Tabung Firash

Showing posts with label penghargaan. Show all posts
Showing posts with label penghargaan. Show all posts

Tuesday, 18 August 2015

Welcome Back Cahaya Alam Maya

Assalamualaikum semua
Siapa yang tak kenal Nur As
Rakan maya yang terkenal dengan sikap pengomen pukal

Beliau antara orang yang pertama membuat serangan berkala di hidayuayumie
Blog aku diserang lepas Tower Kak Farrah digoncangkannye

Kali ni buat edisi comeback ke camne ni CAM
Kemain lagi awak bom blog akak balik kan
Akak miss awak tauu
Sori lambat sangat nak update
Buzy sikit
 





Nampak sekali dia tinggalkan 84 komen wey
Fengsan aku bace satu-satu komen tau


Tuesday, 4 August 2015

Kad Raya dari Akak Kaki Travel - Terima Kasih Sis JM

Assalamualaikum semua
Alhamdullilah akhirnya
Penantian yang dinanti-nanti
Over tak?

Dengki la ramai blogger dah pernah dapat cenderahati dari Sis Jm
Aku pon nak jugak
Dan akhirnya
Firash siap dapat angpow dari aunty JM lagi
 Terima kasih kak Jm bagi pihak Firash ye

 

Terima kasih jugak pada sis Jm sebab menjadi sahabat maya ayu 
Dikesempatan ini jugak ayu mohon maaf tersalah bahasa apa yang kurang pada akak
Salam Koson-Kosong sis Jm yang cantik jelita 

Pernah jugak dapat hadiah masa Giveaway September by Karya Mahirah 
Hadiah sis Jm la hadiah yang pertama aku dapat
Menang GA merupakan cash sebanyak rm10

Terima Kasih banyak-banyak pada sis Jm ye
Siapa yang belum mengenali wajib kenal beliau

Thursday, 30 July 2015

Siapa Punya Ni??

Assalamualaikum semua
Semalam pergi klinik baru sempat nak pos hadiah yang dah berkurun lamanya 
Maaf atas kelewatan
Gara-gara abis setem
Terpaksa tunggu masa yang sesuai untuk ke pejabat pos

Siapa kenal nama-nama di atas
Kalau aku sekali pandang pon memang tak kenal la kan



Sepatutnya Kak khatyaiman dapat keychain I AM tapi disebabkan rezeki dah dapat keychain tu aku offer keychain lain
Atas permintaan aku buatkan tutu bagtag

Cik Ash pula aku bagi atas komen pukal dan menjadi Sweetcandy aku berturut-turu
Bila dah dapat sebelum ni Cik Ash nak beri pada suami pula

ibuNoey memenangi keychain I AM dari aku
Maaf sangat-sangat atas kelewatan
Macam-macam hal yang tak dapat dielakkan

Diharapkan sampai dengan selamat hadiah yang tak seberapa dari hidayuayumie ni ye
Mohon terima 

Wednesday, 15 July 2015

Kad Raya Lagi - Terima Kasih Adianiez

Assalamualaikum semua
Mana mood raya
Siapa dah sampai kampung?
Aku masih menanti hari esok lagi
Masih disini mencari sesuap nasi
Cewaaaahhhh

Takyah merepek
Nak buat entry penghargaan buat kak Aida dari GMBM
Terima kasih banyak-banyak atas kad yang dikirim ni
Ingatkan tak dapat


"Assalamualaikum ayu, Sekeping kad raya pengganti saya & keluarga. Moga sillaturahim antara kita berkekalan & diredhai Allah."

