Tabung Firash

Showing posts with label Kengkawan. Show all posts
Showing posts with label Kengkawan. Show all posts

Thursday, 22 March 2018

Justberrys Dessert House - Dessert terbaik

Assalamualaikum semua
Ada yang craving dessert kah??




2x dah aku repeat benda ni





steam milk
Siyes best!!

Durian dia memang semerbak bau dalam kedai


Selesai!!


Tempat yang wajib pergi kalau datang Melaka
Boleh buka web atau FB


Wednesday, 21 March 2018

Skytrex Adventure Shah Alam Bandar Botanik

Assalamualaikum semuanya
Sihat ke? Diharap semua sihat sentiasa.


Okey hari ni aku nak ceritakan pengalaman aku di Skytrex
Bagi aku yang sememangnya takot akan ketinggian
Ia sangat mencabar untuk aku laluinya

Tapi alhamdullilah aku berjaya sehingga ke akhir
Untuk korang yang sukakan aktiviti lasak and tinngi macam ni korang patut cuba


Terdapat 3 tahap yang korang boleh pilih.
Little Adventure, Big Thrill, dan Extrem Challenge

Bagi aku lebih baik korang ambil pakej Extreme Challenge
Sebab dah alang2 kan
Biar pon mahal sikit
And tolong la beli tiket online di skytrex
Sebab lebih murah and senang nanti korang akan deal dengan salah sorang stuff dorang

Korang wajib beli Glove RM10.60 
Total up dalam RM68.90
Atau korang boleh beli pakej Super Skydeal (Water+Holder+Glove)
RM79.50
Kalau nak jimat korang bawak sendiri je air mineral
Dan pastikan bawak beg untuk simpan air sebab korang akan gunakan kedua-dua tangan nanti.

Antara halangan dan cabaran yang akan ditempuhi
Jangan risau kalau ada yang tak mampu nak menghabiskan boleh lalu Chiken Exit

Mula2 korang kene masuk Taman Botani Shah Alam (Bukit Cerakah)
RM3 seorang

Sambil menunngu stuff dorang datang ambil


Glove yang wajib korang pakai

Sementara menunggu giliran

1st time aku bergayut atas benda alah ni

Ini antara cabaran yang sangat mencabar bagi aku
Ambil masa nak melepaskan ni
Sangat takot wehh

Pandangan dari sudut lain
Sampai sekarang aku terpikir macam mana aku boleh harungi laluan atas tu

Dengan cara yang macam ni mampu hilangkan rasa gugup aku


Kami kumpulan yang terakhir
So memang kami bersenang lenang la dibelakang sebab tak kejar masa

Gayat ke gayat?

Selesai segala halangan dan rintangan
Tiada yang keluar melalui Chiken Exit
Tahniah buat diri sendiri

Santai2

Sehingga bertemu lagi
Eh akan ada lagi ke??
Insyallah nak kumpul kekuatan dulu nak harungi nya lagi

Tips tambahan untuk korang yang nak ke sini :

PAKAIAN -  Berpakaian lengkap sukan. Tolong la aku tak paham ada yang datang macam nak ke mall tu. Selesa kah kamu di atas wahai kawan??

MASA - Sila hargai masa, sepatutnya jam 9am. Tapi disebabkan menunggu kumpulan yang lain sampai aktiviti kami tergendala sampai ke jam 10.30. Bayangkan kami sampai jam 8.30am.

ARAHAN -  Sila beri perhatian mase stuff dorang bagi taklimat. Sebab nanti kat atas korang akan bergerak sendiri. Pandailah korang nak sesuaikan diri nanti. So sebelum memulakan aktiviti pastikan korang da mahir dan faham alatan yang korang kene guna tu.

HARTA BENDA - Tak payah la korang bawak almari datang sekali. Bawak benda yang dirasakan penting yang lain simpan je dalam kereta. Tepon untuk bergamba, air untuk korang minum dan bawak duit kot2 nak menyewa locker atau bottle holder tak pon beli air. Kalau nak bawak barang simpan dalam beg yang digalas,tak payah nak acah2 cantik nak pakai handbag ke slingbag ke, susah korang nak bergerak nanti.


