Tabung Firash

Monday 15 September 2014

32 minggu - Perubahan Kulit Semasa Hamil

Assalamualaikum
Alhamdullilah usia kandungan kini memasuki 32 minggu
Kepada mumy2 to be or ex m2b ni ada alami apa yang aku alami tak?
Orang kate perkara macam ni adalah normal
Biasalah pembawakan budak
So macam biasa lah dok tanya2 pokcik google
Jumpa info dari baby center

Adakah perubahan kulit semasa hamil membahayakan?

Walaupun perubahan kulit yang biasa berlaku semasa kehamilan tidak akan menyebabkan masalah kesihatan, harus maklumkan kepada doktor sekiranya kulit mengalami radang, melepuh atau mendapat ruam atau gatal2 yang tidak akan hilang beberapa hari.

Memandangkan masalah lain yang tidak berkaitan dengan kehamilan juga boleh menyebabkan perubahan warna kulit, sentiasa maklumkan kepada doktor sekiranya mengalami sebarang perubahan contohnya perubahan warna atau saiz tahi lalat atau sekiranya perubahan pigmentasi yang berlaku turut disertakan kesakitan, bengkak atau lebam.

Doktor akan memeriksa keadaan itu dan memastikan mendapatkan rawatan jika perlu.

Chloasma (perubahan pigmentasi pada muka dan leher) juga dikenali sebagai 'topeng kehamilan'.
Ia kelihatan sebagai tompok2 gelap pada dahi, pipi dan leher.
Pada wanita yang berkulit gelap, ia muncul sebagai tompok2 cerah.
Ia disebabkan oleh peningkatan hormon melanin iaitu hormon yang memberi warna gelap pada kulit.
Hormon ini melindungi kulit daripada cahaya ultraviolet.

Pendedahan kepada cahaya matahari akan membuatkan tompokan tersebut lebih gelap dan lebih jelas, oleh itu lindungilah kulit dengan krim pelindung matahari dengan SPF15 atau lebih.
Pakailah topi apabila keluar rumah.
Jika merasa tompokan tersebut kelihatan hodoh, boleh cuba selaraskan tona kulit menggunakan bedak asas yang agak gelap.
Berita baiknya ialah tompokan ini akan mula hilang dalam tempoh tiga bulan selepas bersalin

mcm ni lah kott rupenye
sbb aku xmengalaminye

Linea Nigra (garisan gelap sepanjang perut)
Linea Nigra ialah garisan menegak berwarna gelap dengan kelebaran sehingga satu sentimeter yang terbentuk pada tengah2 perut, biasanya merentasi pusat.
Ia biasanya muncul pada trimester kedua.
Ia disebabkan oleh pigmentasi pada kulit di mana otot obdomen meregang untuk memudahkan pembesaran bayi.

Garisan pigmentasi ini akan pudar dalam masa beberapa minggu selepas bersalin, namun mungkin perlu menggosoknya sedikit untuk menghilangkan kulit kering.
Bahagian2 badan lain seperti puting payudara, tahi lalat dan bintik2 gelap pada kulit mungkin turut mengalami perubahan pigmentasi, tetapi ini juga akan hilang.

lebih kurang mcm ni la garisan perut aku
tapi tak ler sepanjang-panjang perut tu


Kulit Berseri Semasa Hamil

" Seri" semasa hamil bukan sekadar kata-kata.
Ketka hamil, kulit menyimpan lebih banyak kelembapan, menjadikannya montok serta menghilangkan garis2 halus dan kedut yang mungkin ada sebelum ini.
Apa yang membuatkan kulit cerah dan bersinar ialah peningkatan tahap darah yang beredar di seluruh badan,
Ini juga kadang kala membuatkan badan merasa agak panas.

Malangnya, kesan sampingan daripada ini adalah mungkin nampak sembam akibat penahanan air (water retention) dalam badan.
Jika badan mempunyai tompok2 merah di bahagian muka, ia juga akan kelihatan lebih jelas,

Oleh itu,perbanyakkan meminum air kerana badan kita memerlukan banyak air dan  berehatlah seberapa kerap yang boleh.
Sebarang tompok merah yang ada akan berkurangan selepas bersalin.