Insyaallah kak Aida, semoga ikatan ini akan berterusan
Terima kasih kerana sudi menjadi rakan maya ayu

Siapa yang tak mengenali Adianiez sila la terjah ke blog beliau
Orangnya mesra dan kompom akan balas kunjungan korang punya
Apa lagi, jom terjah
http://adianiez.blogspot.com/ 

Sunday, 12 July 2015

Kad Raya Idaman -Terima Kasih Kak Farrah

Assalamualaikum semua
Over tak tajuk atas tu
Ye hasil tangan kak Farrah menjadi idamanku sejak ku kenal kak Farrah lagi
Dan akhirnya dapat jugak kumpul kenangan dari tower kak Farrah
Bestnyeeeee



Selamat menyambut Aidilfitri yang bakal tiba nanti
Maaf andai terkasar, bahase tertypo kate, tersilap bicara, terguris perasaan harap diampunkan
#kosongkosong 

*Firash balas peluk cium kak Farrah tuu...
Sayang kak Farrah ketat-ketat dari mummy dan Firash

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin


Terima Kasih Kathy R'bain

Assalamualaikum semua
Macam mana aku boleh terlepas nak up entry ni
Maaf ye kak kathy terlewat pulak


Tanda penghargaan disebabkan menjadi salah sorang sponsor gmbm 1st giveaway 2015
Terima kasih admin grupmamabloggersmalaysia
Dapat kad raya dan bagde lagi tau

 

Tuesday, 7 July 2015

Award June - Terima Kasih Cik Mimie

Assalamualaikum semua
Terima kasih atas award yang cik mimie berikan
Sebabnya??
Aku menjadi top komentar di blog  Cik Mimie


Siapa yang belum mengenali cepat2 singgah blog beliau
Orangnya yang sangat peramah
Tak rugi tauu


Antara 10 pemegang Award bulan Jun

Friday, 3 July 2015

Kad Raya Pertama Tahun Ini - Terima Kasih duniashida

Assalamualaikum semua
Pagi semalam dapat kad raya
Sebenarnya dok ternanti kad raya dari orang lain
Tapi dapat orang lain punya
Tapi tetap aku hargai

Terima kasih Kak Shida atas kad ni
Best sangat dapat 
Sebab dah lame tinggalkan kad raya ni sejak zaman kolej 
Sejak aku kerja ni lah kad raya pertama yang aku terima


Taraaa cantik kan
Terima kasih sangat duniashida
Siapa yang tak kenal boleh jenguk je blog beliau

Thursday, 2 July 2015

Terima Kasih Sweet Candy Jun

Assalamualaikum semua
Dah masuk bulan Julai ni masing-masing akan update entry penghargaan bukan
Tidak terkecuali pada aku jugak
Jom semak siap yang rajin singgah nak tinggalkan jejak

Farrah MF

Masih mengungguli carta teratas tidak berganjak Cik Ash kita ni
Berturut-turut blog aku kene bom
Dan yang pasti mereka adalah orang yang biasa dalam top komentar aku kecuali Cik Na a.k.a pengantin baru kite ni
Kene bom sekali hari tu
Terima kasih atas kunjungan kalian kak Sofu, akak travel sis JM, rakan sebaya Cik Mimie, puan Aida,Cik Na, Siti yang menaip, akak polis kak Norihan, Asya Lya dan akhir sekali akak kesayangan tak lain tak bukan Farrah FM

Pada yang tidak tersenarai pun aku hargai
Aku sayang semuanya
Maaf bulan ni agak sibuk nak BW kesemuanya

Disebabkan kak ekin dah berkali-kali dapat hadiah top komentar kita tambah lagi satu ye
Memandangkan bulan Julai bufday Kak Sofu yang berada di tempat kedua
Ada something untuk akak jugak
Nak bookmark pon boleh
Nanti wasap ayu ye

Tuesday, 16 June 2015

Pengantin Baru & Akak Kaki Travel Buat Apa ni?

