Tabung Firash

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Saturday, 17 March 2018

Selamat Datang Nur Raisya

Assalamualaikum semua
Hmm
Masih lagi hangat2 tahi ayam ke mami Yash ni...
Kejap ada kejap tak ada

Maaf, kekangan masa disebabkan bercuti seminggu di kampung
Aktiviti blogwalking dan up enty tertangguh

Ok takmo berleter panjang
Di sini aku nak mengucapkan tahniah kepada adik kedua aku
Atas kelahiran puteri sulong pada 28hb Februari yang lepas
Nur Raisya nama diberi, berat 3.2kg

Alhamdullilah dipermudahkan urusannya
Agaknya si kecil ni tak sabar melihat dunia
Tak sempat si ibu sampai ke 'labour room' baby dah keluar'
Dan yang menariknya, adik tak perlu sebarang jahitan kerana tiada kesan luka



Apa-apa pun tahniah buat adik dan adik ipar atas kelahiran
Selamat berpantang dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik
Diminta semua mendoakan kesihatan ibu dan anak sentiasa sihat ye

Wednesday, 14 February 2018

Entry Kekurangan Kata - Yash & Posing

Assalamualaikum semua
Masih adakah lagi yang mengingati Mami Firash atau Firash sendiri
Lama sangat menyepi
Mami belanje sikit


Amacam?

Thursday, 13 April 2017

Happy Birtday To Me!!

Asslamulaikum semua
Alhamdullilah bertambah lagi umurku

Terima Kasih en asben!!
Pagi2 dah ada yang datang buat kejutan
Kalau nak diikutkan laki aku ni bukannye jenis romantik dan yang pasti dia memang tak pandai nak suprise kan orang sebab selalu memang akan kantoi dulu
Tapi tidak pada kali ni
Speechless aku dipagi hari
 Ni mesti ada kes yang sekongkol dengan laki aku ni

 Nahh bouquet coklat untuk mami
Aishh ni alamatnye berebut la dengan Firash
Terima kasih emak dan abah sebab lahirkan dan besarkan ayu yang nakal ni

Tidak lupe pada emak dan abah
Selamat Ulang Tahun Pernikah
Semoga sentiasa berbahagia hingga ke jannah
Insyallah


Thursday, 25 February 2016

Throwback Majlis Pernikahan dan Walimatulurus Adik

Assalamualaikum semua
Nampak tak bile dah lama cuti
Jadi malas makin menjadi-jadi pulak ye

Ok ni entry terobek mase Raya Cina dulu
Sempena majlis pernikahan adik aku

Kita layan gambar jela ye

 
 Kami the siblings 


 Anak mami yang over ni



Alhamdullilah majlis berjalan dengan lancarnya..
Terima kasih pada yang hadir dan memeriahkan majlis adik aku
Yang datang merewang jugak
Majlis yang dijalankan secara sederhana sahaja

Tahniah kepada adik aku dan adik ipar aku 
Semoga berbahgia sehingga ke jannah
Selamat menjalani tanggujawab sebagai suami isteri dan jugak pelajar kepada keduanya

Isnyaallah akak sentiasa di sini untuk korang
Aminn....

Friday, 5 February 2016

Perkongian Jumaat - Doa di Majlis Kenduri Kawin

Assalamualaikum semua
Salam Jumaat
Alhamdullilah bersyukur masih diberikan kesihatan yang baik

Sebelum bercuti panjang kali ni aku kongsikan doa di majlis kawin
Sempena cuti panjang ni pasti ramai yang buat kenduri kan
Tak terkecuali dengan keluarga aku


 Minta semua doakan perjalanan majlis adik aku yang akan berlangsung pada Isnin depan dengan lancar
Insyaallah
Tinggal lagi beberapa hari lagi adik aku akan bertukar status
Semoga menjadi isteri yang solehah 

Doa Buat Pengantin

Friday, 2 October 2015

Selamat Tinggal September, Hello Oktober

Assalamualaikum semua
Alhamdullilah masih kite bersua di bulan yang baru
Selamat tinggal pada September yang penuh dengan kesibukkan
Entry tak berupdate
Banyak sangat yang tertangguh
Rakan2 top sweetcandy pon tak sempat nak buat entry
Insyallah aku akan pos sekali gus punye
Tunggu ye 





