kan

Tapi dentist klnik kerajaan ni memang superb
Layanan macam klinik swasta tauu
SUKE SANGAT
Tahan lah sikit sakit kene korek2 karang gigi aku tu
Apa ingat batu je ada karang
Gigi pon ade tauu

cth karang gigi
tapi aku punya xada lah seteruk ni
dah macam karat dah


Disebabkan gusi aku asyik berdarah dan terase bengkak dah, gigi pun terasa nak trcabut memang aku dinasihatkan cuci gigi ni
Tapi masa asyik tak kene je
Klinik ni ade jadual 
Ibu mengandung Hari Selasa pagi dgn Khamis petang

Rawatan cucu gigi atau scaling bertujuan untuk membuang karang2 gigi dan membuang kekotoran disebabkan rokok, teh, kopi, milo dan sebagainya.
Tetapi bagi perokok adalah sukar untuk membuang stain rokok tanpa menggunakan alat khas pencucian gigi. 
Sekirannya seseorang adalah heavy smoker, stain tersebut akan melekat semula sedikit demi sedikit walaupun selepas gigi dicuci.

Semasa dan selepas pencucian gigi,gusi akan berdarah dan ini adalah perkara normal untuk mereka yang mempunyai masalah gusi.
Karang gigi akan menyebabkan gusi senang berdarah ketika memberus gigi atau makan dan kadangkala berdarah walaupun tidak disentuh.

Selepas gigi dicuci kita akan berasa satu kelainan apabila menyentuh permukaan belakang gigi dengan lidah, biasanya seperti ada ruang.
Ini adalah normal kerana bila karang sudah dibuang akan rasa lekukan gigi asal yang belum ditutupi oleh karang.

ehsan dr pak google
mcm ni lah keadaan gusi aku selalu


eh ehhh
en asben sempat curik gamboo kite pulak
bilik ni pon mcm open air je
pintu memang tak bertutup pulak tu

Sebelum jumpa dentist pagi tu pergi ceckup
Alhamdullilah kandungan dah berusia 31 minggu
Mase misi dok cek2 cari denyutan jantung boleh pulak baby ni menendang2
Aishh xsopan betul anak mummy ni tauu
Marah ke misi agaknye pertikaikan jantina tuuu

Tak apa lah syg,laki ke perempuan ke janji sihat ok..

Saturday, 30 August 2014

Snow Bear Micro - Electric / Battery Breast Pump


Assalamualaikum semua
Tinggal lagi sehari untuk kite same-same menyambut ulang Tahun Kemerdekaan Negara kita Malaysia
Tapi entry kali ni bukan lah nak bercerite tentang tu
Nak cerite sikit pasal kelengkapan sbelum menjadi Mommy to be ni

BREAST PUMP!!!!

Penting ke BP ni pada kite
Yup bagi aku memang sangat penting
Sebab aku jenis bekerja
Tak ada masalah bagi wanita yang menjadi suri rumah sepenuh mase
Bile2 mase pon boleh susukan anak
Aku tengok akak tempat kerja aku smpai basah baju uniform sebab lambat pump
Tu yang lambat pam, kalau tak ada BP tu cmne nak pam??

Kalau belum berkemampuan sekurangnya ade manual 
Tapi aku rase tak mampu kott tangan aku nak pam secara manual
So decide nak beli elektrik/bateri je

Mula2 tu berkenan sangat dengan jenama Auntumz 
Tapi yg single
Sebab bagi aku orang yg pakai double ni bile kat opis buzy
Aku usha dekat OBW and hrga agak menggeletaq lutut weyh
Tapi syok lak dapat banyak2 free gift ni

RM358.00

Tapi aku xler gelojoh terus p beli
Sayang wooo duet (walaupon pakai duet asben)
so aku dok servey lagi sbb due pon lambat lagi
Punya servey lagi dan lagi smpai terlupe terus pasal BP ni

Bile dok tanya pendapat pokcik google xramai yang pakai Auntumz ni
Pasal pe weyh?? Mahal sangat ke?? Mahal lagi Madela aku rase

Tengok review mummy2 laen semua suggest Snow Bear Single Advance
Murah dan tahan setanding dgn yang jenama Madela kununnya
Wah mcm beriklan plak 

Then aku terjumpa lah web breastpumpkedaibayimurah
fb plak bayimurahshop
Aishh hati dah meronta dah nak beli ni
tapi xtau nak pilih pakej ape..