Monday, 19 March 2018

Nasi Kerabu Kambing Moksu - Pintu Gate 1 Putrajaya

Assalamualaikum semua
Selamat bermonday blues
Bagi yang bercuti sempena anak bercuti selamat bercuti ye kawan2
Hati2 dalam perjalanan

Pagi2  nak ceita breakfast yang aku makan ketika sedang berkursus di Inspen.
Nasi Kerabu Kambing!!
Aku dan kambing berpisah tiada

Selonggok ha dia bagi kambing tu
Rupanya memang kedai ni pernah viral
Memang thorbaikk!!

Kaki Ayam dan ayam bakar pon ada

Kuih muih tak ketinggalan

Nahh muke kepuasan semua

Di Pintu 1 Putrjaya betul2 depan gate Inspen
Kalau dari bilik kitorang tu boleh je jalan kaki
Nak makan kambing kene awal sebab limited, abis jangan nangis tepi meja kedai tu pulak.

Tuesday, 16 June 2015

Pengantin Baru & Akak Kaki Travel Buat Apa ni?

Assalamualaikum semua
Aishh musim orang mengebom agaknye

Kali ni tengok la serangan tak lain dan tak bukan sis JM kita ni
Sentiasa berkunjungan dengan bertalu-talu tinggalkan jejak beliau
Jom sama2 terjah sis JM
Sentiasa tak lokek dalam membalas kunjungan 
Pasti akan disambut baik punya
Tak kurang hebat jugak pengantin baru kita ni
Amboi-amboi cikna banyaknya masa awak ye sekarang ni
Dah pandai komen secara pukal da ni ye
Jemput lah ke blog Cik Na kesayangan kita ni

 


Terima Kasih Invisible Note

Assalamualaikum semua
Tak terkejar nak update entry
Buzy bebenor mrummy sekarang ni kan
Biasa la mood masih cuti sekolah lagi kat opis ni
Ramai yang belum masuk kerja
So kerja banyak yang jadi tangguhan
Ok takmo sembang panjang
Terkejut pagi semalam dapat bungkusan dari utara
Memang agak blur kat situ
Musykil aku jap
Aku tak ada pon beli barang dari utara kan


Terima Kasih IM
Rasanya dah lama da sampai aku pon terlupe
Ohh ye IM da lama tak bersiaran
Dan tak dapat dikesan


 Last entry dan satu-satunye entry yang ada

"Deleted mula semula dengan sesuatu yang baru"


Tuesday, 9 June 2015

Seloka Dari Kak Farrah MF & Cik Mimie

Assalamualaikum
Terkezut plus terharu plus tak sangka
Haaa ape sebab
Sebab dapat seloka dari akak kesayangan aku sorang
Tak lain dan tak bukan Kak Farrah kite ni

Hidayu Ayumie si mummy muda,
Firash Bambam penyeri harinya,
Aksi dan keletah menghibur jiwa,
Apa lagi, berkunjunglah ke sana.

Ok kita pon nak balas seloka hentam kromok kat Farrah
Ayu tak sekreatif kak Farrah
Tapi ayu cuba tanda penghargaan Kak Farrah yang selalu menjadi inspirasi ayu
Cikgu English kreatif idea tak terkira,
Seni kraft membuat orang juling mata,
Gitar peneman dikadang-kala
Mengenali tuan  tanah Tower  kompom tak rugi punya .

Fuhh baru buat empat kerat pon makan masa
Bayangkan akak kita ni buat untuk 12 orang
Fuhhh FENGSAN!!!

 Jom tengok seloka kak Farrah yang lain
Seloka Tetamu Hebat Mei

Tibe-tibe terselit seloka dari Cik Mimie pulak

 Ibu muda cantik bergaya,
Firash pula nama heronya,
Cik Mimie dan dia rakan sebaya,
Hidayu Ayumie itula dia :)


Kena balas ke cik mimie
Kene tangguh entry lagi ni sampai dapat idea

Berkaca mata manis seri wajahnyanya
Jangan nak menggatai tuan dah pun berpunya
Terima kasih cik mimie sudi menjadi kawan saya 
Walaupun hanya berkenalan di alam maya

Ok siap!!
Lega selepas 3 hari peram dalam draft
Boleh publish
Jangan gelak atau ketawa 
Aku tak sehebat mereka

PEMENANG KEYCHAIN I AM - GMBM 1ST GIVEAWAY 2015

Assalamualaikum semua
Pada yang sedia maklum Giveaway yang dianjurkan oleh GMBM telah pon tamat semalam
Maaf atas kesibukkan lambat nak terbitkan entry pemenang keychain I AM dari hidayuayumie