Assalamualaikum semua
Aishh musim orang mengebom agaknye

Kali ni tengok la serangan tak lain dan tak bukan sis JM kita ni
Sentiasa berkunjungan dengan bertalu-talu tinggalkan jejak beliau
Jom sama2 terjah sis JM
Sentiasa tak lokek dalam membalas kunjungan 
Pasti akan disambut baik punya
Tak kurang hebat jugak pengantin baru kita ni
Amboi-amboi cikna banyaknya masa awak ye sekarang ni
Dah pandai komen secara pukal da ni ye
Jemput lah ke blog Cik Na kesayangan kita ni

 


Terima Kasih Invisible Note

Assalamualaikum semua
Tak terkejar nak update entry
Buzy bebenor mrummy sekarang ni kan
Biasa la mood masih cuti sekolah lagi kat opis ni
Ramai yang belum masuk kerja
So kerja banyak yang jadi tangguhan
Ok takmo sembang panjang
Terkejut pagi semalam dapat bungkusan dari utara
Memang agak blur kat situ
Musykil aku jap
Aku tak ada pon beli barang dari utara kan


Terima Kasih IM
Rasanya dah lama da sampai aku pon terlupe
Ohh ye IM da lama tak bersiaran
Dan tak dapat dikesan


 Last entry dan satu-satunye entry yang ada

"Deleted mula semula dengan sesuatu yang baru"


Thursday, 11 June 2015

Hadiah Untuk Aku - Multipurpose Pouch

Assalamualaikum semua
Kali ni aku nak menghadiahkan sesuatu untuk diri aku
Pada mulanya nak isi tab 7 inci aku
Dok main-main ukur lupa pulak nak lebihkan kain
Sekali jahit memang kecik la kauuu 

Taraaaaaa
Main hentam je jahit
Al maklumla budak baru belajar memang banyak lah salah dan silapnye kan


Kain, inner, zip dengan benang main campur-campur je
Kaut mane ade depan mata
Malas nak bukak2 kotak
Dasar pemalas aku ni kan


Ni bahagian dalam 
Ada poket dalam jugak
Boleh selit fon kecik aku ataupun wayar cable tu
Tak boleh buat letak tab kite letak powerbank bersama fon pon ok


Tuesday, 9 June 2015

Seloka Dari Kak Farrah MF & Cik Mimie

Assalamualaikum
Terkezut plus terharu plus tak sangka
Haaa ape sebab
Sebab dapat seloka dari akak kesayangan aku sorang
Tak lain dan tak bukan Kak Farrah kite ni

Hidayu Ayumie si mummy muda,
Firash Bambam penyeri harinya,
Aksi dan keletah menghibur jiwa,
Apa lagi, berkunjunglah ke sana.

Ok kita pon nak balas seloka hentam kromok kat Farrah
Ayu tak sekreatif kak Farrah
Tapi ayu cuba tanda penghargaan Kak Farrah yang selalu menjadi inspirasi ayu
Cikgu English kreatif idea tak terkira,
Seni kraft membuat orang juling mata,
Gitar peneman dikadang-kala
Mengenali tuan  tanah Tower  kompom tak rugi punya .

Fuhh baru buat empat kerat pon makan masa
Bayangkan akak kita ni buat untuk 12 orang
Fuhhh FENGSAN!!!

 Jom tengok seloka kak Farrah yang lain
Seloka Tetamu Hebat Mei

Tibe-tibe terselit seloka dari Cik Mimie pulak

 Ibu muda cantik bergaya,
Firash pula nama heronya,
Cik Mimie dan dia rakan sebaya,
Hidayu Ayumie itula dia :)


Kena balas ke cik mimie
Kene tangguh entry lagi ni sampai dapat idea

Berkaca mata manis seri wajahnyanya
Jangan nak menggatai tuan dah pun berpunya
Terima kasih cik mimie sudi menjadi kawan saya 
Walaupun hanya berkenalan di alam maya

Ok siap!!
Lega selepas 3 hari peram dalam draft
Boleh publish
Jangan gelak atau ketawa 
Aku tak sehebat mereka