Dok pikir nak amek pakej E je sebab senang bile cooler bag bleh simpan pump skli
Tapi ingat nak amek yang kaler kuning tu je. 
Dah jimat berapa dah kat situ kan
RM 262.90

Sementara tunggu nak bayar tu terjumpa plak laman fesbuk sasbaby nak buat pre-order
Snow Bear Single Advance dgn harga RM170.00 tapi tanpa sebarang free gift
Punya lah nak jimat kan dok kira bajet free gift, hrga lebih kurang je
So dah decide dah nak amek yg ni 

Tibe-tiba!!!!!
Ok aku memang tak tahan dengan godaan kan
Sebab tu lah xmo beli awal2

Terserempak pulak dengan fb breastmilk4ubaby
boleh tengok web breastmilk4ubaby jugak

Kepala dok pikir kaler kuning je sebab murah
Bile tgk ade iklan hrga yang lebih kurang same
Tapi BP latest....
kalau korang nak pilih mane?

Kalau aku memang ambek yang latest weyh...
Ibarat S4 dgn S5 hrga lebih kurang
Korang rasa??


 Ok nak ni nak ni nak ni jugak !!!!!(sambil hentak kaki)
Pasai pa xprasan sebelum ni kan??
Kaler pink2 lak tuh
2 tahun pulak waranti

Lame jugak dok pikir nak beli dulu ke tak
Tanya pendapat en asben tak membantu langsung
..................."IKUTLAH"...............

Makan mase seminggu lah jugak
Dan akhirnya....


Akak tu kate pos semalam hari ni dah smpai da
memang cepat btl

-Snow Bear Micro Electric/Battery Breat Pump RM 255
Tengok dah banyak saving da... 
Dapat pulak yang comel pinky2 gitu..

Mahal ke murah ke cantek ke hodoh ke janji boleh dimanfaatkan sebaiknya
Kalau susu ibu tak ada payah jugak
So semua kat tangan kite sendiri
Kene lah usaha kalau nak susukan anak
Insyaallah..

FREE GIFT



+ Powerbank cable
+ Bag V-cool 2-in-1 
+ 10 plastic storage
+ 1 Extra Bottle Storage BPA Free 
+ 2 Ice Powder Pack
+ Khidmat After Sales Service dari Admin
+Free Poslaju ke Seluruh Malaysia

Antara ciri- ciri :

- Suction/Massage ada 9 level (dulu ade 3)
-Triple Power Source - Elektrik, bateri dan powerbank
- Lebih senyap berbanding model lame 
-Warna PINK yang lembut
- Suction MAKSIMA 430m/hg
- Anti back flow menghalang pengaliran balik susu walaupon susu yang dipump dah penuh
-  WARANTI 2 TAHUN!!



Aku suke bag V-cool ni
Simple and nice
Comell je
Tak terlalu besar
Muat smpai 8 biji storage bottle tau
Siap boleh letak BP lagi.. 
So letak dalam 1 bag je
Tak payah nak fenin2 da

Ni boleh gune sebelum baby gune ni.. 
Nak travel letak air sejuk pon syokk kan??

Lepas dapat terus aku text sis tu
Dan tup tupppp
Ada plak brand baru
Alamakkk comell pulak

Malish Manggo Auto Single Electric/ Battery Breast Pump RM 279

FREE GIFT :
- Cooler Bag Malish (muat pam & 8 storage bottle)
- 10 Plastic Breastmilk Storage
- 2 Extra Bottle BPA Free
- 2 Ice Gel
- Widneck Bottle Converter
- Powerbank Cable
- Lanyard Neck Sling
- 2 Membrane (spare part)
- FREE POSLAJU ke Seluruh Malaysia
- Khidmat Selepas Jualan dari Admin

 CIRI-CIRI : 
-Single Auto Pump with Intelligent Memory
- Sangat SENYAP dan TAK SAKIT
- Backlight LCD screen yang JELAS
- Boleh guna ELEKTRIK, BATERI dan POWERBANK
- Silicon sheild yg sangat LEMBUT
- Dengan ANTI-BACKFLOW
Boleh guna WIDE Neck dan STANDARD Neck Bottle
- Saiz lebih KECIL dan RINGAN
- Design yg STYLEISH dan SIMPLE BOTTON
- Dilengkapi WAIST CLIP for MOBILITY
- Waranti 1 tahun by MALISH MALAYSIA


Ok ayu kau jangan nak mengade-ngade tengok2 Breastpump lain tauu
Cukup da setel pasal BP ni
Alhamdullilah
Tinggal sikit je lagi keperluan baby yang lain



Sunday, 24 August 2014

29 minggu - Scan 3d 4d Klinik Umra

Assalamualaikum semua
Pada bakal2 mummy mesti akan rase teruja cm aku jugak kan
Xcukup dengan scan 2 kaler hitam putih 
Nak jugak yang real walaupon xberkaler

Da lame da plan sebenarnya nak buat scan ni
Tapi menurut yang aku bace
Kandungan kene lah dalam 28-30 minggu cmtu
so aku amek yang tengah2
ngam2 29 minggu