GMBM telah pon umumkan pemenangnya
Wahhh meriah sungguh bukan
Ada jugak dikalangan sponsor memenangi hadiah tersebut
Tahniah diucapkan

Bagi yang memenangi hadiah keychain I AM dari hidayuayumie
Dua orang telah pon tampil menuntut
Muhammadshahril sila tuntut hadiah awak sebelum kami mencabut undian lain ye

 1. http://ibunoey.blogspot.com/2015/05/gmbm1stgiveaway2015.html
 2. http://muhammadshahril97.blogspot.com/2015/05/gmbm-1st-giveaway-2015.html
  3. http://khatyaiman.blogspot.com/2015/05/gmbm-1st-giveaway-2015.html
 
Kepada ibunoey dan khatyaiman mohon kesabaran dalam menunggu giliran ye
Maklumla hadiah bukan readystok ye
Kak Khaty rasanya dah 3x menang hadiah dari aku
Bertuah betul
Tahniah kak

Saturday, 6 June 2015

Serangan tak dapat dielak

Assalamualaikum semua
Entry sepatutnye minggu lepas
Tak sempat nak masukakan dalam PC
Jom tengok siapa yang mari datang menyerang 
Tinggalkan komen lebih dari 5
 






Dan mereka adalah orang yang menjadi weetcandy Mei jugak ni


Penuh email aku dengan komen2 mereka ni
Terima kasih diucapkan ye kakak-kakak semua dan rakan sebaya

Friday, 5 June 2015

Terima Kasih - Sweetcandy Mei

Assalamualaikum semua
Masing-masing dah update top komentar
Terlambat atas banyak sangat faktor
Entry tanda penghargaan pada sweetcandy ku yang tak putus-putus memberi sokongan
Terima kasih kawan, kakak, abang, dan adik
Tanpa korang siapalah hidayuayumie kan


Cik Ash
izzeyda
Cik Mimie
Farrah MF
mama3farhanah
Asha Lya
Amy J
Sofu Hashim
Ipah Kholipah 
khatyaiman

Cik Ash masih mengungguli carta
Catat rekod kebanyakkan nye memang kak ekin jadi top komentar
Ipah dah kak Khatyaiman pertama kali masuk carta ye
Yang lain nama2 biasa yang sering menjadi tetamu terhabat hidayuayumie
Terima kasih sudi tinggalkan jejak
Sangat2 aku hargai

Hmmmm kak ekin nak hadiah lagi ke?
Adil tak kalau bagi kat orang lain
Kak eyda pon dah dapat, Cik Mimie dan kak Farrah pon dah dapat
Mama3farhana dapat masa GA
So nak bagi sape ni ea?

Ohh pada sesiap yang da ada no ayu sila whatapps ye
Sebab no fon semua dah hilang
 

Tuesday, 2 June 2015

Terima Kasih Cik Mimie

Assalamualaikum semua
Semalam sibuk sangat sampai tak sempat nak jenguk atau update blog
Hari ni sibuk dengan EKSA pulak
Tapi kita curik masa sikit
Rasanya dah 3 bulan berturut dapat sijil penghargaan dari Cik Mimie kita ni

Boleh tengok entry Penghargaan Dari Cik Mimie 
Bulan lepas tak sempat nak buat entry untuk awak
Kali ni aku lamsam kan dua-dua ok


Terima kasih cik mimie 
Banyak sebenarnya aku berhutang dengan cik mimie
 Tak tahu nak balas macam mana
Sebab kebanyakkan yang berkaitan dengan blog memang aku cari dia je
Terima kasih cik mimie sebab sentiasa ada masa untuk susahkan diri demi ayu
Kekekeke
Semoga makin murah rezeki, dipercepatkan jodoh dan berbahgia disamping orang tersayang

Sesiapa yang belum mengenali cik mimie sila la berbuat demikian 
Kompom tak menyesal
Terima kasih sudi menjadi rakan maya ayu tau cik mimie
Walaupun masih belum bersua muka
Tapi kita seakan rapat macam dah lama mengenali
Eh jap jap 
Ke ayu yang syok sendiri ni?

Reward untuk aku pada bulan ni dan bulan lepas

 Pengomen tegar bulan April

Pengomen tegar bulan Mei

Jom sesiapa yang inginkan penghargaan sijil macam aku
Kene jadi top komentar dulu