Suprise me
Inspire me
bring only good things
Insyaallah


Salam aidiladha jugak 
Gambar throwback selitt
Alhamdullilah setel aqiqah Firash sekali 
Buat makan kecik2 je

Alhamdullilah makin bertambah 3 ahli keluarga
Raya Puasa tahun lepas Firash dan Haikal masing-masing dalam perut lagi
Tahun ni bertambah dua cucu dan sorang menantu dan bakal lagi cucu sorang insyaallah



Sunday, 23 August 2015

Selamat Tinggal Semenanjung

Assalamualaikum semua
Doakan perjalanan aku selamat pergi dan balik ye


Wahh dah macam zaman-zaman bercinta pulak
Ehh pernah bercinta ke?
Hahahahahah
Dah rasa macam tu la kiranya

Hati sudah merindui 
En asben dan si bambam Firash
 

Friday, 21 August 2015

Perkongsian Jumaat - Doa Bila Rindu Seseorang

Asslamualaikum semua
Tinggal lagi bape lame je untuk aku tinggalkan en asben dan Firash
Esok mummy daddy akan balik ke klang
Dan lusa akan berangkat ke Sabah

Mummy dah rasa sebak
Malam-malam tidurkan anak mesti mengalir air mata risaukan keadaan anak nanti
Mengada kan
Biarla hanya orang yang mengalami nya yang boleh merasa tauu


Kalau rindukan seseorang angkat tangan dan berdoalah pada Allah

"Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada ........ (nama penuh insan tersebut) sehingga aku menjadi kerinduannya" 

Silalah rindukan diriku

 

Wednesday, 19 August 2015

Tinggal Anak - Mommy Kene Pergi Kursus

Assalamualaikum semua
Entry luahan perasaan


Sebagai seorang ibu, sanggup ke nak berjauhan dengan anak?
 Dengan keadaan malam yang masih direct feed lagi
Rasa-rasa mampu ke Firash bertahan selama 2 minggu tanpa mummy
Kalau Firash boleh mummy lak yang tak boleh

Mula-mula dilema jugak
Tapi aku terpaksa mengalah atas tuntutan kerja
Aku terpaksa ke Sabah selama 2 minggu
Dalam Ahad ni jugak
Bayangkan la dorang bagi masa seminggu je nak buat persiapan 
Kelam kabut jadinya

Tapi macam mana pulak dengan en asben
Bila buat pertama kali berjauhan dengan en asben 

Kali ni kali kedua pulak kami berjauhan 
En asben tanpa isteri dan tanpa anak
Boleh ke en asben keseorangan lagi
Firash akan dihantar ke kelantan
MIL dengan rasa teruja nya menggoffer diri

Insyaallah semuanya akan ok 
Korang pon doakan aku ye
Malam ni aku akan gerak balik ke Kelantan  dan sabtu akan datang balik tanpa Firash disisi

Aku belum pergi pun dah rasa sebak 
Macam mana nak tinggalkan ni

9 Bulan - Berlagak nak Berdiri Lepas Tangan

Assalamualaikum semua
Firash dah pun masuk 9 bulan lebih 
Dah banyak dah perkara tak terjangka yang mencuit hati mummy and daddy dia

Aktiviti lama
Peram je entry ni dalam draf
Dan akhirnya dikeluarkan 

Tengok la gelagat anakanda tu

Pantang la nampak benda yang lagi tinggi dari dia 
Nak menongkat je
Nak-nak kalau mummy daddy tengah syok baring tengok tv

Memanjat pulak tu
Ada hati nak lepas tangan 
bukan sebelah ea
Dua-dua belah nak dilepaskan 
Amboiii macam gagah je nak lepas dua-dua tangan tu kan

Ramai yang tanya Firash boleh buat apa dah
So perkembangan setakat ni menggalakan 
Firash da pandai membebel
Ulangi... MEMBEBEL
Aku tak tahu la nape bab ni yang ikut aku
Kalau menyembang tu mengalahakan orang tua
Gaya paham dia tu luar biasa

Firash pon dah pandai da sebut mummy daddy
Tak tahu la dia tahu tak maksud tu atau main sebut je kan
Maaf aku membebel panjang

