Tabung Firash

Monday, 27 April 2015

Pasta Daging ala-ala Aglio Olio

Assalamualaikum semua
Dah lunch ke masing2

Kali ni aku nak share cara aku masak pasta
Akhirnya menjadi jugak aglio olio aku
Tapi aku gunakan daging cincang and tambah sikit crabstick ni

Aku tau kenapa selama ni aglio olio aku hanya jadi pasta goreng daging cincang
Kekurangan minyak
Ye kali ni aku gunakan banyak minyak
Opss pastikan minyak zaitun ye


Bahan yang aku gunakan:
1. Pasta  spaghetti
2. Bawang putih
3. Serbuk lada hitam
4. Daging cincang
5. Crabstick
6. Cili api
7. Garam

1. Mula2 korang rebus pasta sampai empuk
2. Tumis bawang putih yang dicincang dengan minyak zaitun,masukkan lada hitam
3. Masukkan daging cincang sampai masak,
4. Masukkan pulak pasta yang dah direbus bersama crabstick
5. Gaul bersama garam sehingga sebati
6. Sebab aku takde cili flake aku taburkan cili api yang dah dipotong kecik-kecik
7. Kalau nampak kering gaulkan dengan minyak zaitun tu kasi berminyak2 sikit
8.Last aku tabur parmesen cheese nak bagi rasa masin-masin lemak.
 Ok Siap!!!

10 comments:

  1. kalau tambah vege sikit lagi best nih :)

    ReplyDelete
  2. awk nye resepi lain skit...nnti saya share oglio style saya plakk kay...

    ReplyDelete
  3. ada jumpa resepi aglio olio macam lain skit.. ntah mungkin versi masing2 kan..

    ReplyDelete
  4. wah wah bestnya... pedas gila tak akak buat? hehehe

    ReplyDelete
  5. Sedapnye...senang je...hahah..nanti ada masa nk try :)

    ReplyDelete
  6. Klau d tmbh sayuran msti lgi brtmbh sdp hhehe

    ReplyDelete
  7. ooo bole ek olio letak mcm ni...menarik ni

    ReplyDelete

Tabung Firash