Ada yang dok kate muke aku berseri
Ade yang kate xberseri
Tapi ramai yang kate berseri walaupon bermalasan nak bermekup
Kadang2 tgk muke kat cermin macam pucat je

Jaringan Urat Semasa Hamil

Jaringan urat (spider veins / spider naevi) adalah kapilari2 darah (salur darah halus) yang biasanya kelihatan pada pipi.
Ia biasa berlaku pada wanita hamil, terutamanya mereka yang sudah biasa mengalaminya.
Ia disebabkan oleh peningkatan isipadu  darah dalam badan yang memberi lebih tekanan pada kapilari yang sememangnya lebih sensitif semasa hamil.

Untuk mengurangkan kemungkinan jaringan urat ini berlaku, lindungilah muka daripada kesejukan atau kepanasan melampau kerana keadaan ini boleh mengelakkan pembentukan jaringan urat.
Urat-urat ini akan hilang setelah tahap hormon menjadi stabil semula selepas bersalin.

Bila dok search rase seriau lah pulak kan?
Nasib lah aku tak kene
Tapi ade ke yang pernah kene?
Tak pernah nampak lak aku

Bintik-Bintik Dan Jerawat Semasa Hamil

Kehamilan kadang-kala boleh mencetuskan pertumbuhan jerawat.
Tahap hormon yang tinggi boleh menggalakkan penghasilan sebum iaitu minyak yang membuatkankan kulit kelihatan anjal,
Namun terlalu banyak sebum dihasilkan boleh menyebabkan liang2 muka tersumbat dan mengakibatkan kulit jadi berminyak dan bintik2 hitam terbentuk.

Cucilah muka dengan sekerap yamg mungkin menggunakan pencuci muka yang lembut, dan gunakan pelembap muka tanpa minyak.
Jangan gosok tempat yang berjerawat kerana ini akan membuatkan masalah bertambah teruk.
Elakkan juga menggunakan krim jerawat kecuali atas nasihat doktor.
Sesetengah krim seperti ini tidak boleh digunakan semasa hamil,
Beberapa minggu selepas bersalin, kulit akan kembali kepada keadaan sebelumnya,

Tanda Regangan

Tanda regangan (stretch marks) ialah garis2 halus berwarna kemerahan atau coklat (bergantung kepada warna kulit) yang biasanya muncul pada perut,payudara dan paha.
Ia berlaku kepada kira2 75 hingga 90 peratus wanita hamil.
Ia disebabkan oleh regangan kulit apabila berat badan semakin bertambah.

Tahap hormon yang tinggi turut mengganggu keseimbanga protein pada kulit dan menyebabkan kulit menjadi lebih nipis berbanding biasa.
Selepas bersalin, pigmentasi berwarna kemerahan atau kecoklatan pada tanda regangan ini akan beransur pudar dan garis2 tersebut akan kelihatan lebih cerah daripada kulit di sekelilingnya.

Sesetengah wanita bernasib baik kerana mempunyai kulit elastik daripada orang lain.
Ini bermakna mereka tidak akan mengalami tanda regangan.
Tetapi bagi kebanyakan daripada kita hanyalah salah satu kesan kehamilan yang harus kita hadapi.
Kita boleh cuba mengurangkan tanda regangan dengan mengelak daripada menambah berat badan terlalu cepat, menyapu minyak atau krim yang kaya dengan vitamin E dan C, serta minyak zink dan silika untuk membantu mengekalkan kesihatan kulit.

Alhamdullilah buat masa ni mmg tak ada lagi tanda cmni
Tapi tak tau la lepas bersalin
Sebab ada kes member aku naik stretch marks lepas bersalin
Makan mase jugak nak hilangkan
Katenye lebih setahun
Betul ke??

Melecet Semasa Hamil

Apabila berat badan bertambah sesetengah tempat badan kita boleh melecet seperti pada paha atau bawah payudara.
Kulit di kawasan tersebut akan menjadi merah dan lembap, dan kemudian melepuh, dan mengeluarkan bau.
Keadaan ini dikenali sebagai intertrigo.

Pastikan kawasan terjejas itu sentiasa kering dan gunakan bedak talkum untuk menyerap kelembapan.
Pakailah pakaian yang diperbuat daripada kapas untuk menyejukkan kulit dan elakkan memakai seluar ketat atau tights.