Lame dah dok perhati klinik umra pnya scan 4d
Rata2 yang pergi semuanya puas hati and bagi review yang baik2 je
Aku pon xboleh lah lepaskan peluang

Mula2 da decide nak pergi selasa lepas
sebab ahad malas da nak keluar
Hari Isnin tu baru sbuk nak cek balik web pakej 3d
 Kene buat appoitment dulu kat sini

Rupenya ade jadual kalau nak buat scan 4d
Hanya pada hari Ahad je okeyh

So nak xnak kene pergi ari Ahad la
Kebetulan ahad tu je aku dgn en asben free
Ahad laen mungkin kandungan aku dah lebih 30 mggu
aku buat appoitment paling awal jam 9am

kaunter ade 2 lagi

en asben and adik2 menunggu

kitaorang sampai pukul 8.30 am kott
mule2 cek berat cek tekanan darah semualah
dalam pukul 9.10am ms. Jezzlyn panggil
alahaiii halus je miss ni
kecik sangat macam budak sekolah

Betul ape yang diwar2 kan
memang miss Jezzlyn friendly sangat2
suke suke suke!!!

mase mule2 baby tido xmo tunjuk muke
miss Jezzlyn pujuk suruh tunjuk muke mummy nak tengok ni
alih sikit tangan tu dik, tak nampak muke
Sekali bile baby alih si daddy pulak excited
terkejut gamaknye bile baby leh paham ape yang disuruh

amboiii menggeliat kemaen lagi kan??
aishh ape lah pagi2 kacau orang tidooo

2d pon ado selit jugak

geget2 jari pulak anak mummy ni

ok alhamdullilah semua normal
Miss Jezzlyn kate muke baby tembam ikoot mummy

kepala normal 29 minggu
camne pinggang anak mummy ramping ni 27 minggu
beza due sehari selepas pon
xjaoh beza
Berat baby 1.2 kg
ngam2 je besarnye
doktor nasihat kawal pemakanan
Takott badan aku yg kecik ni tak dapat tahan
Masalah pada ibu jugak kalau baby besar ni

alah pandai sengih2 pulak
sebab ade adegen yg melucukan mase ni
sebab kami mempertikaikan jantina baby
Sekali dia tunjuk daaaa

agak2 muke macam sape???
Miss Jezzlyn kat gud baby, dengar kate
tapi kuat sefie and kuat jugak merajukk
eh ehhh miss kate mummy plak yg selalu merajuk tu pasal baby ikott
aiayaakkkk

banyak lagi gambo2 selfie baby
tapi tak ade lah aku nak letak semua
kang muak pulak korang kan

ni yang dibekalkan oleh pihak klinik...
Cd tu siap bervdeo lagi tau

Diet yang disarankan oleh doktor 
-jangan skip waktu makan (pagi+tghari+malam)
-jangan makan nasi lemak pagii
-minum susu + cereal 
-makan tengahari
-makan malam sebelum jam 8pm 
-jangan amek susu sebelum tido sbb mlam dah makn carbo 
-minum jus dibenarkan sehari sekali
-lepas makan boleh minum air suam sahaje
-susu or air bergula minum sejam or 2jam selepas or sebelum makan

Lepas pergi scan kami semua pergi Cheras
Nak amek my baby baru
Apakah??

Next entry deh


Saturday, 23 August 2014

Suntikan Anti Tetanus (ATT) atau Kancing Gigi Ketika Hamil

Ok macam mane pulak boleh lupe pasal cucuk ni kan
ceckup kelmarin aku kene cucuk kancing gigi buat kali kedua
Tapi kali ni tak sesakit macam dulu
Itu yang aku pon tak ingat kene cucuk
Memang misi bgtau 2x kene cucuk kancing gigi semasa hamil
Ingat yang lepas aku cerita pasal cucuk2 ni kat sini
Tapi aku lupe pulak ape namenye
so now aku dah tau aku stori sikit

Hasil daripada pokcik2 google
Aku jumpa lah keterangan yang lebih kurang je semua
Salah satunya dari dr. zubaidi

Jom sama2 kita semak info tentang suntikan kancing gigi 

-Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh mengakibatkan maut disebabkan racun yang dikenali sebagai Clostridium Tetani. Jadi suntikan anti-tetanus ini dapat mengurangkan keberangkalian jangkitan kuman tersebut. 

- Kuman ini boleh masuk melalui luka. Luka wanita hamil ialah jika bersalin normal, akan ada luka pada faraj (luka eposotomy)

- Dahulu hospital tak banyak. Kebanyakkan wanita yang bersalin hanya bersalin di klnik disambut oleh bidan tradisional. Peralatan yang digunakan dikhiatiri tidak bersih. Jadi WHO & Kementrian Kesihatan Malaysia mewajibkan sunikan tetanus pada ibu hamil untuk mencegah kadar kematian bayi dan ibu.