PEMENANG KEYCHAIN I AM - GMBM 1ST GIVEAWAY 2015

Assalamualaikum semua
Pada yang sedia maklum Giveaway yang dianjurkan oleh GMBM telah pon tamat semalam
Maaf atas kesibukkan lambat nak terbitkan entry pemenang keychain I AM dari hidayuayumie



GMBM telah pon umumkan pemenangnya
Wahhh meriah sungguh bukan
Ada jugak dikalangan sponsor memenangi hadiah tersebut
Tahniah diucapkan

Bagi yang memenangi hadiah keychain I AM dari hidayuayumie
Dua orang telah pon tampil menuntut
Muhammadshahril sila tuntut hadiah awak sebelum kami mencabut undian lain ye

 1. http://ibunoey.blogspot.com/2015/05/gmbm1stgiveaway2015.html
 2. http://muhammadshahril97.blogspot.com/2015/05/gmbm-1st-giveaway-2015.html
  3. http://khatyaiman.blogspot.com/2015/05/gmbm-1st-giveaway-2015.html
 
Kepada ibunoey dan khatyaiman mohon kesabaran dalam menunggu giliran ye
Maklumla hadiah bukan readystok ye
Kak Khaty rasanya dah 3x menang hadiah dari aku
Bertuah betul
Tahniah kak

Saturday, 6 June 2015

Serangan tak dapat dielak

Assalamualaikum semua
Entry sepatutnye minggu lepas
Tak sempat nak masukakan dalam PC
Jom tengok siapa yang mari datang menyerang 
Tinggalkan komen lebih dari 5
 






Dan mereka adalah orang yang menjadi weetcandy Mei jugak ni


Penuh email aku dengan komen2 mereka ni
Terima kasih diucapkan ye kakak-kakak semua dan rakan sebaya

Friday, 5 June 2015

Terima Kasih - Sweetcandy Mei

Assalamualaikum semua
Masing-masing dah update top komentar
Terlambat atas banyak sangat faktor
Entry tanda penghargaan pada sweetcandy ku yang tak putus-putus memberi sokongan
Terima kasih kawan, kakak, abang, dan adik
Tanpa korang siapalah hidayuayumie kan


Cik Ash
izzeyda
Cik Mimie
Farrah MF
mama3farhanah
Asha Lya
Amy J
Sofu Hashim
Ipah Kholipah 
khatyaiman

Cik Ash masih mengungguli carta
Catat rekod kebanyakkan nye memang kak ekin jadi top komentar
Ipah dah kak Khatyaiman pertama kali masuk carta ye
Yang lain nama2 biasa yang sering menjadi tetamu terhabat hidayuayumie
Terima kasih sudi tinggalkan jejak
Sangat2 aku hargai

Hmmmm kak ekin nak hadiah lagi ke?
Adil tak kalau bagi kat orang lain
Kak eyda pon dah dapat, Cik Mimie dan kak Farrah pon dah dapat
Mama3farhana dapat masa GA
So nak bagi sape ni ea?

Ohh pada sesiap yang da ada no ayu sila whatapps ye
Sebab no fon semua dah hilang
 

Saturday, 30 May 2015

Tamat Sudah Riwayat - Terima Kasih Atas Jasamu

Assalamualaikum semua
Luahan perasaan
Ohh selamat tinggal aku ucapkan
Peneman paling setia dalam tempoh dua tahun ini


Selamat tinggal harta kesayangan ku
Tidak akan aku lupa jasa-jasamu
Akan ku kenang setiap  masa ku
Huwargggghhh
Ohhhh Samsung S4 ku

Sadis sangat
Screen gelap gelita
 Tanpa warna tanpa khabar berita
Gara-gara nak selamatkan benang sulam
Aku terkorbankan S4 ku

Kalau korang nak tau ni lah fon paling lama yang pernah aku pakai
Dan yang paling terkilannya
Ia rosak depan aku
Oh My Oh My