Maklumkan kepada doktor mengenai perkara ini, terutamanya jika banyak berpeluh kerana ia boleh menyebabkan jangkitan fungsus atau keputihan.
Keputihan perlu dihapuskan sebelum bayi lahir kerana ia boleh dijangkiti kepada bayi semasa bersalin.

Ha ni simtom yang aku alami sekarang ni
Memang sangat tak selesa bile asyik berpeluh

Kulit Sensitif Semasa Hamil

Kulit biasanya lebih sensitif apabila hamil, bukan sahaja kerana peningkatan hormon dalam badan tetapi juga kerana ia lebih lembut dan meregang,
Sabun dan bahan pencuci mungkin tiba2 menyebabkan kulit pedih dan masalah seperti ekzema menjadi lebih teruk.
Kulit boleh menjadi gatal apabila terdedah dengan cahaya matahari.

Cuba kenalpasti apa yang menyebabkan masalah ini.
Adakah ia disebabkan oleh serbuk pencuci ataupun minyak wangi yang digunakan?
Pakailah pakaian longgar dan diperbuat daripada kapas serta kekalkan kelembapan badan,
Berendam terlalu lama dalam tab hangat boleh menyebabkan kulit kering, maka janganlah lalukannya terlalu lama atau tambahkan minyak dalam mandian kepada air mandian untuk menganjalkan kulit. (tetapi pastikan tidak tergelincir ketika masuk atau keluar daripada tab mandi).

Akhir sekali, sentiasa lindungi kulit daripada matahari dengan pelindung matahari berfaktor tinggi (SPF15 atau lebih).

Ruam Dan Kegatalan Semasa Hamil

Ruam dan kegatalan sementara yang datang dan pergi tanpa sebab2 tertentu adalah perkara biasa dalam kehamilan.
Peningkatan tahap hormon membuatkan kulit lebih sensitif apabila bersentuhan dengan bahan2 tertentu yang biasanya tidak mempunyai kesan apa2.
Contohnya mungkin lebih sensitif terhadap klorin dalam kolam mandi.

Keputihan yang menyebabkan kegatalan faraj dan buasir yang menyebabkan kegatalan pada dubur juga lebih mudah berlaku semasa hamil.
Bincanglah dengan doktoor mengenai rawatan yang selamat digunakan sekiranya mengalami keputihan dan buasir.
Untuk menghalang buasir, dinasihatkan supaya meningkatkan pengambilan serat dalam pemakanan.

Bagi masalah lain, menyapu losyen kalamine dapat mengurangkan kegatalan.
Jika ruam atau kegatalan berlarutan lebih daripada dua hari, dapatkan nasihat daripada doktor.


Kegatalan Yang Teruk Ketika Hamil

Rasa gatal yang teruk pada keseluruhan badan terutamanya pada waktu malam, serta gatal pada tapak tangan dan tapak kaki boleh jadi tanda satu penyakit hati yang jarang berlaku.
Penyakit ini dikenali sebagai obsteric chilestasis dan hanya berlaku kepada wanita hamil.
Ia biasanya berlaku dalam trimester ketiga, dari kira2 minggu ke-28 kehamilan dan biasanya akan hilang dalam masa tiga minggu selepas bersalin.

Walaupun penyebabnya tidak ketahui, dipercayai bahawa estrogen yang tinggi semasa hamil boleh menghalang hati daripada berfungsi dengan betul dan menyebabkan peningkatan tahap garam hempedu.
Kegatalan ini boleh jadi terlalu teruk dan kadang kala tidak dapat dikawal.
Walaupun bimbang kerana hati tidak berfungsi dengan baik, namun obstetric cholestasis tidak membahayakan kesihatan.



4 comments:

  1. Sepanjang saya hamil, alhamdulillah takdak masalah kulit. Makin berseri-seri lagi adalah...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunye berseri kate anak laki,betul ke tu kak??
      hehehe alhamdullilah xdak masalah kulit..

      Delete
  2. keputihan masih ada, kandungan dah 35week..ada petua tak nak hilangkan?

    ReplyDelete
  3. keputihan masih ada, kandungan dah 35week..ada petua tak nak hilangkan?

    ReplyDelete