- Vaksin ini melindungi ibu dan bayi yang bakal dillahirkan. Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantarkan pada bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. juga mengelakkan kelahiran pra-matang.

- Kehamilan pertama : 2x suntikan diberi. Suntikan pertama pada awal kehamilan, suntikan kedua selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama. (tapi aku diberikan suntikan lepas misi tanya pergerakkan baby dan kedua sebulan selepas dos pertama)

- Kehamilan kedua : Jika jarak kehamilan kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.

- Suntikan tetanus ini sudah menjadi tidak releven sekarang kerana sudah banyak hospital dibina. Peralatan yang digunakan jugak bersih dan dibasmi kuman.

- Suntikan ini juga boleh menyebabkan ibu hamil terkena effect seperti demam dan adakalanya allergy. Sebab itulah ramai gvbaecologist di hospital tidak memberikan suntikan ini.

- Tetapi hospital kerajaan masih mengamalkannya untuk mengurangkan risiko jika ibu hamil itu tinggal di kawasan pendalaman.

-Menurut pendapat Dr Zubaidi sendiri beliau tidak menegah jika ibu hamil itu menolak suntikan ini jika yakin akan melahirkan bayi di hospital dan sanggup menanggung risiko.
Tetapi jika keadaan tanpa dirancang seperti seorang ibu melahirkan anak di dalam kereta, di dalam lif bangunan dan sebagainya. Jangkitan kuman boleh berlaku. Jika lebih elok menerima suntikan itu lagi pula ia diberikan secara percuma di klinik kerajaan.

* Kan lebih baik kite mencegah sebelum merawat. Sebelum terjadi apa-apa yang xdiingini. Semoga apa yang kita rancang sentiasa diberkati Allah S.W.T. aminnn

Friday, 22 August 2014

28 minggu - Minum Air Gula

ok nak cerita tentang ceckup semalam
alhamdullilah bacaan Hb aku dah normal!!!!
yeeeeeeeeaaayyy (lompat guling2)
TAPI........
tu dia nak tau berat aku naik plak 1.9kg
aishhh guane ni???
Al maklumlah raya kan
dah selera kuat sangat kan..
asyik makan jela
disebabkan itu jugak lah aku terpaksa minum air gula
air yang paling aku xnak minum
malam kul 10 doktor pesan untuk berpuasa smpai keesokannye 

Pagi tadi cm biase lepas antoo adik aku ke sekolah trs ke klinik
7.30 pagi dah trpacak kt kaunter amek no giliran
smpai turn aku kene amek darah and suruh minum air gula
perghhh tgk cawan da mcm kt kedai da tingginye

sekali aku teguk boleh bla lagi
masuk separuh tekak da loya tahap nak muntah dah
mengenangkan misi dok kate muntah minum balik
gagahkan jugak diri aku ni weyh
dekat 10 minit jugak lah nk minum segelas air

misi suruh datang balik lepas 2jam
mase siap minum tu 8.15 am
aku balik rumah dulu sbb xsanggup rasanye nak tunggu sampai 2jam kt klinik tu

Dalam pukul 10 am tu aku trs gerak balik klinik
amek darah lagi
dan yeeeeeeeayyy
misi kate ok
ok je???
boleh balik dah?..
xade pape masalah kan??
alhamdulillah
balik boleh makan dah
rasa cepat betul lapar
tula banyak sangat makan lagi
kang naik lagi berat melampau baru tau
ok2 aku kawal 

report semalam
Hb 11.3
bukan maen panjang lebar lagi tuu
doktor suruh pegi scan nak cek air ketumban ke ape tah
insyaallah ahad ni aku pergi

keputusan pagi tadi plak
ape benda pon aku xpaham

Apa-apa pon mintak semuanya dipermudahkan dan tak ada pape masalah lah ye
insyaallah

Monday, 18 August 2014

Hasil Tangkapan Dari Pureen

Entry lepas kan aku ade post pasal jualan penghabisan stok Jualan Penghabisan Stok Pureen
so jom tgk hasil tangkapan aku dan en asben

 comel2 kan
yang set ade yg rm12 ng rm15
yang atas kanan tu rm4 je

romper satu2 nye yang aku jumpa
yang ni rm 15
aku paling sume rompers
comell sangat


yg belah kanan ni xjumpa seluarnya
so amek baju je sbb en asben suke sgt
atas ni sehelai rm 3 je



barangan kelengkapan laen
barang2 laen bulan depan lah pulak ye

total up semua

senarai2 yang perlu beli
kene catit utk memudahkan kerja
banyak lagi ni...
insyaallah sikit2 dulu
tapi ni bukan sikit dah ni
rase dah bp helai da baju ke baby
tapi tak ada satu pon baju newborn
camno ni??