Aku tahan keinginan nak berfon baru
 Atas banyak faktor yang menghalang
 Keinginan nak beli mesin jahit tu lebih tinggi

Mungkin bagi korang dua tahun tak lama
Tapi bagi orang yang macam aku sentiasa tukar-tukar fon
2 tahun adalah tempoh masa yang panjang tauuu
Sebelum ni aku beli trade-in
Tak pernah la henpon rosak depan mata aku
Semuanya selamat masa pertukaran

Ye dulu aku memang gila handphone
Asal keluar yang canggih mesti beli
Kadang xsampai 3 bulan pakai dah tukar fon baru


Tamatla riwayat mu wahai S4 ku
Tapi ok jugak
Dapat merasa tepon baru
Hehehehehee

Amboiii tak setia betul aku ni
Mujur lah ada tab nak buat backup sementara nak mencari fon yang baru kan
Ákhirnya henpon idaman dalam genggaman
Ada yang perasan tak apa henpon idaman aku

Berusaha untuk aku dapatkan jugak
Gali tabung ayam ni
Cari celah2 bantal, bawah katil, yang terselit-selit dalam baju

Terpaksa batalkan niat nak beli mesin jahit baru
Insyallah ade rezeki lain beli mesin jahit ok
Mesin-mesin jahit yang ada pon belum puas pakai


Saturday, 1 November 2014

Terima Kasih Sweetcandy Oktober 2014

Assalamualaikum
Maaf update lambat pulak hari nie
Macam buzy noooo

Semalam Oktober dah melabuhkan tirainye..
Kini pembukaan bagi bulan November pulak

Penantian yang sangat mendebarkan
Bulan yang ditunggu2
Insyaallah bulan kedatangan ahli baru
Dan bulan perkahwinan aku dan en asben

November please be nice

Sempena bulan November ni aku nak ucapkan jutaan terime kasih pade yang menyokong hasil tulisan buruk aku ni
Yela walaupun baru mengenali tapi tanpa mereka tiada lah hidayu ayumie ni

Jom terjah top komentar Oktober blog aku



Tak lupe jugak pengunjung lain..
Kalau boleh nak link kan sume je...
Terima kasih yang tak terhingga sangat2

Monday, 27 October 2014

Pengebom Berani Blog Aku

Assalamualaikum
2 hari tak bersiaran ade yang rindue
Sila la rindu rindukan dirikuuuuu

Maafla tak sempat nk blogwalking mane2 lagi
Insyaallah akan tinggalkan jejak pukal macam cik as

Ok berbalik kepada mereka yang berani mati sangat nak jadi pengebom ni kan
Kali ni dikna kesayangan pulak

Amboiii dikna oiii ikott jejak langkah sape ni??
Takpe akk simpan sampai free nnt akk bom awk pulak ye


Akk tak mampu nak bagi awk hadiah skg ni..
Nanti tuntut lepas akk sihat lah yee

Ni je mampu dgn ucapan terma kasih sebab sudi jenguk blog akk yg merepek2 ni
Nasib da cantekk hasil sentuhan awak

Thank you syg
Sayang dikna lebih sikit



Friday, 24 October 2014

Blog Ku Digegar Jugak

Assalamuakaikum semua
Selamat pagi
Da sarap semua??

Baru aku perasan semalam tak update entry
Wahhh bz sgt blogwalking smpai terlupe
Nampak tak betapa suke nye aku berjalan2 kat blog2 korang ni

Semalam kak farrah dah kene bom
Pagi tadi bukak2 aku plak kene
Aishhhh nak kene betul  nur as a.k.a CAM


Cissssss kurang asam jawa betul..
Hahahahaha
Ehh ni bukan entry marah ke mengamuk ke ape ok
Entry penghargaan yg tak terhingga pagi2 jumaat yang mulia nie
Sebab tengah rajin nk update ni kan

Terima kasih la nur as oiiii sebab tinggalkan jejak sekaligus
Dah abis cuti ke??