Apa-apa pun aku bersyukur sebab Firash membesar dengan sihat
Alhamdullilah

Entry Kekurangan Kata - Firash pon Nak Main Bowling

Assalamualaikum semua
Ahad lepas berjalan-jalan dengan sepupu sepapat aku 
Kami ke Setia City Mall
Saja nak melepaskan gian masing-masing

Sambil layan telatah anak ni
First time jumpa bola besar katanya
Suka betul Firash kan

Tuesday, 18 August 2015

SEGMEN RAYA BERSAMA MAMAMYJA

Assalamualaikum semua
Jom sama-sama meriahkan Segmen Raya Bersama Mamamyja
Menarik segmen kali ni
 Boleh cerita sikit tentang raya dan baju raya korang

Sini aku tepek sekeluarga aku

Tahun ni kami tidak bertema
Masing-masing macam lupa nak ambil kisah pada raya tahun ni
Aku dan adik je yang bertema jubah hitam
Tudung dah macam2 kaler
Adik bongsu tertinggal sebab sibuk buat persiapan rumah nenek
Pertama kali beraya di Perak 
Rumah mak abah aku
Selalu kalau balik perak rumah atok nenek 

Sebelum puasa abah aku bertungkus lumus nak siapkan rumah yang baru
Kami beraya pon secara bersederhana tahun ni
Insyallah tahun depan akan ada tema
Berimpian nak menjahit sendiri
Harap menjadi la 

Adik beradik ku
Kami di hari raya ke2
Sila abaikan pakcik aku yang terselit


Kami bertiga tahun ni tidak bertema
Semua baju last minit
Baju Firash daddy jahitkan last-last minit jugak

Maaf la terlebih memebebel pulak
Siapa yang nak join tu cepat-cepat 
Segmen sehingga 30 Ogos 2015 ye

Sila klik sini untuk sertai

Thursday, 6 August 2015

Mummy Ayu vs Firash Zafran

Assalamualaikum semua
Bila orang kata like father like son kan

 
Kali ni nak share pulak ada tak Firash seiras mummy dia
Pandangan korang
Aku pun tak tahu mana sepupu aku korek gambar aku masa kecik
Mak aku kata dulu memang orang ingat aku anak lelaki
Mungkin family aku tak suka aku pakai gaun-gaun kot


Ni lah rupa mummy masa kecik
Sama Firash tak
Macam lelaki kan
Baju ni pun makcik aku yang hadiahkan
Tapi memang setahu aku la 
Aku tak pernah dipakaikan pakaian perempuan
Aku tak suka kata mak aku

Tuesday, 4 August 2015

Bonanza Sushi King Ogos 2015

Assalamualaikum semua
Macam biasa setiap kali bonanza Sushi King akan hantar peringatan
Mujur ada mesej ni
Kalau tak memang aku tak tahu
Yela sejak-sejak GST ni memang belum jejak ke SK lagi


Sepinggan hanya RM 3.18 sen termasuk gst
Kesemua jenis yang berada di kaiten ye
Tak boleh order tak boleh take away

Firash mummy suap bubur mekdi je
Sebab dia pantang tengok orang makan
So nak taknak kene suapkan sesuatu jugak

Ni adik aku yang akan berangkat ke India esok
Tengok la banyak mana kami bedal semalam
Selagi perut belum penuh selagi tu la kami sumbat

So pada yang kaki sushi macam aku moh la bergegas ke Sushi King berdekatan
Sampai khamis ni je
Pastikan ada member card ye

Tuesday, 21 July 2015

Salam Aidilfiti Maaf Zahir & Batin

Assalamualaikum semua
Alhamdullilah syawal ke-5 kita sambut hari ni
Macam mana raya korang?
Aku semalam dah start kerja dah pon
Apa-apa pun di kesempatan ini
Dengan rasa rendah diri aku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
Kepada rakan-rakan, kakak-kakak, abang-abang blogger
Ampun dan maaf dipinta 
Andai tersalah bahasa, tersilap kata tertypo dalam bercerita
Harap dimaafkan

Semoga ukhwah kita akan berkekalan

Tahun lepas berdua
Tahun ni bertiga
Tahun depan??

