Tabung Firash

Saturday, 24 February 2018

Eat & Repeat Cafe - Boat Noodle Malaysian Style


Assalamualaikum semua
Korang biasa makan Boat Noodle ke?
Style mangkuk kecil2 tu

Kali ni aku kenalkan ala2 Boat Noodle
Tapi makanan yang sangat sesuai dengan tekak melayu

Eat & Repeat Cafe

Boleh eat pastu kompom repeat
1 mangkuk hanya RM1.90
Mana nak cari dik non harga macam tu sekarang


Bertempat di  YG24, Jalan Plumbum Y7/y, Pusat Komersial Seksyen 7, 4000 Shah Alam, Selangor.
Atau korang boleh je Waze je nama kedai tu
Dibuka pada jam 11am-11pm

Selain Shah Alam, ada lagi 4 cawangan lain di Kuala Selangor, Bangi, Senawang, dan Melaka
Dan 1 lagi cawangan akan dibuka pada 03hb March di Kuala Terengganu.


Nah tak tipu RM1.90 sahaja
Kalau nak bungkus harga akan up sikit jadi RM2.20


Ni belum masuk mangkuk yang belum sampai
Tolong jangan tamak macam kami ye kawan-kawan
Nafsu semate ni



Aku tak tahu lah yang dah ke berapa kali aku repeat sini
Bagi aku makanan dia sangat berbaloi dengan harga
Tak murah dan tak mahal

Antara menu yang selalu aku order Nasi Putih Ayam Cincang, Mee Rebus, laksa, Nasi Goreng Bujang, Kepak Ayam Tandoori, Brownies + Ice Cream
Makan macam ni pon jenuh nak menghabiskan tau
Oh air dia dalam kole tau
Memang puas tau minum

Untuk lebih lanjut korang boleh layari je web eatrepeat
Atau follow instagram dan  facebook dorang


17 comments:

  1. Replies
    1. sedap la dikna
      akk sllu sgt makan sini

      Delete
  2. Baik nanti pi try kat Kuala Terengganu saja la....

    nak pi Shah Alam bila la agaknya hehe

    ReplyDelete
  3. boat noodle pun tak try lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. boat noodle thai style
      ayu kureng sikit

      Delete
  4. Wow... macam best ni.. in sha allah, kalau ada kesempatan boleh singgah

    ReplyDelete
  5. Wah, menarik ni! Tapi nak pergi mencuba tu tak taula bila sampai,.. :)

    ReplyDelete
  6. wah. ada kat melaka ekk?
    aida nak klik la fb diorang.
    aida x pernah sempat ke boat noodle lagi, ayu.
    pernah la gi. tapi mr.asben tak brape sesuai dgn cara boat noodle ni.
    kami anak ramai, pada dia mcm x sesuai aje.
    hmmm ntah ler.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke?.. boleh je kalau anak ramai.. ayu kalu boat noodle biase tu makan xtau anak nak bg makan ape,. kalau kat sini byk pilihan

      Delete