Saturday, 6 June 2015

Projek Tote Bag Untuk Adik

Assalamaualaikum semua
Nak share projek 2 jam oleh aku
Request dari adik aku yang akan berangkat ke Kedah sabtu ni

Mintak dibuatkan tote bag untuk ke kelas
Yang muat fail dan laptop


Cukup besar muat lerak aptop lagi
Ketahanan tak tahu lagi sebab buat tengah malam masa Firash tengah tido kan
Buat ikot dan je
Ingatkan nak sulam nama atau letak poket je

Lain kali je ye Fiza akak buat kan
Yang penting manfaatkannya tau
Belajar elok2
Jumpa bulan puasa nanti ye

Friday, 15 May 2015

Perkongsian Jumaat - Doa Buat Kedua Ibu Bapa

Assalamualaikum semua
Pada yang sedia maklum hari ni adalah genap setahun pemergian arwah atok Jumari tercinta
Semoga arwah ditempatkan di kalangan yang beriman
Aminn

Pada anak2 jangan lupe titipkan doa buat ibu bapa kalian ye



Kami sayang mak dan abah
Semoga kalian sihat sejahtera dan sentiasa dimurahkan rezeki


Sempena Hari Ibu yang lepas aku dan adik-adik buat suprise la kononnye
Yela mase ni la adik2 aku ade
So kita harung sekali mana yang tertunggak
Hari ibu dan bapa adalah hari2
Cume kali ni kita nak sambut sebab kami sekeluarga berkumpul bersama

Kami sayang mak dan abah
Terima kasih membesarkan kami dengan sempurna

SEMOGA ARWAH ATOK TENANG DISANA


Genap setahun arwah atok pergi

Semoga arwah atok ditempatkan dlm kalangan2 org y beriman
aminnn

Atok pergi pada malam jumaat
Jam 8.45mlm
Disisi 2 sepupuku Tikah and Aiman

Yang lain baru je lepas melawat

Aku masih belum kesempatan nak melawat arwah atok
Disebabkan mase ni ramai yang melarang untuk aku ikot disebabkan kandungan aku









setiap kali terkenngknnye akan aku sedekahkn al- fatihah
Sama2 lah kite


Tuesday, 28 April 2015

Jom Balik Kampung

Assalamualaikum semua
Entry ditengah malam di kampung


Untuk sedia maklum
Kalau ingat entry Pertunangan Adik Ipar aku tu
Cikna aku bakal mendirikan masjid awal bulan depan

Mana yang berdekatan or area kelantan dijemput la
Eh eh suka suki aku je menjemput
Maka tertangguhla sehingga ke hari ni

Maklumlah naik myvi balik kampung
Sakit2 la badan aku ni
Dengan loyanya dengan peningnya
Firash sedap je tido kan

Alhmdullilah selamat sampai kampung
9 jam jugak perjalanan dari klang ke kelantan
Dengan hujan lebat ade banjir kecik dekat bentong

Sepatutnya dari semalam patutnya kitorang sampai
Tapi atas alasan yang tak dapat dielakkan yang akan aku up di lain entry

Tuesday, 21 April 2015

Mummy Dating Dengan Firash bersama Si Puteh

Assalamualaikum semua
Tak tau nak update ape
Cerita Sabtu lepas

Setelah sekian lamanya mummy ni tak bawak kereta
Eh eh ade lah bawak pergi and balik kerja kan
Tapi nak bawak keluar dari kawasan rumah ni makan 7 bulan dah kot

En Asben takmo temankan mummy pergi belaja menyulam ha
Sebab akak yang ngajar aku ni dok bujang
So tiada ruang untuk para lelaki ni bertempek
Maka dengan itu aku berani kan diri drive dari Klang ke Bangi 
Dari Klang singgah PJ amek adik dulu 
Minta adik aku temankan


Nasib baik la Si bambam ni tak banyak kerenah
Sedap pulak tido dekat rumah orang ye
Mujur jugak adik aku si Dayah tu temankan aku
At least mase firash dok merengek2 tu dia tolong tengok

Tapi siyes susah jugak nak fokus bile ade anak kecik ni kan
Ni belum pandai berlari2 memanjat2 lg kan

Alhamdillilah selamat pergi dan balik
Tambah lagi ilmu menyulam

Ok dah selamat pergi dan balik kan
Dengan konfiden nye bawak kereta kan
Baru aku teringat aku punya lesen dah mati
Itu pon perasan lesen letak kat dashbord, en asben yang perasan 
Nasib baik bagi lesen dekat guard je bukan dekat polis kan